Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)/Archive8

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arkib Laman ini merupakan arkib. Kandungannya harus dipelihara dalam bentuk asal.
Sila tujukan komen anda ke laman perbincangan.


Cadangan sekatan terhadap Hati Yang Dikhianati Aka My 3 Sisters

[sunting sumber]

Setelah menyumbang dengan baik di ms.wiki, komuniti ms.wiki mendapati anda, @Hati Yang Dikhianati Aka My 3 Sisters: menyumbang menggunakan nama yang terlarang. Saya perhatikan yang Hati Yang Dikhianati Aka My 3 Sisters (bincang · sumbangan) telah melakukan serangan peribadi terhadap pengguna lain dengan menghantar komen tidak sopan walaupun sudah ditegur oleh penyelia. Saya memohon agar penyelia aktif di sini, @SNN95:, @PeaceSearcher:, @Polar: dan @Tofeiku: mengambil tindakan terhadap Pengguna:Hati Yang Dikhianati Aka My 3 Sisters dengan menyekat beliau. Oleh itu, saya minta semua pengguna aktif di sini untuk memberi pendapat masing-masing. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 10:32, 5 Januari 2022 (UTC)[balas]

Berkenaan nama pengguna itu, itu merujuk kepada drama Hati Yang Dikhianati yang terbit berasaskan sebuah drama luar negara bernama My 3 Sisters, walaupun saya faham nama pengguna itu agak kurang cocok di sini (beberapa pengguna di Discord juga utarakan hal sama). Pasal serangan peribadi, saya nampak dia buat lagi serangan pada Oktober dan November lepas, sungguhpun dengan amaran daripada saya pada September. Suntingan-suntingan pembuangan kandungan juga nampak dicurigai. Oleh itu, saya rasa elok kita sekat dia. Tapi, saya biar penyelia lain menyatakan pandangan mereka sebentar. PEACE SEARCHΞR [Bincang] 10:48, 5 Januari 2022 (UTC)[balas]
Saya sokong penyekatan memandangkan rencana ciptaannya juga kurang berkualiti dari segi mutu penulisan dan tatabahasa. Polar (bincang) 12:04, 5 Januari 2022 (UTC)[balas]
Sama juga di sini. Jangan beri kompromi. SNN95 13:56, 5 Januari 2022 (UTC)[balas]

Menyeragamkan penamaan kategori jalan

[sunting sumber]

@Wiki Farazi, PeaceSearcher, Polar, Tofeiku, Fandi89, Jeluang Terluang, Zahirulnukman, EmpAhmadK, dan Ceball1923: Maaf sebab ping anda semua.

Saya sekrang mahu menyeragamkan penamaan kategori "Category:Roads in XYZ" ini. Sekarang, ada dua kemungkinan terjemahan bagi penamaan ini:

  1. Kategori:Jalan di XYZ
  2. Kategori:Jalan raya di XYZ

Lagi satu, saya nak selaraskan dengan "Category:List of roads in XYZ". Jadi "roads" tu patut guna "jalan" atau "jalan raya"? Kemungkinan ada lagi kategori yang perlu diseragamkan kemudian. Tetapi kita fokus pada yang ini dahulu. SNN95 03:03, 7 Januari 2022 (UTC)[balas]

Saya cadangkan guna perkataan "Jalan raya". Mungkin itu sesuai xD Wiki Farazi bincang 03:09, 7 Januari 2022 (UTC)[balas]
Saya pon rasa yang tu lagi sesuai. Cuma sekarang ni apa kata yang lain. SNN95 03:30, 7 Januari 2022 (UTC)[balas]
Setuju diseragamkan atas nama jalan raya. — Jeluang Terluang (bincang) 10:39, 7 Januari 2022 (UTC)[balas]
Saya setuju untuk diseragamkan begitu sebab kita akan ada istilah inggeris yang boleh dipadankan untuk jalan seperti "street" (contoh). Polar (bincang) 04:26, 7 Januari 2022 (UTC)[balas]
Saya juga bersetuju dengan cadangan Wiki Farazi (bincang · sumbangan) dan Polar (bincang · sumbangan) untuk seragamkan penamaan kategori jalan.–Fandi89 (bincang) 04:34, 7 Januari 2022 (UTC)[balas]
Setuju dengan cadangan @Wiki Farazi dan @Polar. Jalan raya (road) dan jalan (street). - Zahirul Nukman (sumb. | bincang) 04:45, 7 Januari 2022 (UTC)[balas]
Setuju dengan padanan di atas. TofeikuBincang 05:40, 7 Januari 2022 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan cadangan istilah "jalan raya" bagi "road" dan "jalan" bagi "street." EmpAhmadK - (bincang) 05:09, 10 Januari 2022 (UTC)[balas]

