Yang Wu
Wu 吳 | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
907–937 | |||||||||
![]() | |||||||||
Ibu negara | Guangling | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Cina Pertengahan | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Putera/Raja/Maharaja | |||||||||
• 907–908 | Yang Wo | ||||||||
• 908–921 | Yang Longyan | ||||||||
• 921–937 | Yang Pu | ||||||||
Era Sejarah | Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaan | ||||||||
• Penubuhan negara Wu di bawah pemerintahan Tang | 902 | ||||||||
• Kejatuhan dinasti Tang | 1 Jun 907 | ||||||||
• Yang Longyan mengistiharkan diri sendiri sebagai Raja dan mengasaskan satu nama era baharu | 919 | ||||||||
• Yang Pu menaiki takhta sebagai Maharaja | 29 November, 927 | ||||||||
• Ditamatkan oleh Tang Selatan | 937 | ||||||||
Mata wang | |||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | China |
Wu (吳), juga dirujuk sebagai Huainan (淮南), Hongnong (弘農), Wu Selatan (南吳), atau Yang Wu (楊吳), merupakan sebuah dari Sepuluh Kerajaan dinasti di China semasa Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Kerajaan. Ia wujud pada tahun 907 sehingga 937 dengan ibu kotanya terletak di Jiangdu (江都; kini Yangzhou, Wilayah Jiangsu).
Beberapa sejarawan menganggap Wu telah wujud pada tahun 902, apabila Yang Xingmi dinamakan sebagai Putera Wu oleh dinasti Tang . Kesemua tiga orang pemerintah Wu selepas tahun 907 (apabila dinasti Tang runtuh dan Zhu Wen menubuhkan dinasti Liang Akhir) merupakan anak-anak lelaki kepada Yang Xingmi. Pemerintah pertama, Yang Wo telah dibunuh oleh para menteri beliau, Xu Wen dan Zhang Hao, dan kedua-dua saudara lelaki beliau merupakan boneka, pada mulanya dikuasai oleh Xu Wen, kemudian anak lelaki angkat Xu Wen, Xu Zhigao (Li Bian) yang mana pada tahun 937 merampas kuasa untuk mengasaskan dinasti Tang Selatan. Yang Pu, pemerintah terakhir merupakan satu-satunya yang menuntut gelaran maharaja; manakala pemerintah lain hanya digelar putera atau raja.
Pemerintah
[sunting | sunting sumber]- 904–905: Yáng Xíngmì 楊行密 (Bahasa Cina: 太祖孝武皇帝; pinyin: Tài Zǔ Xiàowǔ Huángdì)
- 905–908: Yáng Wò 楊渥 (Bahasa Cina: 烈宗景皇帝; pinyin: Liè Zōng Jǐng Huángdì)
- 908–921: Yáng Lóngyǎn 楊隆演 (Bahasa Cina: 高祖宣皇帝; pinyin: Gāo Zǔ Xuān Huángdì)
- 921–937: Yáng Pǔ 楊溥 (Bahasa Cina: 睿皇帝; pinyin: Ruì Huángdì)
Salasilah keluarga pemerintah Wu dan Tang Selatan
[sunting | sunting sumber]Templat:Wu and Southern Tang rulers family tree
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Kurz, Johannes L. (2011). China's Southern Tang Dynasty (937-976). Routledge. ISBN 9780415454964.
- Ouyang, Xiu (2004). Historical records of the five dynasties. Diterjemahkan oleh Richard L. Davis. New York: Columbia University Press. ISBN 0-231-12826-6.