Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib Ogos 2008
Laman in adalah arkib untuk Wikipedia:Kedai Kopi bagi Ogos 2008. Disebabkan bulan Ogos mempunyai terlalu banyak perbincangan, maka tiga laman arkib telah dibuat. Laman ini adalah bagi kandungan terawal (berdasarkan tarikh tajuk dicipta).
Lompat ke: Subarkib 1 | Subarkib 2
Gerhana matahari 1 Ogos 2008
Di Malaysia, gerhana matahari akan berlaku pada jam 6.30 p.m - 7.30 p.m tetapi tidaklah begitu ketara. Alasannya hanya sedikit sahaja bahagian matahari yang terlindung (mungkin gerhana matahari separa) malah ketika itu juga, matahari sedang terbenam dan waktu malam menanti. -- Tebu.an (bincang) 08:31, 1 Ogos 2008 (UTC)
- Gerhana Matahari yang sia-sia. Haha — クルニア[binc|sumb] 09:22, 1 Ogos 2008 (UTC)
Rasanya tak sampai separa pun kat Malaysia nie. Video gerhana matahari penuh di China, http://www.exploratorium.edu/eclipse/2008/index.html -- Tebu.an (bincang) 10:48, 1 Ogos 2008 (UTC)
Senarai sekolah menengah di Malaysia
Aku dah buat percubaan untuk negeri Kedah, cuba tgok kat sini Senarai sekolah menengah di Malaysia, klu ok, aq nk wut untuk semua negeri. PuteraLuqman Tunku Andre 11:10, 3 Ogos 2008 (UTC)
- Apa yang kau buat?—Aviator, 11:16, 3 Ogos 2008 (UTC)
Aku bahagikan dia kepada lebih terperinci. PuteraLuqman Tunku Andre 11:18, 3 Ogos 2008 (UTC)
- Lain kali kau boleh buka perbincangan di laman itu sendiri, tak perlu buka di Kedai Kopi.—Aviator, 04:58, 4 Ogos 2008 (UTC)
- Setuju dengan aviator..Che (bincang) 17:35, 4 Ogos 2008 (UTC)
Berita mengenai permohonan pembukaan Wikiquote dan Wikisource
Pihak Langcom telah menyemak semula permohonan pembukaan Wq dan Ws semalam. Status bagi Wq: [1]. Status bagi Ws: [2]. Dengan melihat kedua-dua status ini, semua syarat telah dipenuhi, kecuali satu syarat yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya terdapat empat pengguna yang menyumbang secara aktif dalam tempoh beberapa bulan bagi sesebuah projek. Hal ini boleh dipantau dengan melihat statistik janaan. Statistik bagi Wq: [3]. Statistik bagi Ws: [4]. Dengan melihat statistik-statistik ini, Wq kekurangan dua orang pengguna aktif, manakala Ws kekurangan hanya seorang lagi pengguna aktif.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Namun begitu, kami memerlukan sedikit lagi usaha daripada anda untuk menjayakan projek-projek ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.—Aviator, 10:19, 6 Ogos 2008 (UTC)
- Mana pautannya ke laman utama Wq ngan Ws. PuteraLuqman Tunku Andre 14:54, 6 Ogos 2008 (UTC)
- Kan ada di Laman Utama. ...Aurora... (bincang) 15:03, 6 Ogos 2008 (UTC)
- Hai Putera. Kat sebelah bawah Laman Utama kan ada. Atau tengok ini: Templat:Wikipediasister.—Aviator, 15:03, 6 Ogos 2008 (UTC)
Owh ya ker, k, Thanks. PuteraLuqman Tunku Andre 15:06, 6 Ogos 2008 (UTC)
Berita terbaru: Wq sudah mempunyai 3 orang pengguna aktif: Izzudin, Polar, dan Edmundwoods. Teruskan usaha.—Aviator, 00:20, 15 Ogos 2008 (UTC)
Penambahan dan pertambahan
Apa beza penambahan dan pertambahan? -- Tebu.an (bincang) 11:30, 6 Ogos 2008 (UTC)
penambahan = Ditambah dari luar contoh, penambahan 1.4 juta kepada pertambahan = Bertambah dengan sendiri contoh, pertambahan penduduk Yosri (bincang) 11:44, 6 Ogos 2008 (UTC)
- Pertambahan: kata nama. Penambahan: boleh jadi kata kerja atau kata nama mengikut konteks. ...Aurora... (bincang) 15:03, 6 Ogos 2008 (UTC)
