Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib9/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.

Bot

Mengapakah permohonaan bot di Wikipedia buat masa sekarang hanya untuk tujuan interwiki sahaja? Saya ingin mencadangkan supaya bot juga digunakan sebagai penyemak kesalahan ejaan? Walaupun saya tidak beberapa fasih tentang penggunaan ini, saya berharap anda semua dapat memberi pendapat anda tentang cadangan ini. --MSWiki 09:14, 2 September 2007 (UTC)--[balas]

Sebab sebelum ini tiada bot yang memahami bahasa Melayu, jadi hanya oleh buat interwiki sahaja. ...Aurora... 14:47, 3 September 2007 (UTC)[balas]

--- Bagus juga tambahan ini. Ini bot pertama di sini? Piecemealcranky 07:20, 11 September 2007 (UTC)[balas]

ArrazzazBot

ArrazzazBot ialah pengguna bot yang saya cipta. Berikut adalah tugas yang ditawarkan:

  • Mengosongkan kotak pasir—setiap hari, pada pukul 12.00 am waktu Malaysia, bot ini akan mengosongkan kotak pasir jika ia mendapati sebarang perubahan.
  • Mengalu-alukan pengguna baru—juga pada setiap hari, bot ini akan memeriksa log pendaftaran. Jika terdapat pengguna baru, ia akan mengirim {{sd}} ~~~~ pada laman perbualan mereka. Belum dijalankan lagi kerana saya belum tahu mengenai dasar WikipediaMs tentang penapisan nama pengguna (blacklist dsb).

Kalau pihak pentadbir setuju, sila beritahu ya. Sebarang cadangan, bantahan? Kalau siapa-siapa mempunyai idea untuk bot saya, beritahu sahaja di sini, insya-Allah saya akan cuba usahakan. ~ Aviator 20:28, 3 September 2007 (UTC)[balas]


Terima kasih kepada para penyelia, birokrat kerana memberi sokongan dan menganugerahkan status bot. Pada masa sekarang, bot saya haya boleh melakukan tugasan kecil sahaja (seperti yang dilakukan sekarang). Kerja-kerja seperti antivandalisme memerlukan aktiviti sepenuh masa, oleh itu tugas ini agak berat dan barangkali tidak mampu ditanggung oleh komputer pelayan yang saya sewa. Lagipun saya sewa khidmat komputer tersebut bukan atas sebab menjalankan bot (kalau mereka tahu tetang hal ini mesti mereka marah, hehe).

Sekarang, saya sedang memohon khidmat hos m:Toolserver yang terletak di Jerman. Perkhidmatan ini adalah percuma dan memang khusus untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan Wikipedia dan projek-projek berkaitan. Akan tetapi, perkhidmatan ini agak terhad dan tidak diberikan kepada semua orang. Oleh itu, kalau anda berminat mengenai pelaksanaan antivandalisme di sini, anda boleh menyokong permohonan saya di Toolserver. Lihat http://meta.wikimedia.org/wiki/Toolserver/New_accounts#ms:User:Aviator.

Oh ya, selamat menyambut Ramadan al-mubarak. :) ~ Aviator 12:29, 13 September 2007 (UTC)[balas]

Permohonan saya baru sahaja diterima. Apapun, terima kasih atas sokongan. ~ Aviator 11:39, 14 September 2007 (UTC)[balas]

Minta penyelia memeriksa pengguna 60.49.101.117

Pertukaran yang dibuat oleh pengguna ini jika sekali pandang macam bukan vandalism tetapi isinya adalah tidak berasas dan agak ragu-ragu. Saya mula perasan pengguna ini setelah beliau membuat sedikit penukaran di dalam rencana Bahasa Melayu dan saya telah menukar semula kepada isi asal. Namun ada banyak lagi penukaran yang tidak berasas, begitu juga laman "Google Malaysia" yang dibuka beliau. Sila rujuk ke sumbangan beliau di Istimewa:Contributions/60.49.101.117. Pengguna ini berasal dari Kuala Lumpur. Pada mulanya saya menyangka beliau adalah pengguna Indonesia yang telah membuat banyak vandalism sejak kebelakangan ini.- Jay 10:28, 2 September 2007 (UTC)[balas]

Biarkan sajalah, itu IP dari M'sia tau! Kita org M'sia tak ada alamat IP yg tetap. Dan saya dah padam Google Malaysia yg memang mengarut tu. --Edmund The King of The Woods! 18:25, 2 September 2007 (UTC)[balas]
Saya cadangkan sekiranya kadar salah laku dari sesuatu IP agak banyak, kita sekat sahaja dan paksa pengguna dari IP tersebut untuk mendaftar sebelum menyunting. Sekiranya pengguna tersebut ikhlas menyumbang, tentu dia tidak keberatan untuk mendaftar. Yosri 04:03, 3 September 2007 (UTC)[balas]
Alamat IP orang ini agak tetap. Memang beberapa rencana barunya agak ragu-ragu. "Pesawat MH Eropah‎" misalnya, tak berbentuk ensiklopedia dan tiada sumber. ...Aurora... 14:47, 3 September 2007 (UTC)[balas]

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada seseorang itu diupah untuk menulis sesebuah rencana? Baru-baru ini terdapat kes-kes yang berlaku dalam Wikipedia versi lain apabila terdapat beberapa orang pengguna menggunakan Wikipedia untuk tujuan politik.

