Pergi ke kandungan

Yangchuanosaurus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yangchuanosaurus
Julat zaman: Jurasik Pertengahan, 168.3–163.5 Ma
Y. zigongensis
Pengelasan saintifik e
Templat taksonomi hilang (baiki): Yangchuanosaurus
Spesies:
Nama binomial
Yangchuanosaurus
Dong et al., 1978
Spesies

Y. shangyouensis Dong et al., 1978
Y. zigongensis (Gao, 1993)

Sinonim

Synonyms of Y. shangyouensis:
Yangchuanosaurus magnus Dong, Zhou & Zhang, 1983
Szechuanosaurus "yandonensis" Dong et al., 1978
"Szechuanoraptor dongi" Chure, 2001


Synonyms of Y. zigongensis:
Szechuanosaurus zigongensis Gao, 1993

Yangchuanosaurus ialah genus pupus bagi dinosaur theropod metriacanthosaurid yang hidup di China semasa tahap Bathonian dan Callovian pada Jurasik Tengah, dan menyerupai dari segi saiz dan rupa dengan saudara Amerika Utaranya, Allosaurus. Ia datangnya dari Formasi Shaximiao Atas dan merupakan pemangsa terbesar di persekitaran yang termasuk sauropod Mamenchisaurus dan Omeisaurus dan juga Stegosaurs Chialingosaurus, Tuojiangosaurus dan Chungkingosaurus. Ia mendapat namanya sempena tapak jumpaannya di Yongchuan, di China.


Gambaran artis bagi Yangchuanosaurus shangyouensis

Spesimen taip bagi Y. shangyouensis memiliki tengkorak 82 cm (2.7 ka) panjang, dan panjang keseluruhan badannya dianggarkan sekitar 8 m (26 ka).[1] Satu spesimen lain, ditempatkan pada spesies baru Y. magnus, adalah lebih besar, dengan panjang tengkorak sekitar 1.11 m (3.6 ka).[2] Ia mungkin mencecah sehingga 10.8 m (35.4 ka) panjang, dan seberat sehingga 3.4 metric ton (3.7 short ton).[3] Terdapat rabung bertulang pada hidungnya dan beberapa rabung dan tanduk kecil, menyerupai Ceratosaurus.

Yangchuanosaurus merupakan seekor dinosaur maging besar yang berkuasa. Ia berjalan di atas dua kaki yang besar, berotot, mempunyai lengan pendek, leher pendek yang kuat, kepala besar dengan rahang kuat, dan gigi bergerigi yang besar. Ia mempunyai ekor yang panjang, panjangnya kira-kira separuh daripada panjangnya. Kakinya mempunyai tiga kaki, masing-masing dengan cakar besar. Lengannya pendek.

Jumpaan dan spesies

[sunting | sunting sumber]

Dong et al. (1978) menamakan Yangchuanosaurus shangyouensis berdasarkan tengkorak dan rangka di Muzium Munisipal Chongqing / CV 00215, yang diambil dari Formasi Shangshaximiao, berhampiran Yongchuan, Daerah Yongchuan, Sichuan. Ia bertarikh dari tahap Bathonian hingga Callovian pada tempoh Jurasik Tengah, sekitar 161.2-154 juta tahun dahulu. Ia dijumpai pada bulan Jun 1977 oleh pekerja pembinaan semasa pembinaan Empangan Reservoir Shangyou. Spesies kedua dari tempat yang sama, Y. magnus, dinamakan oleh Dong et al. (1983) berdasarkan CV 00216, satu lagi tengkorak dan rangka lengkap. Semakan terperinci bagi pilogeni ("phylogeny") tetanuran oleh Carrano, Benson & Sampson (2012) mendedahkan bahawa kedua spesies adalah cospefik. Dong et al. (1978) dan Dong et al. (1983) perbezaan antara kedua spesies ini hanyalah berdasarkan saiz. Tambahan lagi, Dong et al. (1983) mencatatkan bahawa maxilla bagi Y. magnus memiliki fenestra tambahan pada antorbital fossa, sementara Y. shangyouensis memiliki hanya fossa pada lokasi ini. Bagaimanapun, ia dianggap sebagai intraspesifik, kemungkinannya variasi ontogenetik. Tambahan lagi, perbezaan yang kelihatan pada vertebra servikal morphologi boleh dijelaskan dengan membandingkan perbezaan kedudukan dalam kolum. Dengan itu, holotaip bagi kedua spesies Yangchuanosaurus adalah secara keseluruhannya sama, dan kod mereka adalah sama dalam matrix Carrano et al. (2012).[4] Gregory S. Paul (1988) menganggap genus ini sama seperti Metriacanthosaurus, tetapi ini tidak disokong.

Rangka Yangchuanosaurus shangyouensis dipamerkan di Muzium Sains Hong Kong.

