Wikipedia:Sumber boleh percaya dan kepentingan tidak wajar
Halaman ini adalah sebuah penjelasan tambahan untuk laman Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai dan Wikipedia:Pandangan berkecuali. Halaman ini bertujuan untuk memberikan maklumat tambahan mengenai konsep dalam halaman yang dimajukannya. Halaman ini tidak termasuk dalam dasar dan garis panduan Wikipedia, kerana ia tidak diselidiki secara teliti oleh komuniti. |
Sudut pandangan berkecuali mengatakan rencana patut menggambarkan secara wajar kesemua sudut pandangan yang telah diterbitkan suatu sumber yang dapat ditentusahkan, dan patut melakukan sedemikian berkadar dengan kepentingan setiap sudut pandangan. Sekarang kelayakan penting: Rencana yang membandingkan pandangan tidak perlu memberi pandangan minoriti sebanyak atau seterperinci pandangan yang lebih terkenal, dan boleh tidak memasukkan langsung pandangan yang minoriti kecil (contohnya, rencana tentang Bumi hanya secara sangat ringkas merujuk teori Bumi Datar, pandangan suatu minoriti yang jelas). Kita tidak patut mencuba menggambarkan suatu pertikaian seakan-akan suatu pandangan yang minoriti kecil pegang layak sebanyak suatu pandangan majoriti, dan pandangan yang dipegang oleh suatu minoriti kecil tidak patut digambarkan kecuali dalam rencana yang khusus untuk pandangan sebegitu. Memberi kepentingan tidak wajar kepada suatu pandangan minoriti yang ketara, atau memasukkan pandangan minoriti kecil, dapat menjadi mengelirukan serupa dengan pertikaian. Wikipedia bertujuan untuk menyampaikan pandangan bersaing dengan kadar pernyataannya dalam kalangan pakar perkara tersebut, atau dalam kalangan pihak yang berkenaan. Hal ini digunakan bukan sahaja kepada teks rencana, namun kepada imej, pautan luar, kategori dan semua bahan yang lain juga.
Kepentingan tidak wajar digunakan kepada lebih daripada hanya sudut pandangan. Seperti memberi kepentingan tidak wajar kepada sudut pandangan yang bukan berkecuali, sama juga dengan memberi kepentingan tidak wajar kepada kenyataan yang dapat ditentusahkan dan bersumber. Sebuah rencana tidak patut memberi kepentingan tidak wajar kepada mana-mana aspek perkara, namun patut berusaha melayani setiap aspek dengan kepentingan yang berpatutan dengan kepentingannya kepada subjek. Ketahuilah kepentingan tidak wajar boleh dimasukkan dalam pelbagai cara, tetapi tidak terhad kepada, kedalaman perincian, kuantiti teks, kepentingan peletakan, dan pendampingan kenyataan.
Pandangan minoriti boleh menerima perhatian pada laman yang dikhaskannya secara khusus—Wikipedia bukanlah kertas akademik. Tetapi pada laman sebegitu, walaupun suatu pandangan dapat dijelaskan dengan terperinci, ia tidak patut digambarkan sebagai yang benar.
- Daripada Jimbo Wales, diringkaskan daripada pos ini dari September 2003 di senarai mel:
- Sekiranya sudut pandangan dalam majoriti, maka ia patut menjadi mudah untuk mengesahkannya dengan merujuk kepada teks rujukan yang diterima luas;
- Sekiranya sudut pandangan dipegang oleh minoriti yang ketara, maka ia patut menjadi senang untuk menamakan penyokong menonjol;
- Sekiranya sudut pandangan dipegang oleh minoriti yang amat kecil (atau jauh terhad), ia tidak tergolong dalam Wikipedia (kecuali mungkin dalam beberapa rencana sampingan) tanpa menghirau sama ada ia benar atau tidak; dan tanpa menghirau sama ada anda boleh buktikannya atau tidak.
Pandangan yang hanya dipegang oleh minoriti orang yang kecil tidak patut digambarkan sebagai pandangan minoriti yang ketara, dan mungkin patut tidak digamabarkan langsung.
Sekiranya anda dapat membuktikan sesuatu yang tiada seseorang atau sedikit sekarang percaya, Wikipedia bukanlah tempat untuk menayangkan bukti demikian. Sekali bukti disampaikan dan dibincang di tempat lain, walau bagaimanapun, ia boleh dirujuk. Lihat: Wikipedia:Pembahagian
Lihat juga
[sunting sumber]- Wikipedia:Pandangan Berkecuali, dasar yang esei ini ingin kembangkan.
- Wikipedia:Teori pinggir