Pertambahan adalah kenaikan dari segi kuantiti, manakala penambahan adalah perlakuan menaikkan sesuatu kuantiti. — クルニア[binc|sumb] 15:08, 6 Ogos 2008 (UTC)
- Baru aku faham. -- Tebu.an (bincang) 10:16, 13 Ogos 2008 (UTC)
Penggunaan aksara bukan Rumi
Akhir-akhir ini terdapat penggunaan aksara yang tidak terdapat dalam abjad Rumi dalam tajuk dan juga dalam teks rencana. Contohnya, ō dalam Bentō, ā dan ī dalam Tulisan Brāhmī, dsb. Sila ingat bahawa dalam bahasa Melayu hanya terdapat 26 huruf (a-z, +1: é untuk bantuan penyebutan), dan huruf-huruf tambahan seperti ō, ā, dan sebagainya amat jarang sekali digunakan dalam mana-mana media. Apa yang saya tahu ialah huruf-huruf tambahan ini digunakan untuk transliterasi, contohnya transliterasi Arab-Rumi DBP menggunakan beberapa huruf tambahan, dan bahasa-bahasa lain seperti Cina, Jepun, Tamil, dan sebagainya mempunyai peraturan-peraturan transliterasi masing-masing (pin-yin dsb). Transliterasi adalah untuk bantuan penyebutan sahaja! Tolong jangan gunakan sewenang-wenangnya ketika menulis, sampai merebak ke dalam tajuk rencana. Gunakan huruf-huruf biasa sahaja ketika menulis. Contohnya, dalam kes rencana bento tadi, berikan tajuk ringkas "Bento", kemudian tulis pengenalannya macam ini:
Bento (弁当, transliterasi: bentō) ialah sebuah kotak untuk mengisi makanan...
Dengan cara ini, ejaan Melayu dapat dikekalkan, di samping pembaca dapat mengetahui cara sebutannya. Maaf didahulukan kalau saya kelihatan meleter sikit dalam kiriman ini (õ_ó).—Aviator, 03:10, 7 Ogos 2008 (UTC)
- Benar kata Aviator! Sila rujuk Wikipedia:Nama khas dan juga perbincangannya. --Tikar aurum (bincang) 07:29, 8 Ogos 2008 (UTC)
Meletakkan video
bagaimana saya mahu meletakkan video di dalam wikipedia yg saya sunting?
- Muat naik video anda ke Wikipedia dalam format ogg. Kemudian gunakan penanda [[Imej:]].—Aviator, 00:41, 13 Ogos 2008 (UTC)
Butang-butang di laman penyuntingan
Rasanya ada masalah di MediaWiki:Common.js kerana penyemak imbas saya tidak memaparkan butang-butang tambahan yang diletakkan di Common.js. Masalah ini berlaku pada Firefox, pada IE tidak ada masalah pula. D: — クルニア[binc|sumb] 10:15, 13 Ogos 2008 (UTC)
sakit mata
sakit mata la bahagian pengenalan kedai kopi ni. tuka backgroud warna lain la.. header tu ok jerk.. yg warna gold tuh takleh blah. bleh tercabut choroid ngan sclera sampai kene katarakh mata camtuh.. ☺ —izzudin 11:17, 13 Ogos 2008 (UTC)
- Bolehkah anda bercakap dalam bahasa Melayu piawai? Joking.. Ya, saya rasa begitu juga. — クルニア[binc|sumb] 11:35, 13 Ogos 2008 (UTC)
- Eh... saya tak bercakap pun.. saya hanya menaip... ekekkekekkeee ☺ —izzudin 11:39, 13 Ogos 2008 (UTC)
- Didie yang last sekali tukar header tu. Amboi Izzudin sedap je kutuk design orang, gambar bintang bulan yang dia upload pun bukannya cantik sangat :D—Aviator, 12:24, 13 Ogos 2008 (UTC)
- Takpe... boleh tuko balek... ~emo ~emo.. ☺ —izzudin 10:21, 14 Ogos 2008 (UTC)
- Gambar bulan mana nie. Bagi pautan kat saya. -- Tebu.an (bincang) 07:53, 15 Ogos 2008 (UTC)
- Imej:MS - Star & Moon (FA).png dan Imej:MS - Star & Moon (FA Link).png. Izzudin jangan merajuk. Aku bergurau aja.—Aviator, 09:33, 15 Ogos 2008 (UTC)
- Saya bersetuju dengan Izzudin, tapi malas nak komen saja. Warna orange bukan warna yang sesuai langsung untuk warna latar melainkan jika dicampur dengan warna lain yang agak menyejukkan mata. Warna orange bukan saja menyakitkan mata malah nampak tak professional langsung dan tak kena tempat. Saya cadangkan agar warna itu ditukar kepada warna yang muda sikit seperti di bawah:-
