Wyclef Jean
Wyclef Jean | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Nel Ust Wyclef Jean |
Juga dikenali sebagai | Wyclef |
Berasal dari | Newark, New Jersey, Amerika Syarikat |
Genre | Hip hop, reggae, kompas, R&B, rakyat, Bachata |
Pekerjaan | Ahli muzik, aktivis sosial, penerbit rekod, pelakon |
Instrumen | Vokal, gitar, piano, dram |
Tahun aktif | 1987–kini |
Syarikat rakaman | Ruffhouse, Columbia, J, Koch |
Pengkarya berkait | Fugees, Shakira, Akon, Selena, Serj Tankian, Tarkan, Aventura, Sizzla, Bigga Haitian |
Laman sesawang | www.wyclef.com |
Nel Ust Wyclef Jean (lahir 17 Oktober 1972) merupakan penyanyi hip hop dan reggae kelahiran Haiti yang menetap di Amerika Syarikat. Beliau juga seorang penerbit rakaman dan menjadi aktivis kemanusiaan semasa gempa bumi Haiti 2010.[1]
Presiden Haiti, Rene Preval melantik Wyclef sebagai Duta kemanusiaan Haiti pada 2007. Rene Preval tidal boleh lagi bertanding presiden menurut Perlembagaan Haiti pada 28 November 2010. Cubaan Preval melanjutkan tempoh kuasa akan menambah ketegangan politik, ekonomi dan kekacauan isu kemanusiaan di negara itu.
Beliau menang Anugerah Grammy.
Bertanding jawatan Presiden Haiti
[sunting | sunting sumber]Pada 3 Ogos 2010, laporan CNN dan majalah Time menyatakan Wyclef (37 tanun) berminat bertanding jawatan Presiden Haiti.[2] Pada 5 Ogos, beliau menghantar pencalonannya,[3] namun Suruhanjaya Pilihan Raya kemudiannya menyatakan beliau tidak layak kerana tidak memenuhi syarat tinggal di Haiti 5 tahun sebelum pilihan raya.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wyclef Jean to run for president of Haiti CNN
- ^ Penyanyi Wyclef Jean dijangka umum hasrat bertanding Presiden Haiti Khamis Berita Harian
- ^ Wyclef Jean registers as Haiti presidential contender oleh Joseph Guyler Delva, 6 Ogos 2010 (Reuters)
- ^ Wyclef Jean to appeal against Haiti election ruling - BBC News, 22 Ogos 2010.