Wikipedia:Permohonan pendapat/Thailand vs Negara Thai
Penampilan
Patutkah rencana ini dinamakan Negara Thai? Saya rasa di dalam Bahasa Melayu, Thailand disebut Negara Thai.
- Saya pun kurang pasti tentang perkara ini tetapi lebih gemar jika nama Thailand dikekalkan. Kita boleh undi. — Master2841 12:15, 18 November 2006 (UTC)
- Saya selalu belajar di sekolah dengan nama Negara Thai (atau kadangkala Negeri Thai). Kita boleh undi.Zack2007 13:01, 19 November 2006 (UTC)
Penamaan
[sunting sumber]Berikutan perbincangan di atas maka diadakan pengundian. Sila nyatakan sama ada anda memilih Negara Thai atau Thailand. (pastikan anda tanda tangan)
- Thailand. — Master2841 17:25, 19 November 2006 (UTC)
- Thailand.che 19:04, 19 November 2006 (UTC)
- Saya fikir kita kena tanya apakah yang orang Thai hendak...Negara Thai atau Thai?che 03:42, 29 November 2006 (UTC)
- Thailand--Jess421 22:07, 19 November 2006 (UTC)
- Thailand - Didie 03:20, 20 November 2006 (UTC)
- Saya rasa mungkin sebab nama ini sering digunakan, disebut, dan dipautkan ke Wikipedia ini selalu. OK... - Didie 02:18, 2 Disember 2006 (UTC)
- Thailand - Jay 07:38, 20 November 2006 (UTC)
- Negara Thai - Zack2007 08:45, 20 November 2006 (UTC)
- Saya rasa, DBP lebih cenderung menggunakan Negara Thai dari Thailand. DBP yang lebih memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu yang lebih standard (seperti perjuangannya untuk Bahasa Baku). Kerajaan kita kadang2 hanya membuta-tuli menggunakan apa yang mereka anggap betul. Ini semuanya pendapat saya, jangan diquotekan saya ok?). Zack2007 03:23, 22 November 2006 (UTC)
- Ada sebab mengapa Thailand dikenali secara eksklusif sebagai Negara Thai. Ia dari nama asal Thailand - Prathet Thai, iaitu secara literal Negeri Thai. Sebab itu Negara Thai adalah ekslusif kepada Thailand. Zack2007 07:10, 22 November 2006 (UTC)
- Thailand ...Aurora... 13:53, 20 November 2006 (UTC)
- Thailand Yosri 02:08, 21 November 2006 (UTC) Nama yang digunakan secara rasmi oleh Thailand bagi merujuk negeri sendiri. Lagipun kenapa Negara Thai aje ada Negara. Nanti kena letak Negara Indonesia dll pulak .......
- Negara Thai — Polar 12:46, 21 November 2006 (UTC)
- Indonesia tak perlu "Negara" kerana Indonesia boleh berdiri dengan perkataan itu sendiri. Melainkan Thai, Thai adalah merujuk kepada nama etnik atau kebudayaan majoriti di situ yang memberi tafsir Negara kepunyaan orang Thai. Thai juga bermaksud bebas yang kemudian memberi erti "Negara Bebas". Maka, tidak salah menggunakan Negara Thai memandangkan sejak nama itu digunakan bagi menggantikan nama Siam, kita memanggil nama jiran kita ini dengan nama Negara Thai. Kenapa harus diubah kepada Thailand kini?
- Kebanyakan nama negara sudah pun ada terjemahan Melayunya. Kalau hendak menggunakan Thailand juga yang kononnya digunakan di negara lain atau di PBB, kita juga perlu adil untuk menggunakan nama United States of America (bukan Amerika Syarikat), Netherlands (bukan Belanda), Morocco (bukan Maghribi), Spain (bukan Sepanyol), Italy (bukan Itali), Japan (bukan Jepun), Ethiopia (bukan Habsyah), Germany (bukan Jerman), Philippines (bukan Filipina), Singapore (bukan Singapura), Egypt (bukan Mesir), United Arab Emirates (bukan Emiriah Arab Bersatu), France (bukan Perancis), Lebanon (bukan Lubnan).
- Lainlah jika negara tersebut tiada terjemahan lagi seperti United Kingdom, Malawi, Zimbabwe, Nigeria, Portugal, dll. — Polar 07:26, 22 November 2006 (UTC)
Komen
[sunting sumber]Menurut Kamus Dewan Bahasa, Thailand = negeri Thai.
