Pergi ke kandungan

Wikipedia:Penyalahgunaan jangka panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyalahgunaan jangka panjang
Ini bukan papan kenyataan. Untuk melaporkan vandalisme, gunakan papan kenyataan vandalisme penyelia.

Laman ini menyeranaikan sebilangan kecil penyalah guna jangka panjang (PJP atau LTA; long term abuse) untuk membantu komuniti yang perlu untuk melaporkan satu lagi kejadian. Ambil perhatian bahawa ini bukan laman papan kenyataan. Nama hanya patut diberi bagi kes-kes yang sahih dan ketara. Kebanyakan pengguna di sini telah disekat, dan kadangkala beeberapa kali.

Comment Dalam kebanyakan kes, langkah-langkah yang lebih baik termasuk menafikan pengiktirafan dan undur, sekat, abai.
Langkah berjaga-jaga
Jangan berikan terlalu banyak maklumat
Teks harus mempunyai keseimbangan yang teliti antara menyediakan maklumat berguna dengan maklumat yang cukup untuk menghalang pengesanan. Secara amnya, maklumat sedemikian hanya boleh dikongsi dengan pengguna yang mempunyai reputasi yang tinggi.
Petua maklumat berguna
Pertimbangkan untuk menyediakan hanya ringkasan tingkah laku dan sifat gangguan, halaman kes utama, dan nama pengguna berpengalaman semasa yang biasa dengan penyalah guna (dengan "pemberian" mereka, sejarah, sifat tingkah laku, dsb.)
Jangan gunakan LTA melainkan diperlukan
Hanya tambahkan penceroboh yang perlu diberi perhatian, terutamanya mereka dengan sumbangan boleh dikelirukan dengan pengeditan baik oleh seseorang yang tidak biasa dengan modus operandi mereka. Ini termasuk boneka pemboneka licik, troll prolifik, pemaksa bias, penyunting penambah maklumat palsu atau berat sebelah, dan penyunting pengiklan sengaja. Pelaku musnah terang-terangan dengan akaun bonekanya disekat dengan pantas kerana vandalisme walaupun mereka tidak mengelak daripada sekatan sebelumnya biasanya tidak perlu disenaraikan di sini.
Gunakan gaya bahasa dengan betul
Jangan gunakan bahasa yang mengagungkan vandalisme. Jangan gunakan frasa masa relatif seperti "akhir-akhir ini", "baru-baru ini" tanpa kelayakan (gunakan "Setakat tarikh...").

Bagi bantuan, anda boleh mengajukan permintaan di laman perbincangan atau hubungi para pembantu. Anda juga mungkin berminat dengan arahan pemfailan. Jika anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan pengguna-pengguna di bawah, langkah terbaik ialah menghubungi pengguna yang menghantar laporan, dan ini boleh dijumpai di sejarah laman.

Buat laporan di sini
I Untuk semua laporan:
Pastikan agar kriteria LTA berikut dipenuhi:
  • Pengguna sudah menyalahgunakan Wikipedia dalam waktu yang cukup lama.
  • Pengguna sudah memiliki sejarah suntingan mengganggu, memberikan informasi palsu, vandalisme, dan sudah disekat secara kekal, dan berterusan mengulanginya.
  • Ada kesempatan bagi pengguna bahawa maklumat yang diberikan memberikan lebih perhatian pada masa mendatang.
II Gaya pelaporan

III Isikan parameter yang tersedia.
IV Simpan.
V Pautkan pada senarai dan letakkan juga di senarai lengkap.


Laporan Huraian
Alifsamad30 Vandalisme asal Malaysia pada artikel-artikel mengenai geografi dan pemerintahan dengan menghapus sebahagian isi tanpa alasan yang jelas. Juga aktif di Wikipedia bahasa Indonesia serta Inggeris.
Johor Suntingan vandalisme dengan mencampurkan kata-kata dari bahasa Hokkien, Melayu, Inggeris, Jerman dan bahasa lainnya.