Pergi ke kandungan

Yumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pemegang panah Jepun dengan sepasang busur Yumi.
Nama bahagian busur Yumi.

Yumi () merupakan bahasa Jepun bagi panah, dan merangkumi busur panjang, Daikyū dan busur pendek, hankyū) yang digunakan dalam latihan kyūdō, atau memanah Jepun.

Yumi amat panjang (sepanjang melebihi dua meter), melepasi ketinggian pemanah (ite 射手). Ia secara tradisi dihasilkan dengan menggunakan laminating buluh, kayu dan kulit, menggunakan teknik yang tidak berubah selama beberapa abad, sungguhpun sesetengah pemanah (terutamanya yang baru) mungkin menggunakan yumi buatan. Pembinaan yang digunakan dalam pembangunan Jepun bagi panah (laminated bow) digunakan secara meluas selama beberapa abad sepanjang Eurasia Utara dan semasa Jōmon di Jepun.

Yumi mempunyai bentuk taksekata (asymmetrik); kedudukan pemegang adalah sekitar satu pertiga dari bawah dan bengkok bahagian bawah dan atas adalah berbeza. Beberapa hipotesis telah ditawarkan bagi bentuk tak sekata ini. Sesetenhag percaya bahawa ia direka bagi kegunaan semasa menunggang kuda, di mana yumi boleh di alih dari kekiri dan kekanan dengan mudah. Yang lain percaya bahawa bentuk tak sekata diperlukan bagi membolehkan memanah dari kedudukan melutut dan penjelasan lain adalah ia merupakan ciri kayu semenjak masa sebelum teknik melapis.

Tali (tsuru) yumi secara tradisi dihasilkan dari hemp, sungguhpun pemanah moden akan menggunakan tali yang dihasilkan dari bahan buatan seperti Kevlar, yang tahan lebih lama. Tali panah biasanya tidak diganti sehingga putus; ini menghasilkan yumi membengkok kearah bertentangan dengan cara ia ditarik, dan dianggap baik bagi penjagaan yumi. Titik menakuk panah pada tali dihasilkan melalui penggunaan hemp dan gam bagi melindungi tali dan memberikan ketebalan yang membantu memegang lekuk pada anak panah semasa menarik busur.

Pengamal kyūdō serious melayan yumi dengan penuh penghormatan, sebagai kuasa agung, dan sebagai guru yang banyak ilmu untuk diberikan kepada pelajar (yumi dikatakan memiliki dalamnya sebahagian semangat pembuat yumi itu sendiri). Pelajar kyūdō tidak akan pernah melangkah yumi yang terletak di atas tanah (ia dianggap tidak hormat), dam biasanya akan melayan yumi sebagaimana diri mereka ingin dilayan (contoh. dijauhi dari sejuk atau panas melampau, kekal kering, jauh dari kekeringan atau kelembapan melampau, dibawa menegak). Ia juga dianggap tidak hormat walau bagi menyentuh yumi orang lain tanpa kebenaran; yumishi (pembuat yumi) Kanjuro Shibata pernah berkata bahawa ia sama seperti menyentuh isteri orang lain dengan cara seksual.

Yumi buluh memerlukan perhatian rapi. Jika tidak dijaga, yumi boleh berubah bentuk dan akhirnya tidak dapat digunakan. Bentuk yumi akan berubah dengan penggunaan biasa dan boleh dibentuk semula apabila diperlukan melalui tekanan menggunakan cara manual, melalui blok pembentuk, atau dengan menyimpannya dengan dipasang atau tanpa dipasang tali apabila tidak digunakan.

Bentuk lengkung yumi terjejas dengan samaada ia dipasang tali atau tidak apabila tidak digunakan. Keputusan samaada meninggalkan yumi bertali atau tidak bergantung kepada bentuk yumi. Yumi yang agak rata apabila dipasang tali biasanya ditinggalkan tidak dipasang bertali apabila tidak digunakan (yumi dalam keadaan ini kadang-kala dikatakan sebagai 'letih'). Yumi yang mempunyai bentuk melengkung melampau apabila dibuang tali biasanya dibiarkan bertali bagi tempoh masa tertentu bagi 'menjinakkan' yumi.

Yumi yang dijaga dengan baik mampu bertahan selama beberapa generasi, sementara yumi yang tidak dijaga amat pendek.

Panjang busur

[sunting | sunting sumber]
Tinggi juru panah Panjang Panah Panjang Busur Dicadangkan
< 150 cm < 85 cm Sansun-dsume (212 cm)
150 - 165 cm 85 - 90 cm Namisun (221 cm)
165 - 180 cm 90 - 100 cm Nisun-nobi (227 cm)
180 - 195 cm 100 - 105 cm Yonsun-nobi (233 cm)
195-205 cm 105 - 110 cm Rokusun-nobi (239 cm)
> 205 cm > 110 cm Hassun-nobi (245 cm)

Sejarah Yumi

[sunting | sunting sumber]
Tempoh masa Jenis Busur Pembentukan Busur
Pra sejarah Maruki Sekeping kayu
c.800-900 AD Fusetake Kayu dengan hadapan buluh
c.1100 AD Sanmaiuchi Kayu dengan lapisan buluh depan dan belakang
c.1300-1400 Shihochiku Kayu dengan dikelilingi buluh
c.1550 Sanbonhigo (Higoyumi) Tiga keping buluh teras, sisi kayu, buluh hadapan dan belakang
c.1600 Yohonhigo (Higoyumi) Empat keping teras buluh dilapis (laminate), sisi kayu, buluh hadapan dan belakang
c.1650 Gohonhigo (Higoyumi) Lima keping buluh (atau buluh dan kayu) teras berlapis, sisi kayu, buluh hadapan dan belakang
c.1971-Zaman moden Gentian kaca Teras kayu berlapis, FRP hadapan dan belakang
  • Herrigel, Eugen (1999). Zen in the Art of Archery. Vintage. ISBN 0-375-70509-0.
  • The Korekawa bow at Nara National Museum
  • Michael, Henry N. (1958), "The Neolithic Age in Eastern Siberia", Transactions of the American Philosophical Society, New Series, Philadelphia: The American Philosophical Society (diterbitkan April 1958), 49 (2), m/s. 1–108, doi:10.2307/1005699, dicapai pada 2008.02.13. Check date values in: |accessdate= (bantuan)