Pergi ke kandungan

Rejab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah telah diisra'kan dari Masjid al-Haram di Makkah (Arab Saudi) ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis (Palestin) menunggang Buraq.

Bulan ini juga merupakan bulan-bulan permulaan kepada bulan Ramadhan, yang berikutan selepas bulan Syaaban. Apabila baginda melihat anak bulan Rejab, baginda akan berdoa kepada Allah seperti yang berikut:

اللّهمّ بارك لنا في رجب و شعبان وبلّغنا رمضان

Allāhumma bārik lanā fī rajaba wa shaʻbāna wa balligh-nā ramaḍāna

"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah (panjangkan umur) kami kepada Ramadhan."

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]
  • 06 Rejab, pengikut sufi tarekat Chistiyah meraikan ulangtahun Khawaja Moinuddin Chishtiyah
  • 08 Rejab, Sheikh Sultan Nazim 'adil Al-Haqqani meninggal dunia
  • 09 Rejab 932H, Perang Panipat dan pengasasan Empayar Mughal
  • 09 Rejab, birth of ‘Alī al-Asghar
  • 13 Rejab, kelahiran ‘Alī ibn Abī Tālib
  • 14 Rejab, Sheikh Habib Ahmad Mashoor al Hadad Bin Taha meninggal dunia
  • 24 Rejab, kemenangan tentera Islam dalam Perang Khaibar
  • 27 Rejab, Israk dan Mikraj. Hari kelepasan am bagi sesetengah negara Islam.
  • 28 Rejab, Hussein ibn Ali memulakan perjalanan ke Karbala dari Madinah
  • 28 Rejab 1342 H (3 Mac 1924), Khalifah Uthmaniyah dimansuhkan oleh Mustafa Kemal Atatürk
  • Pada tahun 5H, Bilal ibn al-Harith dikatakan membawa serombongan 400 orang dari Bani Muzeenah berjumpa Nabi Muhammad . Mereka semua memeluk Islam.
  • Perang Tabuk berlaku pada Rejab 9 H (Oktober 630)
  • Perjanjian Aqabah kedua berlaku pada Rejab 12 H (September 633)
  • Jerusalem ditakluk Salahudin al-Ayubi pada bulan Rejab 583 H (September/Oktober 1187)
  • Hari Nakbah berlaku pad 6 Rejab 1367 H (15 Mei 1948)




Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.