Yusof Ishak
Allahyarham Tun Dato' Laila Utama Yusof Ishak | |
---|---|
يوسف إسحاق | |
Presiden Singapura pertama | |
Dalam jawatan 9 Ogos 1965 – 23 November 1970 | |
Perdana Menteri | Lee Kuan Yew (1959–1990) |
Didahului oleh | Pejabat ditubuhkan |
Digantikan oleh | Benjamin Sheares |
Yang di-Pertuan Negara Singapura | |
Dalam jawatan 3 Disember 1959 – 9 Ogos 1965 | |
Perdana Menteri | Lee Kuan Yew |
Didahului oleh | William Goode |
Digantikan oleh | Pejabat dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Yusof Ishak 12 Ogos 1910 Padang Gajah, Trong, Taiping, Perak, Malaysia |
Mati | 23 November 1970 Singapura | (umur 60)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Negara Kranji, Singapura |
Kewarganegaraan | Singapura |
Pasangan | Toh Puan Noor Aishah |
Pertalian | Aziz Ishak (adik) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tempat belajar | Sekolah rendah: Sekolah Victoria Sekolah menengah: Institusi Raffles |
Pekerjaan | Wartawan |
Laman web | Istana Presiden Singapura |
Allahyarham Tun Dato Laila Utama Haji Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 – 23 September 1970) merupakan Yang di-Pertuan Negara Singapura ke-2 dan terakhir serta Presiden Singapura yang pertama. Beliau dilahirkan di Padang Gajah, di mukim Terong yang jaraknyalebih kurang 18 batu dari Bandar Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Bapanya, seorang keturunan Minang, dan ibunya daripada Langkat, Sumatera Utara. Mereka berhijrah ke Pulau Pinang dan setelah itu ke Perak, Malaysia.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Tun Yusof adalah anak sulung di dalam keluarganya yang terdiri daripada 9 orang. Bapanya, Encik Ishak bin Ahmad, merupakan Pemangku Pengarah Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tun Yusof menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Kuala Kurau, Perak. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan ke Malay School (Sekolah Melayu) di Taiping dan pada tahun 1921, memulakan pengajian dalam aliran bahasa Inggeris di Sekolah King Edward VII, Taiping.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Pada 1923, bapanya telah berhijrah ke Singapura. Tun Yusof mengikuti keluarganya dan melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School sehingga Disember 1923.
Pada 1924, beliau menuntut di Institusi Raffles dan lulus Sijil Sekolah Cambridge (Cambridge School Certificate) pada 1927 dengan kepujian. Beliau kemudian diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalam kelas Queen's Scholarship.
Semasa di sekolah, beliau amat cenderung dalam bidang sukan. Di Institusi Raffles, beliau giat dalam sukan hoki, kriket, angkat berat dan tinju. Pada 1933 beliau menjadi juara tinju dalam kelas lightweight. Sebagai anggota Kor Kadet Sekolah beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan Kedua dan menjadi pelajar tempatan pertama yang menyandang jawatan tersebut. Beliau juga merupakan ketua murid dan penyunting bersama majalah sekolah Rafflesian.
Kerjaya kewartawanan
[sunting | sunting sumber]Setelah meninggalkan sekolah pada 1929, beliau bersama dua rakannya telah menerbitkan majalah bertajuk "Sportsman", sebuah majalah keluaran dua minggu yang membawa berita sukan. Pada 1932, beliau menganggotai syarikat 'Warta Malaya', sebuah akhbar Melayu yang terkemuka pada masa itu. Kebolehan kewartawanannya membolehkan beliau naik ke jawatan Pembantu Pengurus dan Pemangku Penyunting dalam masa yang singkat. Pada 1938, beliau meletak jawatan dari 'Warta Malaya' dan bersama beberapa rakan yang lain, telah menubuhkan syarikat 'Utusan Melayu Press Ltd'. Edisi pertama Utusan Melayu dikeluarkan pada Mei 1939 dengan Encik Yusof sebagai pengarah pertama syarikat tersebut.
Sewaktu Pendudukan Jepun (1942-1945) Tun Yusof berada di Malaya. Apabila Jepun menyerah kalah, beliau kembali ke Singapura pada 3 September 1945 dan menyambung semula pencetakan Utusan Melayu.
Pada 1948 Tun Yusof melawat Britain sebagai anggota delagasi First Press Delegation. Pada awal tahun 1957, beliau telah ke Jepun untuk memeriksa alat jentera terkini yang ditempah oleh 'Utusan Melayu'. Pada Mei di tahun yang sama, beliau telah ke Kuala Lumpur untuk menyelia pembinaan Bangunan Utusan. Semasa di Kuala Lumpur, Tun Yusof dilantik sebagai Presiden Press Club of Malaya.
Perlantikan awam
[sunting | sunting sumber]Tun Yusof memegang beberapa jawatan penting dalam pemerintah Singapura. Dari 1948 ke 1950, beliau berkhidmat dalam Jawatankuasa Permohonan Filem (Film Appeal Committee). Beliau telah menjadi anggota Nature Reserves Committee selama setahun dan juga Malayan Organisation Commission. Pada Julai 1959, beliau dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura. Pada 3 Julai 1965, Tun Yusof dijadikan Canselor Universiti Nasional Singapura.
Tun Yusof dilantik sebagai Yang di-Pertuan Negara Singapura pada 3 Disember 1959, menjadikan beliau orang tempatan pertama memegang jawatan tersebut. Sebagai ketua negara Singapura, beliau bersama isteri, Toh Puan Noor Aishah, telah melakukan lawatan rasmi yang pertama ke Kemboja pada April 1963. Pada bulan yang sama, mereka berdua telah ke kota suci Mekah untuk melaksanakan ibadah haji dan disambut sebagai tetamu negara kerajaan Arab Saudi. Sebuah lawatan rasmi juga telah dilakukan ke Ceylon (kini Sri Lanka) pada Mei 1963.
Kemerdekaan Singapura
[sunting | sunting sumber]Pada 9 Ogos 1965, apabila Singapura berpisah dari Malaysia dan menjadi negara yang berdaulat, Tun Yusof dilantik sebagai presiden pertama. Beliau sekali lagi memegang jawatan ini untuk penggal ke-3 selama empat tahun bermula 4 Disember 1967 dan sepatutnya berakhir pada 3 Disember 1971.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Beliau telah meninggal dunia pada 23 November 1970 di Singapura sewaktu berusia 60 tahun akibat masalah jantung, dan disemadikan di Perkuburan Negara Kranji, Republik Singapura. Ketika beliau meninggal dunia, beliau belum lagi tamat tempoh penggalnya sebagai presiden.
Beliau telah diganti oleh Dr Benjamin Sheares, dan mengambil alih jawatan sebagai presiden kedua pada 3 Januari 1971.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Kelas Pertama oleh Sultan Omar Ali Saifuddien III dari Brunei pada bulan November 1960 yang membawa gelaran Dato Laila Utama, dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada November 1963.
Pada 17 Ogos 2014, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan tiga penghormatan khas kepada bekas presiden pertama republik itu. Sebuah masjid baru di Woodlands akan dinamakan sempena nama beliau. Selain itu, Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) dinamakan semula sebagai ISEAS Institut Yusof Ishak. Kerusi Profesor Yusof Ishak dalam jurusan Sains Sosial di Universiti Nasional Singapura juga ditubuhkan. Langkah-langkah pengiktirafan ini diumumkan semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan Singapura yang ke-49. Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam negara itu Dr Yaacob Ibrahim ditugaskan untuk merealisasikannya.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Yusof Ishak |