Zee Zainal
Mohamad Zaharudin Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Zee Zainal merupakan seorang pelakon, pelawak & hos. Mula berkecimpung dalam bidang seni lakonan selepas tamatnya Bintang Mencari Bintang 2. Bakat Zee Zainal dicungkil sebagai pelawak melalui program realiti Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 di TV3 bersama Acap Jamaludin sebagai kumpulan Tokan pada tahun 2014.
Anak kelahiran Temerloh ini dilahirkan pada 1 Ogos 1991 dan menamatkan pelajarannya dalam bidang perfileman di UiTM Puncak Perdana pada tahun 2014.
Lakonan pertama Zee Zainal dapat dilihat dalam Inikah Cinta yang telah disiarkan di Slot Dahlia, TV3 pada 31 Januari 2016 bersama Niezam Zaidi, Farah Nabila & Aweera di bawah produksi Uniutama Management Holding.Seterusnya, Zee Zainal diberi kepercayaan melakonkan watak utama dalam Abang Sado Boleh Beres di slot Iris, TV3. Drama bersiri ini ditayangkan pada 13 September 2016 di bawah produksi A.Aida Production bersama para pelakon seperti Julia Ziegler, Acap Jamaludin, Sabhi Saddi & Ezzaty Abdullah.
Menerusi bakat yang ada, Zee Zainal muncul lagi dalam sebuah drama bersiri seram komedi, Misteri Wan Peah bersama Acap Jamaludin, Faiz Tapaw, Arif Aziz & Sherry Al Hadad. Drama Misteri Wan Peah merupakan pembuka drama bagi slot terbaharu TV3 yang dipanggil slot Seramedi. Drama Seramedi ini berjumlah 20 episod ini mula ditayangkan pada 13 Februari 2017 berada di bawah produksi JS Pictures turut dibintangi Normah Damanhuri, Sasqia Dahuri, Sweet Qismina, Indah Emeerlda DFKL, Usop Wilcha & Delimawati.
Lakonan Zee Zainal dicungkil lagi menerusi telemovie yang bakal ditayangkan di TV9 pada 20 November 2017 bertajuk Bini Muda. Dalam telemovie ini, Zee Zainal berlakon di samping pelakon terkenal seperti Aishah Azman & Nina Iskandar.
Seterusnya Zee Zainal meneruskan lakonan dalam telemovie Cikgu Papa Kirim Salam yang bakal ditayangkan di TV3 pada 3 Mac 2019. Dalam telemovie ini, Zee Zainal berlakon bersama Amar Asyraf, Liyana Jasmay.
Zee Zainal juga telah menghiasi slot Iris TV3 dalam drama bersiri Kariah Cak Pong yang bersiaran pada 13 Jun 2019 hingga 17 Julai 2019 di samping nama-nama besar seperti Razak Ahmad, Kazar Saisi dan Shamsul Ghau Ghau.
Pada tahun 2020, telefilem komedi seram Tragedi Balik Kampung yang mengandingkan Zee Zainal bersama Syazwan Zulkifli dan Ku Hariz turut mendapat sambutan ramai. Telefilem ini ditayangkan di TV3 pada 9 Mei 2020 dibawah produksi Enuja Productions dan arahan Dato Eizlan Yusof.
Anugerah Skrin 2017: Mencipta Fenomena
[sunting | sunting sumber]Anugerah Skrin 2017 telah mencipta fenomena bagi Zee Zainal apabila beliau tercalon di bawah kategori Pelakon Komedi Terbaik bersaing bersama nama-nama besar di dalam industri.
Selain itu juga, Drama Misteri Wan Peah arahan JS Pictures juga turut dicalonkan di bawah kategori Drama Komedi Terbaik.
Bidang Pengacaraan
[sunting | sunting sumber]Selain bergiat aktif dalam bidang lakonan, Zee Zainal juga dikenali ramai sebagai pengacara atau emcee untuk Karnival Jom Heboh anjuran TV3 berturut-turut dari tahun 2015 hingga 2019. Zee dan pasangannya, Acap Jamaludin sering digandingkan untuk menghiburkan booth 'Cerekarama' di setiap lokasi Jom Heboh.
Mereka juga pernah mengelolai Drama Sangat Bus Tour yang juga dianjurkan oleh TV3.
Teater
[sunting | sunting sumber]Zee Zainal dilihat turut menceburi bidang teater dimana beliau telah menyertai pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur & Selangor. Melalui watak Pian dalam teater "Ter ...", pasukan teater BAKAT MY telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan di JKKN KL.
Belakang Tabir
[sunting | sunting sumber]Mempunyai pengalaman selama lebih kurang 10 tahun dalam industri belakang tabir, Zee Zainal kini sedang bergiat aktif mengendalikan beberapa produksi persendirian. Antara salah satu hasil kreatif Zee Zainal dapat dilihat dalam Muslim Footsteps di TV OKEY yang dihoskan oleh Anwaf Afiq.
Terbaharu, beliau baru sahaja selesai menyumbangkan tenaga kepada filem yang bakal datang "Girlfriend Aku Pontianak" dan "Operasi UFO".