Alamat IP yang digunakan oleh mereka apabila disemak jelas menujukkan penyuntingan tersebut dilaksanakan pada komputer badan kerajaan. Namun begitu, sistem penyemakan ini tidak ada dalam Wikipedia MS. Apakah cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku? --MSWiki 09:17, 3 September 2007 (UTC)--[balas]

Masalah pentadbiran kita

Syabas, Wikipedia Bahasa Melayu ini telah berfungsi selama 4 tahun! Tapi masih ada masalah pentadbiran di sini, kerana walaupun bilangan rencana kita mencapai 22000 lebih, namun kita masih kekurangan peraturan di sini, jadi kita terpaksa mengikut Wikipedia Bahasa Inggeris. Tetapi tak bolehkah kita mempunyai peraturan yg tersendiri!? Dan kalau seseorg melanggar sesuatu peraturan yg ditetapkan di Wikipedia Bahasa Inggeris, dia boleh katakan bahawa tidak bertulis di sini! Jadi, demi mengelakkan alasan sebegitu, kita mesti bawa semua peraturan ke sini! Pengguna di sini semua faham Bahasa Inggeris, jadi saya rasa kita terpaksa bawa saja laman-laman projek yg dlm Bahasa Inggeris tu, dan kalau kita ada masa nanti kita terjemahkanlah! Itu peraturan tau, bukan rencana semata-mata. Saya tak mau lihat apa-apa kebocoran pentadbiran di sini. Dan mungkin ini juga boleh mencegah dpd masalah hak cipta gambar-gambar. Earth mengatakan di laman pengguna sendiri bahawa licensing is poor, dan dia berazam nak bawa "budaya perlesenan" dari Wikipedia Bahasa Inggeris ke sini. --Edmund The King of The Woods! 08:38, 3 September 2007 (UTC)[balas]

RAMALAN TAJUL MULUK

Assalamualaikum,

Saya benar-benar ingin mendapatkan sebarang maklumat berkenaan cara pengiraan tajul muluk bagi memilih pasangan.

Diharap bagi sesiapa yang mengetahuinya dapat memaklumkannya kepada saya

Terima kasih.

--ROSMIMI 07:20, 4 September 2007 (UTC)[balas]


Preparation of Fundraiser 2007

Hi, this is just a first introduction message to tell you: there is more to come. I am dealing with the Project Management of the Fundraiser 2007 and therefore will search for contacts of wikimedians who can help us to do our tasks on all projects. I am actually also building the structure for the fundraiser on Meta. We will need people who help to design buttons, translate texts of buttons, documents, sitenotices etc. Should you feel you want to co-operate please let me know. You can reach me on my meta user page or by e-mail at scretella (at) wikimedia (dot) org. If you wish to notify us that you would like to co-operate on translations, it would be nice if you used e-mail and copied the e-mail to me and Aphaia (aphaia (at) gmail (dot) com). Thank you for your attention and I hope to meet you soon! Cheers :-) -- 4 September 2007 Sabine

CheckUser

Pengundian tentang istilah ini dah tutup kerana sudah dua minggu. Kini kita sepatutnya berubah kepada "Pemeriksa". --Edmund The King of The Woods! 03:12, 5 September 2007 (UTC)[balas]

Orang?

Kategori:Orang? Kategori:Tokoh lebih sesuai. Saya jumpa pautan ini di Laman Utama. ~ Aviator 03:49, 11 September 2007 (UTC)[balas]

Sudah tukar kepada pautan portal sekarang, ya? Abaikan.

Oh ya, kepada para pengarang senarai warna, rencana anda sungguh tak munasabah. Lihat rencana saya pula. (belum siap) ~ Aviator 07:29, 11 September 2007 (UTC)[balas]

Ni yang saya sakit hati ni. Ooooo, dah habis apa yang anda komen munasabah sangat ke???!! Maaf ye kerana terkasar bahasa sikit. — Imran Al-Sahih 11:00, 11 September 2007 (UTC)[balas]
Rencana warna akan memberikan nama warna dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, warna tersebut masih perlu diberi nama. Mengelak darinya tidak menyelesaikan masaalah. Yosri 08:44, 11 September 2007 (UTC)[balas]

Selamat Berpuasa

Kepada semua kerabat kerja wikipediaMS yang beragama Islam, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Mohon maaf zahir dan batin. Syafrein 00:59, 12 September 2007 (UTC)[balas]

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Yosri 11:27, 12 September 2007 (UTC)[balas]

buat para member yang terhormat. saat ini saya sedang kesulitan dalam mengerjakan skripsi saya, karena saya sedang membutuhkan pendapat para pakar tentang naruto. karena itu bagi anda yang mau berbaik hati tolong hubungi saya di "j_sidiq@yahoo.com". terima kasih.

