Wikipedia:Tutorial (versi lama)
Pengenalan | Menyunting | Memformat | Pautan Wikipedia | Memetik sumber | Laman perbincangan | Peringatan | Pendaftaran | Tamat |
Selamat datang ke Tutorial Wikipedia Bahasa Melayu. Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia yang membenarkan anda untuk menyunting mana-mana rencana yang anda mampu dan mempunyai pengetahuan mengenainya. Siri tutorial ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran yang anda perlukan dalam membantu kami membangunkan projek ini.
Setiap seksyen akan membincangkan fungsi berguna program wiki, gaya dan panduan kandungan, maklumat mengenai komuniti Wikipedia, atau polisi/dasar penting Wikipedia.
Walau bagaimanapun, kandungan tutorial hanyalah sekadar pengenalan kepada pengguna baru. Jika anda inginkan maklumat yang lebih lengkap, dalam tutorial ini ada disediakan pautan kepada laman yang mempunyai maklumat yang lebih terperinci mengenai topik-topik yang dibincangkan.
Selain itu, sesetengah seksyen ada menyediakan latihan bagi membolehkan anda mempraktikkan apa yang anda pelajari. Ambillah peluang ini untuk mencuba. Bak kata pepatah Inggeris, practice makes perfect.
Sudah bersedia? Mari kita mulakan!
Nota: Lokasi pautan yang diberi dalam tutorial ini menganggap anda menggunakan bentuk atau kulit laman yang asali (MonoBook). Jika anda sudah log masuk sebagai pengguna berdaftar dan telah menukar tatarajah asal anda, tutorial ini mungkin berada di lokasi yang lain.