Rencana yang diterbitkan di sini bersifat bukan berkeuntungan iaitu sepenuhnya usaha penulisan dan penerbitan oleh sukarelawan-sukarelawan, dan oleh itu kami tidak meinta sebarang bayaran penerbitan
Intergrasi Wikipedia
Bahan yang sesuai diintergrasikan ke dalam Wikipedia bahasa lain untuk jangkauan dan pendedahan tambahan
Penjelasan
Pendidikan bermutu adalah asas dalam pembangunan lestari. Projek Pengakap untuk Warisan menyediakan pembelajaran kepada masyarakat berkenaan pengetahuan tapak warisan dunia sebagai salah satu sahutan dalam pembangunan lestari yang diperkenalkan oleh PBB. Oleh kerana kandungannya yang berisi rencana berpautkan kepada sumber yang boleh dipercayai, kami percaya ia merupakan suatu pendidikan yang bermutu kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak dalam usaha mereka untuk mengenal warisan dan budaya di tempat mereka memandangkan kini terlalu banyak kandungan dalam talian yang tidak boleh dipercayai dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada mereka.