Zainur Zakaria
Penampilan
Zainur Zakaria merupakan seorang peguam yang terkenal. Beliau bekas Naib Presiden Parti Keadilan Nasional yang kini ditukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau kemudian meninggalkan PKR.
Beliau menjadi peguam bela kepada Anwar Ibrahim yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998. Anwar Ibrahim telah dikenakan pelbagai tuduhan melampau, termasuk sodom, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.
Pada 1999 Badan Peguam Malaysia telah mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda sokongan kepada peguam Zainur Zakaria yang menghadapi tuduhan menghina mahkamah berkaitan kes Anwar Ibrahim.