Pergi ke kandungan

Wikipedia:Wiki Cinta Ramadan 2025

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wiki Cinta Ramadan 2025

Wiki Cinta Ramadan ialah sebuah peraduan sejagat tahunan yang bertujuan untuk mendokumenkan dan berkongsi kepelbagaian adat dan tradisi yang dirayakan semasa bulan Ramadan.

Edisi 2025 akan memberi tumpuan kepada 32 buah negara untuk merakam pengamalan budaya yang kaya, warisan Islam dan biografi tokoh Islam yang penting. Sumbangan kepada inisiatif ini akan mengembang hingga lebih 26 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, di Wikipedia. Melalui acara dalam talian dan sesi latihan, WCR 2025 bertujuan untuk merapatkan komuniti yang pelbagai, mengangkat perkongsian pengetahuan dan penghargaan budaya.

Peraduan di Wikipedia Bahasa Melayu akan berlangsung dari 25 Februari hingga 15 April 2025.

Peraturan

Panduan Penciptaan Kandungan
  • Berpendirian Baik: Penyunting mestilah tidak menghadapi sebagai sekatan aktif disebaban sikap mengganggu pada mana-mana projek Wikimedia dari tarikh mula peraduan atau semasa tempoh peraduan.
  • Bukan Masukan Sebelum Mula: Penyunting tidakboleh menyerahkan rencana yang mereka kerjakan sebelum pengumuman peraduan ini. Ini mestilah sumbangan segar kepada Wikipedia.
  • Perisytiharan Konflik Kepentingan: Penyunting dengan konflik kepentingan yang berpotensi mestilah mendedahkannya di laman perbincangan penyerahan mereka dan elak menyunting sebarang masukan dengan konflik kepentingan sedia ada.
  • Bukan Promosi Diri: Penyunting tidak boleh menyertai dengan tujuan untuk mempromosikan diri mereka atau projek/karya peribadi mereka
  • Tumpuan Rencana: Penyerahan boleh jadi rencana baharu atau penambahbaikan besar bagi rencana sedia ada. Walau bagaimanapun, penyerahan mestilah memberi tumpuan utama pada topik secara langsung berkaitan dengan Ramadan, budaya Islam, atau tokoh, tempat, atau tradisi berkaitan yang belum lagi dirangkum baik dalam Wikipedia. Keutamaan diberikan kepada penciptaan rencana baharu.
  • Piawaian Berujukan: Semua maklumat mestilah boleh disahkan dan disokong dengan nukilan daripada sumber sekunder yang boleh dipercayai, sebagaimana disenaraikan dalam garis panduan Wikipedia. Nukilan mestilah diformatkan dengan betul dan di tempat yang sesuai.
  • Sudut Pandang Berkecuali: Rencana mestilah berpegang pada sudut pandang berkecuali, mempersembah maklumat dengan adil dan tanpa kecenderungan. Sebarang sudut pandang mestilah dikaitkan dengan sumber boleh dipercayai.
  • Pematuhan Hak Cipta: Semua kandungan mestilah mematuhi dasar hakcipta Wikimedia. Teks dan media yang digunakan mestilah sama ada asli atau telah dilesenkan di bawah lesen Creative Commons yang sesuai atau mestilah dalam domain awam.
  • Kedalaman dan Panjang Rencana: Penyerahan mestilah rencana yang mempunyai kedalaman yang penting, merangkumi topik dalam cara yang menyeluruh. Rencana mesti pergi lebih daripada sekadar definisi asas dan menyediakan maklumat yang terperinci dan berwawasan. Minimum 400 perkataan kandungan baharu diperlukan untuk rencana baru cipta, dan minimum 300 perkataan kandungan baharu diperlukan untuk rencana yang ditambah baik, penyerahan mestilah menunjukkan sebuah tahap komitmen dan perincian yang layak. Kualiti, rincian, penyelidikan dan kemenyeluruhan adalah jauh lebih penting berbanding panjang rencana. Rencana tunas tidak akan dipertimbangkan.
  • Bahasa dan Nada Sesuai: Rencana mestilah berpegang pada bahasa dan nada sesuai untuk Wikipedia, termasuk bahasa rasmi dan penuh hormat dan elakkan sebarang istilah menyerang ataumengapi-apikan. Rencana juga perlu dengan mudah boleh dibaca dan boleh difahami oleh kebanyakan pembaca.
  • Bukan Terjemahan Mesin: Penggunaan penterjemahan mesin secara sendirian tidak boleh diterima. Semua rencana, sama ada diterjemah penuh atau tidak, mestilah dirujuk oleh seorang manusia untuk memastikan rencana boleh dibaca.
Arahan Penyerahan Penyertaan
  • Semua penyerahan mestilah diletakkan kategori: <tvar name="1">Kategori:Rencana sempena Wiki Cinta Ramadan 2025</tvar>.
  • Semua masukan mestilah diserahkan sebelum 15 April 2025, 23:59 UTC.
  • Penyerahan mestilah dihantar ke laman Fountain.
  • Rencana anda hendaklah dihantar di pautan ini. Klik "log masuk" di sudut kanan atas dan ikut petunjuk yang ada. Anda boleh mengganti bahasa halaman di ikon bahasa yang terletak di sudut kanan atas.
  • Setelah anda menghantar rencana anda, alat tersebut akan menambah templat ke rencana anda dan menandainya agar diperiksa oleh para juri. Anda dapat memeriksa kiriman anda di pautan ini.
  • Jika terdapat sebarang kesulitan dan persoalan, anda boleh ajukan di laman perbincangan ini.
Ciri-ciri penilaian
  • 1 mata diberikan kepada rencana yang diterima, dan 0 diberikan kepada rencana yang ditolak. Ini akan terpakai kepada semua rencana yang diserahkan.

Daftar

Daftar dan laporkan sumbangan anda. Kami cadangkan anda daftarkan diri ke laman pendaftaran acara juga!

Penganjur

Anggota penilai