Kotak-kotak pengguna

Di sini saya nak tanya pendapat anda semua, adakah semua kotak pengguna sepatutnya bernama "Templat:Pengguna <nama>"? Dan satu lagi, adakah anda rasa semua templat yang nama lamannya ialah "Templat:" sepatutnya merupakan templat utk kegunaan awam? Ada seorg pengguna, yg saya tak ingin nyatakan namanya (anda taulah sendiri...), dia cipta kotak pengguna utk sendiri semuanya di bawah "Templat: <nama>". Ada dua kotak yg hanya sesuai utk dia sendiri, dan lagipun, dia tidak letakkan perkataan "Pengguna" di depan nama. Adakah dia patut alihkan kesemua kotaknya di bawah laman pengguna sendiri, iaitu "Pengguna:<nama pengguna>/<nama kotak>"? Sila berikan pendapat anda semua, kerana ini melibatkan kebaikan awam. Terima kasih. --Edmund The King of The Woods! 08:03, 16 September 2007 (UTC)[balas]

Awam atau tidak - jangan usik profile saya, banyak lagi benda berfaedah boleh dibuat di Wiki. Cantik atau buruk atau template peribadi atau tidak, adalah untuk profile; bukan untuk rencana-rencana. Yang penting di Wiki adalah rencana dan bukan mengubahsuai template. Terima kasih - Jay 11:39, 16 September 2007 (UTC)[balas]
Templat digunakan untuk memasukkannya ke dalam laman lain. Kalau templat itu khusus untuk satu pengguna sahaja, tak menjadi masalah pun. ~ Aviator 13:32, 16 September 2007 (UTC)[balas]

Jay, nampaknya anda masih kurang mahir. Templat terutamanya dalah utk rencana, bukan laman pengguna, kotak-kotak pengguna tak sepenting templat-templat yg utk rencana, termasuk infobox. Sebenarnya saya tak suka usik profail org lain, cuma saya dah alihkan kotak-kotak anda itu, dan terpaksa sunting profile anda.
Dan satu lagi, anda tidak boleh memiliki apa-apa di sini kecuali laman pengguna sendiri, jadi saya sememangnya berhak membuat apa-apa sahaja terhadap ketiga-tiga kotak yg anda cipta itu, kerana bukan di bawah laman pengguna anda. Kalau anda nak memiliki ketiga-tiga kotak itu, sila salin kod-kod itu ke dalam laman pengguna sendiri, atau alihkan laman-laman itu ke bawah laman pengguna sendiri, supaya memang menjadi harta benda sendiri.
Tentulah saya tau rencana lebih penting dpd templat, tapi kita juga harus fikirkan kepentingan awam, dan jgn mementingkan diri sendiri. Harap anda bekerjasama dan fikirkanlah kebaikan kita semua. Susahke nak terima hakikat ini? Memang semua kotak pengguna di sini ialah "Templat:Pengguna <nama>", manakala di enwiki ialah "Template:User <name>". Jadi anda ikut sajalah! I'm sorry to say this: Please don't try to be funny. Maafkan saya kalau anda terasa sakit hati dgn ini.
Saya tak perlu kuasa penyelia utk tegur anda, saya cuma nasihatkan anda sebagai seorg pengguna serta penyunting di sini, jadi saya cuma nak ajar anda sesuatu dgn pengalaman saya. Kan anda tau saya banyak sunting templat?
Saya dah agak mungkin anda rasa sakit hati. Tapi sila pertimbangkanlah perjelasan saya dan kalau andarasa sendiri tak salah, sila bahaskan. Anda tidak sepatutnya lari dpd masalah.
Terima kasih dan selamat berpuasa dan selamat buka puasa kalau waktu malam. --Edmund The King of The Woods! 10:08, 22 September 2007 (UTC)[balas]

Imej/gambar

Saya pun hairan mengapa ada sesetengah gambar di ms.wiki atau en.wiki tidak dapat dipaut dan dilihat. Seperti tiada gerak balas. Nak kata gambar tak wujud tak mungkin, tapi memang benar ada gambar mempunyai masalah. Kenapa ye? — Didie 06:31, 17 September 2007 (UTC)[balas]

Hanya gambar yang berada di Common, boleh dipaut tanpa menyalinnya ke ms. Gambar yang tiada di Common dan hanya berada di Wiki Inggeris perlu dipindah ke Wiki Melayu barulah ia dapat dipapar. Gamber di Common hanyalah yang mempunyai lesen Public Domain, Common Creativity, GLDF. Fair use dan lain-lain tidak dibenarkan. Yosri 06:36, 17 September 2007 (UTC)[balas]

Masalah itu telah pun selesai. Terima kasih. — Didie 09:59, 20 September 2007 (UTC)[balas]