- Imej:MS - Star & Moon (FA).png dan Imej:MS - Star & Moon (FA Link).png. Izzudin jangan merajuk. Aku bergurau aja.—Aviator, 09:33, 15 Ogos 2008 (UTC)
1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
- Jay (bincang) 02:59, 16 Ogos 2008 (UTC)
- saya tuko jadik yg nombor 6 tuh? okess?? ☺ —izzudin 11:51, 16 Ogos 2008 (UTC)
Manual for new and small Wikipedias
Hello, at Meta there are pages created to help new and small Wikipedias: Manual and Wikipedia and help pages. You are welcome to have a look and comment. Kind regards--Ziko (bincang) 22:56, 13 Ogos 2008 (UTC)
meletakkan galeri gambar
macam mana mahu meletakkan galeri gambar pada page wikipedia yg saya sunting? galeri gambar ni kira boleh letak gambar banyak2 la..
- Gunakan penanda <gallery>. Lihat contoh di m:Help:Images and other uploaded files#Gallery.—Aviator, 22:51, 14 Ogos 2008 (UTC)
Menjelang 30,000 rencana
Nak sambut ke tak? Bagi saya bukan senang nak capai 30,000 rencana sejak pembukaan wikipedia BM 5 tahun lalu, jadi pihak wiki wajar menandakan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyumbang melalui hiasan dan mesej khas sempena pencapaian 30 ribu rencana. ;) Fanatix (bincang) 01:33, 15 Ogos 2008 (UTC)
- Letak Sitenotice pun sudah jadi.—Aviator, 02:06, 15 Ogos 2008 (UTC)
- OK, dah cecah 30,000 pun. Letaklah kalau tahu macam mana 218.111.48.253 07:31, 17 Ogos 2008 (UTC)
- Sekarang Wikipedia Bahasa Melayu sudah melebihi 30,000 rencana. Syabas buat semua ahli Wikipedia Bahasa Melayu yang turut serta menjayakannya. Sasaran seterusnya: 50,000 rencana. Semoga berjaya ;) - Hezery99 (bincang) 04:24, 18 Ogos 2008 (UTC)
wujudkah?
takde ke wikinews bahasa melayu? bila nak buat? ☺ —izzudin 11:44, 16 Ogos 2008 (UTC)
- kalau rajin ..buatler..pastikan komited..Che (bincang) 19:07, 16 Ogos 2008 (UTC)
- Cemaner nak uwat? ☺ —izzudin 07:26, 17 Ogos 2008 (UTC)
logo
layak tak logo ni?
-
Caption1
-
Caption2
Bagus juga. Ramai ke orang yang komited? Anda boleh buka projek ujian di Incubator.—Aviator, 12:14, 17 Ogos 2008 (UTC)
- Lantaklah komited ke tidak... kalau belum bukak sape nak komited kan? Sini laman request dia! ☺ —izzudin 13:17, 17 Ogos 2008 (UTC)
- Wei Izzudin. Kau yang propose kan? Letak la nama kau kat situ (tanda NP), pastu senarai ahli lain yang sanggup (tanda N). Sebelum ni ada dua permohonan belum lulus. Sekarang tambah Wikiberita, jadilah tiga.—Aviator, 13:25, 17 Ogos 2008 (UTC)
- Bukan wajib pon... ☺ —izzudin 13:36, 17 Ogos 2008 (UTC)
Minta perhatian. Apakah yang bakal diterapkan bagi projek yang ini? Adakah ia berfokuskan kepada berita dan isu semasa di Malaysia sahaja ataupun seluruh dunia dalam bahasa Melayu. Sekian. — Didie (bincang) 17:21, 18 Ogos 2008 (UTC)
- Seluruh dunia dalam bahasa Melayu. Perhatian, bahasa Melayu bukan milik orang Malaysia sahaja. Jangan lupakan Brunei dan Singapura dan juga mereka yang di Sumatera. — クルニア[binc|sumb] 19:33, 18 Ogos 2008 (UTC)
Logo cantik,
-
Caption1
Tapi harap ada bendera Malaysia di dalam logo ini--kekacang 03:22, 19 Ogos 2008 (UTC)
- Rasanya tak sesuai mengkhusus pada Malaysia kerana Wikipedia ini adalah untuk semua penutur. Mungkin boleh satu logo bagi umum dan beberapa logo menurut setiap negara. Yosri (bincang) 04:18, 19 Ogos 2008 (UTC)
