Zulhelmy Ithnain
Zulhelmy Ithnain | |
---|---|
Panglima Tentera Laut TLDM ke-19 | |
Menyandang jawatan 23 September 2024 | |
Raja | Sultan Ibrahim |
Menteri | Mohamed Khaled Nordin |
Didahului oleh | Abdul Rahman Ayob |
Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia | |
Dalam jawatan 11 Ogos 2023 – 22 September 2024 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah (2023–2024) Sultan Ibrahim (sejak 2024) |
Menteri | Mohamad Hasan (11 Ogos–12 Disember 2023) Mohamed Khaled Nordin (sejak 2023) |
Didahului oleh | Sabri Zali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia | 2 Januari 1968
Kewarganegaraan | Malaysia |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Malaysia |
Cabang/khidmat | Tentera Laut Diraja Malaysia |
Tahun khidmat | 1986–kini |
Pangkat | Laksamana |
Perang/Pertempuran | Darurat Malaya Kedua |
Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain (lahir 2 Januari 1968) ialah pegawai tentera laut Malaysia yang berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak 23 September 2024. dan bekas Timbalan Panglima TLDM sejak 11 Ogos 2023 hingga 22 September 2024. Sebelum pelantikannya, beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (PUSPAHANAS) mulai Oktober 2022 hingga Ogos 2023.
Kerjaya ketenteraan
[sunting | sunting sumber]Zulhelmy menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Pegawai Kadet pada 6 Ogos 1986, dan ditauliahkan sebagai Leftenan Kecil pada 1988.
Antara jawatan yang pernah disandangnya sepanjang perkhidmatannya termasuklah Komander KD Tunku Abdul Rahman, Komander Pusat Latihan Kapal Selam TLDM dan kedua-duanya merupakan timbalan komander dan seterusnya komander TLDM Pasukan Kapal Selam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Panglima Tentera Laut Komando, Perancangan dan Pembangunan dan kemudian berkhidmat sebagai Komander Wilayah Laut TLDM I di Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang sebelum dilantik sebagai Presiden Pusat Pendidikan Pertahanan Negara pada 2022.
Zulhelmy dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 11 Ogos 2023, menggantikan Sabri Zali yang dilantik sebagai Presiden Pusat Pendidikan Pertahanan Negara.
Zulhelmy dilantik sebagai Panglima Tentera Laut pada 23 September 2024.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk (2024)
- Johan Mangku Negara (JMN) (2022)
- Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIII
- Angkatan Tentera Malaysia :
- Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)
- Pingat Perkhidmatan Am
- Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) (2024)[1]
- Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) (2021)[2]
- Pahlawan Angkatan Tentera (PAT)
- Kesatria Angkatan tentera (KAT)
- Pingat Jasa Malaysia (PJM)
- Pulau Pinang :
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) – Dato' (2018) [3]
- Selangor :
- Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) – Dato' (2021) [4][5]
- Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS)
- Pingat Jubli Perak Sultan Salahuddin
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Perancis :
- Chevalier Légion d'honneur
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024". Sinar Harian. 29 Oktober 2024.
- ^ "Agong kurnia 210 pingat kepada angkatan tentera". Berita Harian. 29 November 2021. Dicapai pada 10 September 2024.
- ^ "SENARAI PENERIMA DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG 2018" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
- ^ "Senarai Nama Penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-76 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Tahun 2021". awards.selangor.gov.my.
- ^ "87 individuals receive awards, medals in conjunction with Sultan Selangor's birthday". BERNAMA. 11 Disember 2021. Dicapai pada 11 Disember 2021.