Yuma Uchida
Yuma Uchida | |
---|---|
内田 雄馬 | |
Kelahiran | Tokyo, Jepun | 21 September 1992
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2012–kini |
Ejen | Intention |
Terkenal kerana |
|
Ketinggian | 163 cm (5 ka 4 in) |
Pasangan | Rina Hidaka (k. 2024) |
Keluarga | Maaya Uchida (kakak) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Alat muzik |
|
Syarikat rakaman | King Amusement Creative |
Laman web rasmi | www |
Yuma Uchida (内田 雄馬, Uchida Yūma, lahir 21 September 1992) ialah seorang pelakon suara dan penyanyi lelaki kelahiran Jepun yang bekerja untuk Intention. Beliau terkenal dengan menyuarakan watak-watak animasi iaitu Jun Sazanami di Ensemble Stars!!, Yuuma Kousaka di Gundam Build Fighters Try, Nagisa Kiryū di Classroom Crisis, Megumi Fushiguro di Jujutsu Kaisen, Eishirō Yabuki in The Asterisk War, Hayate Immelmann di Macross Delta, Ein Dalton di Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans, Reo Mikage di Blue Lock, Iori Kitahara di Grand Blue, Kyo Sohma di Fruits Basket, dan Ash Lynx di Banana Fish. Beliau juga kini menyuarakan Kawaki Uzumaki di Boruto. Beliau menerima Anugerah Seiyu ke-11 untuk Pendatang Baru Lelaki Terbaik bersama Setsuo Itō dan Yusuke Kobayashi.[1] Pada 2019, beliau memenangi Pelakon Utama Lelaki Terbaik dalam Anugerah Seiyu ke-13.[2] Beliau membuat kerjaya nyanyiannya pada Mei 2018 di bawah label King Records.[3] Kakak beliau ialah pelakon suara Maaya Uchida.
Kerjaya muzik
[sunting | sunting sumber]Yuma membuat solo pertamanya pada Mei 2018 di bawah label rekod, King Records, mengeluarkan single pertama berjudul "New World"; ia memuncak di tempat ke-9 pada Carta Single Mingguan Oricon dan kekal di carta selama 4 minggu.[4]
Pada 19 September 2018, beliau mengeluarkan single ke-2 berjudul "Before Dawn"; ia memuncak di tempat ke-11 pada Carta Single Mingguan Oricon dan kekal di carta selama 3 minggu.[5] Selepas pembebasan itu, beliau membuat persembahan langsung awam pertamanya pada 24 September 2018, dalam King Super Live 2018 yang diadakan di Tokyo Dome di mana beliau menyanyikan "New World", dan "Before Dawn"; beliau dengan angela, Shouta Aoi, dan Mamoru Miyano bekerjasama dalam menyanyikan "Kakumei Dualism" untuk encore.[6]
Pada 8 Mei 2019, dia mengeluarkan single ke-3 "Speechless"; ia memuncak di tempat ke-7 pada Carta Single Mingguan Oricon dan kekal pada carta selama 2 minggu.[7] Lagu bertajuk dari single itu digunakan sebagai lagu tema penamat untuk anime Kono Oto Tomare!.[8]
Pada 30 Mei 2019; beliau mengumumkan di Twitternya bahawa beliau meraikan ulang tahun pertamanya sebagai artis solo dengan mengeluarkan album pertamanya "HORIZON" pada 24 Julai 2019, dan juga akan mengadakan lawatan langsung pertamanya di 3 bandar utama di seluruh Jepun mulai Oktober.[9] Beliau membuat penampilan pertamanya di televisyen sebagai artis Ongaku no Hi 2019.[10] Album pertamanya memuncak di tempat ke-7 dalam Carta Mingguan Album Oricon.[11]
Pada 27 November 2019, beliau mengeluarkan single ke-4 "Rainbow"; ia memuncak di tempat ke-8 pada Carta Single Mingguan Oricon dan kekal di carta selama 2 minggu.[12] Lagu bertajuk dari single itu digunakan sebagai lagu tema penamat untuk anime Kono Oto Tomare!.
Pada 19 Februari 2020, beliau mengeluarkan single ke-5 berjudul "Over". Lagu bertajuk dari single itu digunakan sebagai lagu tema penamat untuk anime, Ahiru no Sora.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Januari 2024, Yuma mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan seorang pelakon suara wanita iaitu Rina Hidaka.[13]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "11th Seiyu Awards Winners Announced". MANGA.TOKYO. 2017-03-22. Dicapai pada 2019-03-09.
- ^ "Yuko Sanpei, Yūma Uchida Win 13th Annual Seiyū Awards". Anime News Network. Dicapai pada 2019-03-09.
- ^ "Voice Actor Yuma Uchida Unveils His Solo Singer Debut Song "NEW WORLD"". Crunchyroll. March 15, 2018. Dicapai pada March 15, 2018.
- ^ "NEW WORLD【期間限定盤】 | 内田雄馬". ORICON NEWS. Dicapai pada 2019-02-15.
- ^ "Before Dawn | 内田雄馬". ORICON NEWS. Dicapai pada 2019-02-15.
- ^ "KING SUPER LIVE 2018". KING SUPER LIVE 2018. Dicapai pada 2019-02-15.
- ^ "Speechless | 内田雄馬". ORICON NEWS. Dicapai pada 2019-05-23.
- ^ "内田雄馬 公式サイト -YUMA UCHIDA OFFICIAL WEB SITE-". uchidayuma.com. Dicapai pada 2019-02-15.
- ^ "2019年10月より1st LIVE TOUR 開催決定!!-". uchidayuma.com. Dicapai pada 2019-05-30.
- ^ TBS, 『音楽の日』 (dalam bahasa Jepun), dicapai pada 2019-07-13
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:3
- ^ "週間 CDシングルランキング 2019年12月09日付" [Weekly CD Single Ranking for December 9, 2019] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada December 4, 2019.
- ^ "内田雄馬&日高里菜が結婚". ライブドアニュース (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2024-01-01.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak sesawang rasmi (dalam bahasa Jepun)
- Profil ejen rasmi (dalam bahasa Jepun)
- Yuma Uchida di Ensiklopedia Anime News Network