Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Yayasan Peneraju ialah unit strategik di bawah Kementerian Ekonomi Malaysia (KE) yang ditubuhkan pada 26 November 2011 dan mula beroperasi pada 14 Februari 2012[1].
Yayasan Peneraju beroperasi dengan kerjasama Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB) yang berada di 24 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri. UPEB terletak di bawah bidang kuasa Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia. Inisiatif dijalankan bersama-sama dengan agensi kerajaan di pelbagai peringkat, koridor ekonomi, GLC/GLIC, dan sektor swasta.
Yayasan Peneraju diberi mandat untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan pembinaan bakat Bumiputera untuk menghadapi cabaran global.
Antara objektif Yayasan Peneraju adalah meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi program pembiayaan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.
Sehingga 31 Disember 2023, inisiatif Yayasan Peneraju telah melahirkan lebih 63,000 bakat Bumiputera [1].
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju adalah Ibrahim Sani sejak 2023.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera" (PDF). Teraju.