Pergi ke kandungan

Yuen Yuet Leng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Dato' Seri

Yuen Yuet Leng

PSM, SPMP, DPCM, AMN, PNBS, CPM, BPT
Buku Yuen Yuet Leng
Kelahiran(1927-09-15)15 September 1927
Meninggal dunia1 Oktober 2015(2015-10-01) (umur 88)
Tahun aktif1950–1983

Tan Sri Dato' Seri Yuen Yuet Leng (15 September 1927 - 1 Oktober 2015) adalah seorang pegawai polis kanan Malaysia dari kalangan kaum Cina.

Beliau berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 1950 sehingga tahun 1983 untuk tempoh yang agak lama, iaitu selama 33 tahun.

Jawatan terakhir beliau adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak, di mana beliau dinaikkan pangkat pada pertengahan tahun 1981 lalu bersara di sana dua tahun kemudian, iaitu pada akhir tahun 1983.

Yuen Yuet Leng lahir di Taiping, Perak pada 15 September 1927. Pada usia 7 tahun, dia belajar di Sekolah King Edward VII. Namun pendidikan itu terganggu oleh penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1942, dia menyertai Lembaga Latihan Pemuda Jepun dan Sekolah Kejuruteraan Perlombongan Jepun di Ipoh. Seterusnya, Yuen bersama rakan-rakan telah dihantar ke Pusat Latihan Guru di Sekolah Tinggi Kajang pada 1945.

Selepas Jepun menyerah kalah, Yuen pergi ke China pada awal 1946. Dia melanjutkan pengajiannya di Universiti Lingnan, Canton, China. Pelbagai masalah yang dialaminya termasuk kemiskinan di Canton menyebabkan Yuen Yuet Leng kembali ke Malaya pada awal tahun 1947. Dia kembali belajar di King Edward, Taiping. Dia mendapat biasiswa Kolej Teknikal pada 1948 tetapi beliau menolak, kerana harus membantu keluarga terlebih dahulu.

Beliau meninggal dunia pada pagi 2 Oktober 2015, pada usia 88 tahun akibat sakit tua dan kegagalan jantung dalam tidurnya, sejurus selepas sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang terakhir dua minggu sebelumnya, iaitu pada 14 September tahun yang sama.

Kerjaya awal

[sunting | sunting sumber]

Pekerjaan pertamanya ialah dengan Keretapi Tanah Melayu tetapi tidak lama. Pada tahun 1949, dia menjadi seorang guru di Sekolah Raja George V, Seremban. Pada tahun yang sama dia dipindahkan ke Sekolah Rendah Gemas yang baru dibina oleh kerajaan Inggeris. Ketika itu, pemberontakan komunis semakin hebat dengan serentetan pembunuhan warga awam.

Darurat ke-1 (1948-1960)

[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan khidmat kepolisannya sebagai seorang Inspektor Asia percubaan (PAI) ataupun Probationary Asian Inspector setelah menerima latihan di Depot Polis pada Disember 1950. Dia adalah salah seorang daripada 54 polis latihan di Squad 'C', terdiri daripada 22 orang Melayu, 19 Cina dan 13 orang India, "sebuah kombinasi ras yang sihat."

Kemudian beliau menyertai pasukan Federal Jungle Company (FJC) ke-2 di Tanah Hitam, Chemor, Ipoh, Perak. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Platun 2 No 16 FJC, Titi Gantung, Sitiawan, Perak. Pada bulan Disember, dia ditembak dan tercedera di Bukit Tanggor ketika menyerang hendap Kem Pengganas Komunis. Ketika itu kawasan Chemor, Ipoh dan pekan Sungai Siput di daerah Kuala Kangsar terkenal sebagai kawasan hitam di negeri Perak.

Sejak itu bermula operasi memburu Chin Peng yang menjadi pemimpin Parti Komunis Malaya. Dia menjadi Pegawai Cwangan Khas di Gerik pada 1953. Antara kejayaannya ialah merosakkan organisasi pengganas komunis di Ipoh. Pada beberapa kesempatan Yuen Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Dia masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran. Peranannya itu telah membolehkan beliau dianugerah Pingat Polis Kolonial pada tahun 1957.

Kemudian beliau dilantik menjadi Pembantu Inspektor dan Pegawai Cawangan Khas di Sungai Siput pada 1957. Ketika itu beliau merancang dan melancarkan operasi anti-pengganas (Operasi Jahe), suatu usaha memerangi habis-habisan pengganas komunis di negeri Perak. Seramai 156 pengganas dihapuskan dalam tempoh 16 bulan. Pada tahun 1960, Ipoh dan Perak Tengah ditakrifkan sebagai 'Kawasan Putih' atau White Area. Ini walaupun beberapa pemimpin PKM berbangsa Melayu seperti Rashid Maidin dan Abdullah C.D berasal dari Perak Tengah.

Setelah zaman darurat berakhir 1960, Yuen Yuet Leng telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan terus bekerja sama dengan Cawangan Khas, Perisikan dan Psikologi. Beliau menghadiri kursus di Markas Medan Perang Britain di Belfast, Ireland Utara dan mempelajari kaedah pengganas Tentera Republikan Nasionalis Ireland di sana sehingga tahun 1968.

