Pergi ke kandungan

Yōko Nogiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yoko Nogiwa
野際 陽子
Foto Yoko tahun 1963
Kelahiran(1936-01-24)24 Januari 1936
Meninggal dunia13 Jun 2017(2017-06-13) (umur 81)
Warganegara Jepun
Pekerjaan
Tahun aktif1958–2017
PasanganSonny Chiba (k. 1973; c. 1994)
Anak-anakJuri Manase

Yōko Nogiwa (野際 陽子, Nogiwa Yōko, Januari 24 1936  – 13 Jun 2017) ialah pelakon Jepun. Selama hampir 60 tahun lamanya, beliau melakonkan filem dari tahun 1958 hingga 2017.

Nogiwa lahir di Toyama, Toyama, dan membesar di Suginami, Tokyo sejak umur tiga tahun.[1] Beliau bergraduasi dari Universiti Rikkyo.[1]

Pada 1973, beliau berkahwin dengan Sonny Chiba, dan bersama-sama membintangi siri TV Key Hunter.[1] Beliau memiliki anak perempuan, Juri Manase, lahir 1975, dan turut menjadi pelakon kemudiannya.[1] Nogiwa dan Chiba bercerai pada 1994.

Nogiwa meninggal dunia akibat barah peparu pada 13 Jun 2017 pada umur 81 tahun.[1][2]

  1. ^ a b c d e 野際陽子さん13日に亡くなる、81歳 [Yoko Nogiwa meninggal dunia pada 13 hari bulan pada usia 81 tahun]. Sports Hochi (dalam bahasa Jepun). The Hochi Shimbun. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada 15 June 2017.
  2. ^ "Actress Yoko Nogiwa dies at 81 after three-year battle with cancer", The Japan Times, 13 June 2017

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]