Tukar penggunaan "cereka" kepada "fiksyen"

[sunting sumber]

Saya ada nak cadangkan untuk tukar istilah "cereka" kepada "fiksyen". Bagi pandangan saya (yang lebih keMalaysiaan) rasa perkataan "fiksyen" lebih sesuai. Tapi nak tahu juga dari pengguna BM dari Singapura dan Brunei, adakah "cereka" sesuai berbanding "fiksyen"? SNN95 14:56, 8 Februari 2022 (UTC)[balas]

Saya setuju untuk tukarkan istilah "cereka" kepada "fiksyen" kerana bagi saya perkataan "fiksyen" itu lebih difahami oleh ramai orang berbanding cereka, serta memudahkan pencarian istilah-istilah seperti cereka sains yang akan menjadi fiksyen sains Aimwin66166 (Aimwin66166) 15:30, 8 Februari 2022 (UTC)[balas]
Saya tiada masalah pada pertukaran atau pengekalan istilah ini. Zahirul Nukman (sumb. | bincang) 23:04, 8 Februari 2022 (UTC)[balas]
Sesuai kerana? Kalau sekadar alasan kata pinjaman lebih dikenali daripada kata jati, itu tidak berapa kukuh alasan. Antara sifat bahasa baku adalah menggunakan kata jati berbanding kata pinjaman jika kedua-dua masih digunakan. Kalau guna alasan sebab kata pinjaman, jadi lagi bagus guna simptom bukan gejala, infrastruktur bukan prasarana, prosedur bukan tatacara dan sebagainya. Jadi bagi saya, saya menyokong mengekalkan penggunaan "cereka" dan tidak menghalang penggunaan "fiksyen" juga. Inikan Wikipedia. Kita boleh jelaskan kepada pembaca. TofeikuBincang 08:23, 9 Februari 2022 (UTC)[balas]
@Tofeiku: Apa yang saya kata "sesuai" di sini adalah yang mana lebih banyak digunakan. Ya kita boleh terangkan apa itu "cereka", tapi saya di sini mencadangkan perkataan yang lebih banyak digunakan. Saya tidak tahu di negara berbahasa Melayu yang lain macam mana, tapi saya lihat penggunaan "fiksyen" lebih banyak berbanding "cereka". Kemungkinan apa yang saya dasarkan agak tidak kuat, yang saya tahu ini pon berdasarkan dari carian di Google. Hasil carian "fiksyen" 1.5 juta, berbanding "cereka" 300 ribu. Bukan apa, saya juga mahu menyeragamkan penggunaan istilah "fiskyen" ini pada kategori, tajuk ("cerita rekaan" saya tak kisah kalau tak ubah) dan label; yang kini nampak agak berterabur dan tidak seragam sejak penciptaan WBM lagi. SNN95 01:02, 10 Februari 2022 (UTC)[balas]
Untuk tujuan penyeragaman, lebih baik guna "cereka". Walaupun "fiksyen" lebih banyak penggunaannya namun lebih baik guna perkataan yang bukan kata pinjaman bagi saya. Kurangkan penggunaan kata pinjaman jika boleh untuk menampakkan rencana semula jadi dan bukan ketara sebuah terjemahan. Contoh seperti "procedure", "prosedur" lebih banyak carian berbanding "tatacara" namun lebih baik guna "tatacara". Kalau lihat MABBIM, lebih banyak penggunaan "cereka" untuk Brunei dan Malaysia berbanding "fiksyen". TofeikuBincang 07:02, 10 Februari 2022 (UTC)[balas]
@Tofeiku: Hmmm... lebih baik juga kalau seragamkan guna cereka. Kalau begitu saya kekalkan "cereka" untuk penyeragaman. SNN95 09:31, 12 Februari 2022 (UTC)[balas]
[sunting sumber]

Apologies for writing in English. Please feel free to translate my text.

I'm holding a global RFC regarding Sandbox link (example) at Meta: m:Requests for comment/Enable sandbox for all Wikipedias. I was told by User:Lucas Werkmeister that Bahasa Melayu Wikipedia as a large project does not have Sandbox link enabled.

  • Does Bahasa Melayu Wikipedia want the Sandbox link enabled?