- logo tu mungkin patut diletakan di portal berita malaysia sahaja, lihat sini http://commons.wikimedia.org/wiki/Wikinews#Others--Adikhebat (bincang) 05:00, 19 Ogos 2008 (UTC)
- Bukan mungkin.. memang patut pon.. ☺ —izzudin 05:05, 19 Ogos 2008 (UTC)
- Kalau nak ikutkan, seperti kata Mr Izzudin, memang patut pun. Misalnya wikinews ar, caption logonya bertulisan Jawi, cuma gambarnya sama seperti yang rasmi punya (cth: wikinews en). — Imran Al-Sahih 05:55, 19 Ogos 2008 (UTC)
- Bagus la Izudin ni. TAhniah. Harap buat yang tebaik. Saya nantikan kewujudan Wikiberita utk menyumbang di dalamnya. Kurosagi7 (bincang) 10:18, 19 Ogos 2008 (UTC)
- Ok juga Izzuddin...cuma untuk mengembangkan bahasa melayu ..saya pilih WikiBerita.kapsyen kedua....memang menarik... Che (bincang) 08:25, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Isshh.. apsal lame sangat diorang nak verify nih.. grrr... ☺ —izzudin 15:32, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Harap bersabar dengan kerenah Langcom. Buat masa ini, anda boleh memantau statistik untuk Wn: [5]. Tentang pengkhususan negara, saya rasa tak ada masalah kalau Malaysia diberatkan (dan negara-negara lain yang mana penduduknya menutur dalam bahasa Melayu), tapi berita antarabangsa pun jangan diabaikan. Ikut format akhbar tempatan.—Aviator, 22:45, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Nak join tapi malas. Lain la kalau ada upah. Hehe -- Tebu.an (bincang) 23:46, 22 Ogos 2008 (UTC)
Ini kan projek sukarela. Tiada siapa-siapa nak paksa.
Nampak macam permohonan ini belum diluluskan lagi. Tapi analisis daripada pihak Langcom sudah ada. Lihat meta:Language subcommittee/Status/wn/ms.—Aviator, 15:11, 24 Ogos 2008 (UTC)
- Sekarang dah verified dan marilah semua orang aktifkan diri di laman incubator wikiberita! ☺ —izzudin 07:35, 25 Ogos 2008 (UTC)
Terjemahan "keutamaan saya"
Salam,
pada pandangan saya terjemahan yang lebih baik untuk "my preferences" adalah "kegemaran saya". Ini adalah kerana merujuk kepada http://dictionary.reference.com/browse/preferences maksud preferences dalam konteks ini ialah "The selecting of someone or something over another or others". Jadi, "Saya gemar A daripada B" adalah lebih bersesuaian dari "Saya utamakan A daripada B"
Sekian
Saripol Sulaiman (bincang) 13:45, 20 Ogos 2008 (UTC)
- "Kegemaran" lebih bermaksud "favourites" dan digunakan dalam konteks lain, cth: makanan kegemaran, minuman kegemaran, pautan kegemaran.—Aviator, 12:02, 21 Ogos 2008 (UTC)
- "Preferences", singular "Preference" dalam bahasa Melayu bermakna "Pilihan". "Keutamaan" dan "kegemaran" memang salah teramatlah sangat salah. ☺ —izzudin 14:35, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Kan saya dah kata, "kegemaran" untuk "favourites". "Pilihan" untuk "options" dan "keutamaan" untuk "preferences". Tambahan pula, saya rujuk terjemahan "keutamaan" itu daripada penterjemah lain juga yang lebih berpengalaman daripada saya. Jadi, saya tak nampak apa-apa masalah baginya. Pernahkah anda menterjemah perisian?—Aviator, 15:38, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Tak.. ☺ —izzudin 15:45, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Ok, dah rujuk kamus. Betul lah pun... :D ☺ —izzudin 17:13, 22 Ogos 2008 (UTC)