Carrano et al. (2012) meletakkan spesimen ketiga pada Y. shangyouensis. CV 00214 diwakili oleh serpihan rangka tanpa tengkorak. Ia dikutip dari Kuari Wujiaba, berhampiran bandar Zigong, Sichuan, dari bahagian bawah Formasi Shangshaximiao. CV 00214 pada mulanya disenarai oleh Dong et al. (1978) dalam daftar faunal sebagai spesies baru bagi Szechuanosaurus, Szechuanosaurus "yandonensis". Tidak terdapat gambaran atau lakaran mengenainya, menjadikan S. "yandonensis" sebagai nomen nudum. Kemudian, Dong et al. (1983) menggambarkannya, dan meletakkannya pada Szechuanosaurus campi, satu spesies meragukan yang hanya diketahui berdasarkan dari empat gigi. Carrano et al. (2012) mencatatkan bahawa CV 00214 tidak dapat diletakkan pada S. campi kerana bahan holotaip bagi S. campi (IVPP V.235, V.236, V.238, V.239; gigi) bukanlah-diagnostik dan tiada gigi dikekalkan pada CV 00214. Kajian kembali mengenai CV 00214 oleh Daniel Chure (2001) merumuskan bahawa ia mewakili taxon baru, secara tidak rasmi digelar "Szechuanoraptor dongi", pada mana Szechuanosaurus zigongensis juga patut separa-guna ("subsumed"). Bagaimanapun, semakan semula (oleh Carrano et al. (2012)) mencadangkan bahawa CV 00214 dan "S." zigongensis bukanlah cospesifik kerana tiada autapomorphies dikongsi antara mereka, dan yang terkemudian datangnya dari asas Formasi Xiashaximiao. Analisa philogenitik ("phylogenetic") mendapati CV 00214 berkait lebih dekat pada Y. shangyouensis, dan dengan itu yang sebelum ditempatkan padanya. Tambahan lagi, Szechuanosaurus zigongensis didapati berkait rapat dengan Y. shangyouensis dan dengan itu ditempatkan sebagai spesies kedua Yangchuanosaurus.[4]

Yangchuanosaurus zigongensis dikenali dari empat spesimen termasuk holotaip di Muzium Dinosaur Zigong - ZDM 9011, sebagagian rangka postcranial; ZDM 9012, maxilla kiri; ZDM 9013, dua gigi dan ZDM 9014, kaki belakang kanan. Ia pertama kali digambarkan oleh Gao (1993), dan kesemua spesimen dikumpulkan dari Jurasik Tengah Formasi Xiashaximiao di Kuari Dinosaur Dashanpu di Zigong, Sichuan. Analisa phylogenetic oleh Carrano et al. (2012) mendapati Yangchuanosaurus sebagai basalmost yang dikenali sebagai metriacanthosaurid dan satu-satunya bukan-metriacanthosaurine metriacanthosaurid. cladogram digambarkan di bawah mengikut kajian mereka.[4]

Pembinaan semula Yangchuanosaurus shangyouensis saiz penuh.
Orionides

Megalosauroidea

Avetheropoda
Coelurosauria

Lourinhanosaurus

Other coelurosaurians

Allosauroidea
Allosauria

Allosauridae

Carcharodontosauria

Neovenatoridae

Carcharodontosauridae

Metriacanthosauridae
Yangchuanosaurus

Y. zigongensis

Y. shangyouensis

CV 00214

CV 00215 and CV 00216

Metriacanthosaurinae

Shidaisaurus

Metriacanthosaurus

"Sinraptor" hepingensis

Sinraptor dongi

Siamotyrannus

Yangchuanosaurus menyerang Tuojiangosaurus

cladogram dibentangkan di bawah menurut Zanno & Makovicky (2013).[5]

Allosauroidea
Metriacanthosauridae

Yangchuanosaurus zigongensis

CV 00214

Yangchuanosaurus shangyouensis

Shidaisaurus jinae

"Sinraptor" hepingensis

Metriacanthosaurus parkeri

Sinraptor dongi

Siamotyrannus isanensis

Allosauria
Allosauridae

Allosaurus fragilis

Saurophaganax maximus

Carcharodontosauria
Neovenatoridae

Neovenator salerii

Chilantaisaurus tashuikouensis

Megaraptora

Siats meekerorum

Australovenator wintonensis

Fukuiraptor kitadaniensis

Aerosteon riocoloradensis

Megaraptor namunhuaiquii

Carcharodontosauridae

Eocarcharia dinops

Concavenator corcovatus

Acrocanthosaurus atokensis

Shaochilong maortuensis

Carcharodontosaurinae

Carcharodontosaurus saharicus

Giganotosaurini

Tyrannotitan chubutensis

Giganotosaurus carolinii

Mapusaurus roseae

  1. ^ Dong, Zhiming; Zhang, Yihong; Li, Xuanmin; Zhou, Shiwu (1978). "A new carnosaur from Yongchuan County, Sichuan Province" (PDF). Ke Xue Tong Bao. 23 (5): 302–04.
  2. ^ Dong, Zhiming; Shiwu, Zhou; Zhang, Yihong (1983). "Dinosaurs from the Jurassic of Sichuan" (PDF). Palaeontologica Sinica, New Series C. 162 (23): 1–136.
  3. ^ Paul, Gregory S. (1988). "Eustreptospondylids and Metriacanthosaurs". Predatory Dinosaurs of the World. Simon & Schuster. m/s. 286–93. ISBN 0-671-61946-2.
  4. ^ a b c Carrano, M. T.; Benson, R. B. J.; Sampson, S. D. (2012). "The phylogeny of Tetanurae (Dinosauria: Theropoda)". Journal of Systematic Palaeontology. 10 (2): 211–300. doi:10.1080/14772019.2011.630927.
  5. ^ Zanno, L. E.; Makovicky, P. J. (2013). "Neovenatorid theropods are apex predators in the Late Cretaceous of North America". Nature Communications. 4: 2827. Bibcode:2013NatCo...4E2827Z. doi:10.1038/ncomms3827. PMID 24264527.