If there is consensus for enabling that on Bahasa Melayu Wikipedia, I will do that as part of the global settings. But if Bahasa Melayu Wikipedia does not want that, I can simply omit the Bahasa Melayu Wikipedia from my proposal. No hard feelings at all :) I have personally not found Sandbox links harmful in any way, shape, or form. Thanks 4nn1l2 (bincang) 02:29, 19 Februari 2022 (UTC)[balas]

Perlukah ada Kategori:Orang mononim Malaysia

[sunting sumber]

Saya ingin bertanyakan soalan, perlukah adanya Kategori:Orang mononim Malaysia? Kerana saya berpendapat kategori sedemikian tidak pernah wujud sama ada di ms.wiki atau en.wiki mahupun bahasa lain Wikipedia. Pada hemat saya, kategori berkenaan sepatutnya tidak wujud dalam Wikipedia. Di en.wiki pun, kategori orang mononim tidak pernah wujud kerana kewujudan kategori orang mononim Malaysia menghairankan saya. Saya ingin meminta pendapat anda semua @Zahirulnukman, Wiki Farazi, PeaceSeekers, Polar, Ricky250, CyberTroopers, Zamwan, Hongqilim, dan EmpAhmadK: mengenai isu ini. Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 03:05, 3 Mac 2022 (UTC)[balas]

Pada pandangan saya, tak perlu diwujudkan. Jika perlu diwujudkan sekalipun, ia ialah subkategori di bawah Kategori:Nama Manusia, bukan penyanyi, pelakon sebagaimana sekarang. Zahirul Nukman (sumb. | bincang) 03:51, 3 Mac 2022 (UTC)[balas]
@Zahirulnukman: Saya mencadangkan supaya Kategori:Orang mononim Malaysia dihapuskan segera dan kategori itu perlu dibuang serta-merta daripada rencana yang mempunyai kategori itu.–Fandi89 (bincang) 06:28, 3 Mac 2022 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan pendapat Zahirulnukman. Tak pernah jumpa kategori di Wikipedia bahasa lain setakat ni. Wiki Farazi bincang 11:50, 3 Mac 2022 (UTC)[balas]

Mohon sekatan terhadap PADIBERAS

[sunting sumber]

Saya ingin memohon mana-mana penyelia aktif: @SNN95:, @Zamwan:, @26 Ramadan:, @PeaceSeekers:, @Ricky250:, @Tofeiku:, @Polar: dan @CyberTroopers: agar menyekat PADIBERAS (bincang · sumbangan) selama-lamanya daripada menyumbang di ms.wiki kerana didapati memasukkan kandungan bahasa asing dalam rencana Padiberas Nasional Berhad. Sudah dua kali diberi amaran dan dua kali rencana BERNAS dipulihkan tetapi dia masih berdegil.–Fandi89 (bincang) 04:33, 6 April 2022 (UTC)[balas]

pengguna telah disekat oleh @PeaceSeekers: Zamwan (bincang) 11:14, 14 April 2022 (UTC)[balas]

Extended listings for Ukraine

[sunting sumber]

If you are interested in the topic of Ukraine and want readers who use your language to learn more about this country and its people, culture, science, sports, nature, history, economy and other aspects of reality, you can use the following links:

Muhammad Alif Adha Bin Samad buat hal lagi

[sunting sumber]

Muhammad Alif Adha Bin Samad buat hal lagi, mohon mana-mana penyelia ambil tindakan terhadapnya. Dia masih terus-menerus membuang kandungan rencana secara besar-besaran.–175.143.166.56 11:01, 1 Jun 2022 (UTC)[balas]

Hi, I can't find the administrators' noticeboard so I'm asking here instead. If there is a more appropriate place, please move this request there. This user, who was globally locked multiple times for sockpuppetry and spamming, has created an article promoting himself. Can an admin please have a look, and then either delete the page, block them or both? Thanks in advance. NguoiDungKhongDinhDanh (bincang) 03:10, 4 Jun 2022 (UTC)[balas]

Also, this one too. NguoiDungKhongDinhDanh (bincang) 03:13, 4 Jun 2022 (UTC)[balas]
PiecemeaIcranky did upload a picture of Marsuki, but I have to keep an eye at this user for now. Regarding BoByrIona however, I can't find any any relations of this user with Marsuki LTA. Seems like a noble new user to me. If there's any proof, however, just notify me. Thanks. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 10:37, 4 Jun 2022 (UTC)[balas]

New Barnstar

[sunting sumber]

Hello my name Badak Jawa from Indonesia Wikipedia, can I create Silat Barnstar in Wikipedia Melayu? Badak Jawa (bincang) 10:54, 5 Disember 2022 (UTC)[balas]

sudah dibuat atau belum? @Badak Jawa:
- الأستاذ أبو غاصاك (بينچڠ)
14:34, 23 Januari 2023 (UTC)
[balas]