Darurat ke-2 (1968-1975)

[sunting | sunting sumber]

Namun usaha penyergapan pegawai polis unit Cawangan Khas di negeri-negeri atau daerah tunggal seberang sempadan Thailand (kawasan-kawasan seperti Kedah, Perlis, daerah Hulu Perak serta Kelantan) pada tahun 1968 telah berjaya, tetapi peningkatan aktiviti Komunis di kawasan wilayah sempadan selatan Thailand yang semakin parah, akibat daripada kesan itu, darurat ke-2 bermula dan berlarutan selama 21 tahun sehingga 1989.

Pada tahun 1970, ACP (kemudian terus dinaikkan pangkat ke SAC) Yuen telah ditugaskan ke Sarawak untuk pertama kali (beliau hanya kembali 11 tahun kemudian pada tahun 1981 sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri sehingga tahun 1983) di mana ancaman komunis daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) semakin meningkat. Pada awal 1972, tiga komander tentera Parti Komunis Kalimantan Utara berjaya dihapuskan di sempadan Malaysia-Indonesia.

Beliau kembali ke Kuala Lumpur pada masa yang sama, tetapi pada lewat tahun 1972, Yuen kembali ditugaskan di Sibu, Sarawak sebagai Ketua Cawangan Khas IPD Sibu, PDRM Kontinjen Sarawak merangkap Ketua Perisikan Gabungan dengan tugas menghapuskan ancaman gerila komunis. Ini dicapai dengan pembentukan Komander Keselamatan Rejang (RASCOM). Dengan itu, seramai 500 bekas pengganas kembali ke pangkuan masyarakat.

Beliau selepas itu kembali ke Bukit Aman pada akhir tahun 1974 sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman. Selepas itu, beliau memulakan rancangan strategik taktikal dan perang melawan pengganas dengan pengkhususan membanteras pertubuhan komunis bawah tanah.

Ketua Polis Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan (1975-1981)

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1975, bencana melanda di Perak. Ketua Polis Negeri (CPO) ketika itu yang sedang berkhidmat, DCP Datuk (kemudian dianugerahkan Tan Sri secara anumerta) Khoo Chong Kong telah mati dibunuh oleh pengganas komunis secara tiba-tiba. Pada November tahun 1975, Yuen mengambil alih tugas sebagai CPO Perak sehingga Januari tahun 1977, iaitu selama setahun dua bulan.

Selepas jangka masa setahun setengah hingga dua tahun, beliau dipindahkan lagi ke Kuala Lumpur untuk berkhidmat sebagai Ketua Polis Negeri (CPO) untuk jangkamasa dua tahun dari bulan Januari tahun 1977 sehingga bulan Januari tahun 1979, lepas itu dipindahkan serta dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Negeri (CPO) Pahang dari bulan Januari tahun 1979 sehingga bulan Januari tahun 1981 dan seterusnya dipindahkan sekali lagi ke negeri Kelantan dalam jawatan yang sama untuk tempoh dua bulan dari Januari sehingga Mac 1981 sebelum berpindah balik ke negeri Sarawak pada bulan April 1981.

Pesuruhjaya Polis Sarawak (1981-1983)

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1981, bulan April, Yuen dipindahkan lagi ke Sarawak sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak dan pencen di sana dua tahun kemudian, pada akhir tahun (antara bulan November/Disember) 1983 apabila berusia 56 tahun dengan memilih persaraan wajib secara pilihan (umur 55/56/58).

Perjanjian Damai Haadyai 1989

[sunting | sunting sumber]
Gambar Rahim Noor, Yuen Yuet Leng bersama Dr Mahathir Mohamad

Rundingan Damai Haadyai 1989 telah ditandatangani 1989. Pegawai polis kanan, Tan Sri Rahim Noor, ketika itu menjawat Timbalan Ketua Polis Negara bersama Yuen telah berusaha menemui pemimpin komunis seperti Chin Peng, Abdullah C.D, Rashid Maidin dan lain-lain. Pertemuan dan rundingan telah diadakan diadakan di pulau Phuket dan terakhir di Haadyai.

Di atas segala jasa beliau, Yuen Yuet Leng telah dianugerah pingat dan gelaran DPCM - Perak (Dato') dan PNBS - Sarawak (Dato' - kini Dato' Sri), kedua-duanya pada tahun 1977 dan pada tahun 1979, beliau dianugerah pingat SPMP - Perak (Dato 'Seri) dan akhirnya pada tahun 2011, beliau dianugerahkan gelaran Panglima Setia Mahkota (Tan Sri) atas jasanya yang ikhlas tulus kepada pasukan polis negara dalam kalangan kuota minoriti bukan bumiputera oleh Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong ke-13 sempena ulangtahun keputeraan rasmi baginda pada bulan Jun tahun tersebut.

Hasil karya

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998, buku pertamanya yang bertajuk "Operasi Ginger" diterbitkan.

Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 2008, beliau menerbitkan buku keduanya yang bertajuk "Nation Before Self."