- My Preferences boleh diterjemahkan sebagai "Apa yang saya lebih suka". "I prefer it hot" = "saya utamakan ia panas" atau "saya lebih gemar ianya panas". "Keutamaan saya" bermaksud "apa yang saya utamakan" bukan? Apa yang kita utamakan di dalam "Preferences"? Ya preferences diterjemahkan di dalam bahasa Melayu sebagai keutamaan. Tetapi bukan cuma itu. Ia juga diterjemahkan sebagai pilihan. Sebagai tambahan, "preferences" juga bermaksud "options". Dulu kalau tidak silap saya, "My preferences" adalah "Ketetapan saya" dan sebelum itu "Pilihan saya". Kedua-dua ini lebih tepat berbanding keutamaan saya. Sebab saya tidak nampak apa yang kita utamakan di dalam "My preferences". Sekiranya ada yang boleh tunjukkan saya, saya dahului dengan ucapan terima kasih. — kurkur[binc|sumb] 14:43, 31 Ogos 2008 (UTC)
Kenapa
Kenapa wiki bahasaMelayu hanya mempunyai 30,000 articel? Sedangkan sahaja wikipedia bahasa indonesia sudah lewat angka 30,000 ni. Sbb mereka kembangkan ilmu pengetahuan mereka. Kenapa wikipedia bahasa melayu kurang artikel? Pendapat saya, kita cari pengetahuan tak kira dimanasaja ( saya setia hari cuti pergi perpustakaan ), lalu olah ilmu yang kita dapat, dan masukkan ia kedalam wikipedia. Setuju? 161.139.100.98 10:07, 21 Ogos 2008 (UTC)
- Sebenarnya kita tidak boleh membanding dengan Indonesia, kerana sebagai negara ke-4 jumlah penduduk tertinggi, jumlah penduduk keseluruhan mereka jauh lebih tinggi. 0.001% menyumbang pun dapat kalahkan .01% penyumbang kita. Selain itu, kebanyakan rencana mereka menumpu kearah bandar dan daerah seluruh dunia. Saya lebih suka menumpu kearah rencana yang mempunyai kandungan membina ilmiah dan membaiki kualiti rencana. Walaubagaimanapun, ini bukanlah pertandingan, dan saya bangga dengan pencapaian Wiki Indonesia. Pada masa yang sama, kita cubalah meningkatkan Wikipedia Bahasa Melayu seupaya kita semua. Yosri (bincang) 10:35, 21 Ogos 2008 (UTC)
- Memang sudah masanya kita padankan wiki-bm dengan wiki bahasa lain ( yang jauh lebih tinggi artikelnya dari kita ) ( saya sendiri penyumbang bahasa indonesia ). Muhraz (bincang) 08:09, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Bagi saya tiada masalah kalau kita padankan cuma kena pastikan semuanya mengikut polisi wikipedia bahasa melayu..Che (bincang) 08:19, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Haaa.. Haaa... Haaa... Silalah. Saya dah terjemah siang malam, kalau ada penyumbang lain yang hendak aktif lagi saya suka. Silakan,... Silakan.... Jangan malu-malu. Yosri (bincang) 10:12, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Oleh kerana ramai kata boleh banding-bandingkan... jadik dengan ini saya bandingkan Wikipedia MS dengan Wikipedia Nepal. Nepal punya user internet adalah sebanyak 316,800 (1.2% daripada seluruh penduduknya) manakala pengguna internet yang boleh berbahasa Melayu lebih kurang 15,080,029. Mengikut kitab Ilmu Hisab Harun Din Salim Bachik Jilid 2, bermakna rencana dalam Wikipedia Nepal adalah 42 264 manakala Wikipedia MS adalah 30 180. Tahiniah... Tahiniah... ☺ —izzudin 15:39, 22 Ogos 2008 (UTC)
- Borak-borak juga. Buatlah rencana baru. Jangan jadi NATO - No Action Talk Only. Yosri (bincang) 01:08, 23 Ogos 2008 (UTC)
- Sebab itulah saya ada cilok artikel wikiIndonesia tapi ditentang pula....Syed Azaharul (bincang) 05:40, 24 Ogos 2008 (UTC)
- Kenalah terjemah betul-betul kalau taknak ditentang... ☺ —izzudin 07:20, 25 Ogos 2008 (UTC)
Ape kena mengenanya Wiki bahasa indonesia dengan wiki bahasa nepel? Muhraz (bincang) 05:07, 30 Ogos 2008 (UTC)