Beliau dianggap sebagai salah seorang pelempar terbaik di dunia besbol Jepun sebelum beliau berhijrah ke Major League Baseball pada tahun 2012.[2][3] Semasa musim sulungnya di Amerika, Darvish menduduki tempat ketiga sebagai Rookie TerbaikLiga Amerika (AL) hasil pengundian. Pada musim berikutnya, beliau di tempat kedua bagi undian Anugerah Cy Young apabila beliau mengetuai strikeout terbanyak Major League dengan 277 catatan strikeout selain menduduki tempat keempat sebagai ERA terbaik di AL iaitu pada 2.83. Pada 6 April 2014, Darvish mencapai rekod 500 strikeout dalam inning yang sedikit berbanding mana-mana pelempar pemula sepanjang sejarah MLB.