Yonny (EP)
Yonny | |
---|---|
EP oleh | |
Dilancarkan pada | 18 Disember 2020 |
Dirakamkan pada | 2020 |
Genre | |
Syarikat |
|
Penerbit |
|
Single daripada Yonny | |
| |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Yonny ialah EP sulung oleh penyanyi hip hop Malaysia, Yonnyboii, dikeluarkan pada 18 Disember 2020 oleh Def Jam Malaysia dan Universal Music Malaysia.[1][2]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dalam temu ramah bersama mStar Online, Yonnyboii berkata EP ini sarat dengan muzik yang tulus untuk pendengar memahami gejolak perasaan yang perlu dihayati dalam setiap lagu dan juga berkata:
"Menerusi album EP ini, saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebenar dengan menyatakan kejujuran setiap lenggok melodi serta pengisian lirik yang terkandung menerusi lagu-lagu yang disampaikan".[2]
Pembikinan EP Yonny melibatkan enam penerbit iaitu Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling dan Wolfy.[2] Bagaimanapun, Yonnyboii tidak mengharapkan sebarang impak untuk EP ini, kerana beliau mahu peminat mengenali siapa dirinya.[2] EP ini mengambil masa empat minggu untuk disiapkan semasa pandemik COVID-19 di Malaysia. Sebanyak 80 peratus lagu di dalam EP ini lagu yang pernah dirakamkan, namun digubah semula dengan penambahbaikan kualiti rakaman luar biasa.[3]
Promosi dan single
[sunting | sunting sumber]Yonny dikeluarkan pada 18 Disember 2020.[4] Single pertama yang dikeluarkan untuk EP ini ialah "Salahku", telah meraih jumlah tontonan sebanyak 3 juta tontonan di YouTube dan menjadi tular di semua pelantar muzik.[5] Ia telah dikeluarkan semula dengan tajuk "Salahku 3.0".[6]
Senarai Runut (Yonny EP)
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Bayang" | 3:15 | ||||||||
2. | "Pelikk" | 2:38 | ||||||||
3. | "Aku Itu Aku" | 3:38 | ||||||||
4. | "Boleh Bla" | 3:20 | ||||||||
5. | "Hidup Giler" | 3:32 | ||||||||
6. | "SALAHKU" | 3:56 | ||||||||
7. | "SALAHKU 3.0" | 3:15 | ||||||||
Jumlah masa: 23:36 |
Senarai Runut (Yonny EP Deluxe Edition)
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Masa | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Bayang" | 3:15 | ||||||||
2. | "Pelikk" | 2:38 | ||||||||
3. | "Aku Itu Aku" | 3:38 | ||||||||
4. | "Boleh Bla" | 3:20 | ||||||||
5. | "Hidup Giler" | 3:32 | ||||||||
6. | "SALAHKU" | 3:56 | ||||||||
7. | "SALAHKU 3.0" | 3:15 | ||||||||
8. | "Tak Sangka" (bersama Zynakal dan Asyraf Nasir) | 3:34 | ||||||||
9. | "Angel" | 2:38 | ||||||||
Jumlah masa: 29:49 |
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 18 Disember 2020 | Muat turun digital[7] Penstriman digital[8] |
Def Jam Malaysia Universal Music Malaysia |
8 Oktober 2021 | Muat turun digital | Def Jam Malaysia |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mahu kenal saya, dengar EP ini". Berita Harian. 19 Disember 2020. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ a b c d Juliana Johar (21 Disember 2020). "Yonnyboii ajak peminat kenali dirinya menerusi album Yonny". mStar Online. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ Fariza Saidin (21 Disember 2020). "Wah! Yonnyboii dah ada album EP! 9 lagu dalam album Yonny!". Kita Reporters. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ "Yonnyboii: Want to know me? Listen to the EP" (dalam bahasa Inggeris). The Hive Asia. 22 Disember 2020. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ Nor Eryani Yusop (22 Disember 2020). "Lagu cinta, warna-warni muzik Yonnyboii". Kosmo!. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ Fiza Kamarudin (9 November 2020). "Yonnyboii belum puas, muncul dengan Salahku 3.0". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ "Yonny - EP by Yonnyboii" (dalam bahasa Inggeris). iTunes (MY). Dicapai pada 10 Januari 2021.
- ^ "Yonny, EP by Yonnyboii" (dalam bahasa Inggeris). Spotify. Dicapai pada 10 Januari 2021.