Zainal Abidin bin Jaffar
Datuk Zainal Abidin Bin Jaffar | |
---|---|
Kelahiran | |
Pasangan | Datin Sadiah Binti Abu Samah |
Anak-anak | 4 orang |
Datuk Zainal Abidin bin Jaffar dilahirkan pada 22 April 1958 di Johor, Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika ini.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Lahir di Johor dan dibesarkan di Melaka, di Felda Air Kangkong, Selandar, Melaka mulai 1960. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Datin Sadiah Binti Abu Samah dan dikurniakan 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Datuk Zainal Abidin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Selandar, Melaka (1965-1970), kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka (1971-1973) dan Kolej Islam Kelang (1974-1977). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Syariah) UKM (1978-1982)
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau berkhidmat di Jakim yang dahulunya (BAHEIS) sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.
Pengalaman Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Penolong Pengarah, Penyelidikan/ Sijil Halal(1982)
- Penolong Setiausaha, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)1984)
- Atase Agama,Kedutaan Besar Malaysia–Jakarta(1986)
- Pegawai Perhubungan Awam Jakim (1991)
- Penolong Setiausaha, Unit Tilawah Al-Quran (1993)
- Ketua Penolong Pengarah JAWI/MAIWP,Baitulmal (1998)
- Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Masjid(Kesuma) (2004)
- Pengarah, Bahagian Dakwah (2005)
- Pengarah, Bahagian Penyelarasan dan Penguatkuasaan Undang-undang (2005)
- Pengarah, Bahagian Latihan (2006)
- Pengarah, Bahagian Hab Halal (2007)
- Pengurus Besar, Halal Development Corporation (HDC) (2008)
- TImbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Wilayah Persektuan (JAWI) (2009)
- Pengarah Bahagian Hab Halal (2010)
- Pengarah Bahagian Kemajuan Islam (BKI) (2011)
- Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) (2013 – April 2017)
- Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim (Mei 2017-kini)
Anugerah dan Kurniaan
[sunting | sunting sumber]- Ahli Mahkota Perak (A.M.P), Perak 1997
- Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M), Melaka 1999
- Ahli Mangku Negara (A.M.N) 2003
- Johan Setia Mahkota (J.S.M) 2013
- Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) 2013
- Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) 2016
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPM 1996
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPM 2001
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2003
- Sijil Penghargaan Suruhanjaya Pilihanraya Kerana Perkhidmatan Cemerlang Sebagai Pegawai Pengurus Pilihanraya Umum Ke -10 Dan 11 1999 DAN 2004
- Jawatankuasa Pelaksana Majlis-Majlis Rasmi Islam Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa Anjuran Jakim 2016H/1437M
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- http://www.islam.gov.my/index.html Diarkibkan 2004-10-09 di Wayback Machine Laman web rasmi dicapai pada 11 Mei 2017