- Komen – Rujukan di karyanet itu adalah daripada kamus inggeris-melayu yakni memberi makna perkataan Inggeris kepada Melayu. Seperti yang saya nyatakan di atas saya juga tidak pasti sama ada istilah Thailand atau Negara/Negeri Thai yang betul. Oleh itu saya lebih menjurus kepada dasar penamaan kerajaan (dalam kes ini Kerajaan Malaysia). Laman web Kementerian Luar Negeri menjurus kepada penggunaan istilah Thailand [1]. Jadi oleh kerana itu saya lebih menjurus kepada Thailand. Walau bagaimanapun mari kita lihat keputusan undian dahulu. — Master2841 19:13, 19 November 2006 (UTC)
- Komen:Sama penggunaan Tanah Melayu dan Malaya. Kita menggunakan Tanah Melayu, orang luar menggunakan Malaya dan secara rasminya di PBB juga Malaya. Jepun, orangnya memanggil Niponggo, Nihonggo, kita memanggil Jepun, dunia memanggi Japan. Sepanyol, melayu kenal dengan Sepanyol, orang Latin dan Sepanyol memanggil España, dunia kenal dengan Spain. Ini wiki Melayu. Patut guna bahasa Melayu. Polar 12:44, 21 November 2006 (UTC)
- Boleh nak ditambah satu lagi, kalu sesiapa ada komen tambahan atau sebab mengapa mereka pilih Thailand/Negara Thai, sila tulis bersama dgn undian anda. mungkin kita boleh ambil kira sebab-sebabnya sekali dalam menentukan mana yang patut.Zack2007 03:21, 22 November 2006 (UTC)
- Komen dari Jay - Beginilah, saya bersetuju dengan Master2841, Polar, Yosri, Zack2007 dan semua orang di sini. Kita semua keliru kerana kerajaaan kita sendiri tidak dapat memberi kata putus dengan penggunaan Bahasa Baku atau keseragaman BAHASA MALAYSIA sendiri. Saya suka memilih apa yang rakyat negara tersebut suka dipanggil sepertimana saya mahu orang asing menyebut nama saya dengan betul.
- Terus-terang saya tidak menggemari sebutan JEPUN, saya suka sebut Japan. Saya tidak suka sebut AMERIKA SYARIKAT, tetapi saya akan menyebut United States of America dan juga lain-lain negara yang diterjemahkan. Kenapa? Sebab itu ialah nama ORANG, kenapa kita bersusah payah menterjemahkan? Saya bekerja dalam bidang Information Technology (Teknologi Maklumat) dan saya menghadapi kesukaran mengambil pekerja dari sesetengah universiti tempatan sebab saya tak faham apa yang mereka maksudkan. Kita rakyat Malaysia boleh terjemahkan apa yang patut dan perlu tetapi kita tak boleh melebih-lebih.
- Lihat 2 link dibawah. Satu dari PARLIMEN MALAYSIA dan satu lagi dari BERNAMA. Dua-dua agensi negara menyebut THAILAND. Jadi?? Di sini kita dah nampak ketidak seragaman kerajaan negara kita vs Dewan Bahasa. Saya sendiri kurang pasti pasal orang-orang di Dewan Bahasa yang terlalu suka menterjemahkan terlalu banyak benda tetapi kebanyakannya tidak boleh digunakan sama sekali.
- Seperti contoh, di dalam kerjaya saya, kita tidak sebut perisian, teknologi maklumat, pelayan dan banyak lagi terjemahan yang boleh buat kerja kita pening dan keliru. Kita tak sebut cekera padat-liut-keras dan banyak lagi. Kalau tak percaya, tanyalah pejabat-pejabat kerajaan di Putra Jaya. Saya rasa dah panjang saya menulis. Silalah tengok site Parlimen Malaysia dan Bernama – mereka sebut THAILAND!. Oleh itu, saya mengundi untuk THAILAND.
- Terima Kasih dan maaf sekiranya ayat-ayat saya menyinggung perasaan sesiapa ~ Jay 04:28, 29 November 2006 (UTC)
Dua cara utama yang digunakan dalam penamaan sesuatu rencana ialah nama rasmi dan nama popular. ...Aurora... 10:00, 29 November 2006 (UTC)