Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib5/2007
Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi
TOLONG KEMASKAN, Heellppp!
- 'Mudejar' sudah diterjemahkan. Adakah tepat? Pihak lain diundang kemajlis penelitian. Jika bertuah didapati Rencana itu lulus, tolong istiharkan dengan mengubahkan notis 'minta tolong terjemah seperenggan dua'
- Tolonglah pautkan rencana 'Kavita Kaur' kepada senarai 'Peragawati Malaysia'. Saya masih bingung tentang cara membuat senarai dalam kategori (saya yang bingung atau IQ yang diperlukan untuk memahami rencana 'bagaimana' itu yang terlalu tinggi?)
- Saya syorkan diterjemah rencana Shia Islam dari Wikipedia Ingeris kerana ianya lebih canggih dari sumbangan saya
- Notis: Saya berhasrat menyunting 'Nusrat' lebih kemas dan membuang cerita-cerita 'feeling' kerana kurang relaven. Saya penymbang tunggal mengambil info dari majallah lama. Ada protes?
- Bagaimana untuk mengambil artikel dari Wikipedia Ingeris untuk di terjemah? Saya menterjemah 'Monaco' tetapi merasa ianya agak membosankan (jangan lah marah). Walaupun usaha akan CUBA diteruskan menghabiskan terjemahan 'Monaco', saya juga rasa tempat-tempat yang lebih relaven dari sudut pelancungan dsb disedut masuk dari Wikipedia Ingeris untuk diterjemah. Penyedut akan mengambil langkah menterjemah apa yang disedut. Contoh destinasi lebih eksiting (halaman DBP jem untuk lihat terjemahan akurate bagi exciting), Madrid, Buenos Aires, Sydney, Fiji dsb. Ada protes?
SELAMAT HARI BURUH...TERUSKAN KERJA — oleh CATHERINEGOODHOPE
- Ada protes? Sebenar memang manyak! Gua tak tau lu cakap ape per.
Cik CATHERINEGOODHOPE,
Saya tidak biasa menulis sebegini kepada orang dalam internet tetapi .. mak aii, susahnya nak cakap. Apabila saya membaca artikel “Nusrat” yang anda tulis, saya rasa .. saya susah nak cakap.. Saya difahamkan bahawa Wikipedia adalah satu ensiklopedia dan cara-cara penulis dan isinya mesti berbunyi ensiklopedia.
Artikel “Nusrat” itu menceritakan cerita terlalu peribadi dan melebihi had sebuah ensiklopedia. Saya tidak pasti mengenai Wiki ms tetapi cara penulisan sedemikian memang dah lama kena padam sama sekali di Wiki English.Apabila kita menulis “ensiklopedia” mengenai seseorang, kita tidak boleh memasukkan perkara-perkara peribadi seperti yang ditulis di “Nusrat”, artikel tu bunyi macam akhbar tabloid dengan gosip - gosip yang teruk dan saya anggap sebagai kurang ajar. Gosip memang sesuatu yang kurang baik, tetapi ia adalah lumrah untuk akhbar tabloid, ini bukan akhbar tabloid. Anda sendiri kata ianya disalin dari majalah, soalan saya adakah anda menyalin bulat-bulat? Meniru penulisan orang lain (mahupun cerita baik) adalah salah, inikan pula dari majalah/akhbar gosip/tabloid.
Antara yang tergamam saya ialah :-
menceburi bidang peragawati kerana ingin membuktikan dirinya tidak hodoh..Cinta memainkan peranan penting dalam hidupnya...Di zaman persekolahannya Nusrat menjalini tali percintaan pertamanya dengan seorang tokoh sukan antara sekolah-sekolah peringkat kebangsaan. Nusrat tidak pernah berjaya mendapat perhatian lelaki Melayu seperti yang diidamkannya kerana, sangkanya dia terlalu tinggi (176cm), terlalu kurus dan terlalu sawo matang. Namun begitu dia pernah keluar bersama seorang bintang rugbi negara dari Negeri Sembilan dan pelari pecut negara dari Kelantan yang kedua-duanya mengecewakannya kerana mereka kemudianya mendirikan rumahtangga dengan gadis-gadis lain. Kegagalan demi kegagalan untuk disanjungi dan dikasihi oleh jejaka-jejaka Melayu hingga dibawa oleh mereka ke jinjang pelamin membuatkan Nusrat obses tentang kejelitaan. Di juga faham bahwa lelaki Melayu yang dikenalinya semuanya memilih wanita yang berkulit cerah dan berbadan 'berisi'. Disebabkan terlalu ketagih cinta, Nusrat sampai sanggup berkompromi dengan kerelaan menjadi isteri muda dan beberapa kali cuba mengemukkan badan untuk mendapatkan perhatian pemuda Melayu. Dan banyak lagi...
APA TU? Tabloid atau ensiklopedia? Perlu difahamkan bahawa rencana biasa/tabloid/gosip dan ensiklopedia adalah tidak sama. Ensiklopedia adalah penulisan "formal" mengenai biography-pencapaian-kegagalan (secara hormat) dan bukan cerita pasal kisah cinta dan nak jadi isteri muda. Tolong padam! Atau saya pun boleh tolong padamkan, tetapi saya tidak suka mengganggu artikel orang lain. Seperkara lagi, apabila anda menulis tentang seseorang (bukan cerita gosip seperti dalam artikel "Nusrat"), anda mesti meletakkan rujukan dari mana maklumat ini datang. Kalau tiada, sesiapa pun boleh menulis apa-apa cerita tentang seseorang. - Jay 18:29, 1 Mei 2007 (UTC)
- CATHERINEGOODHOPE adalah seorang pengguna baru, jika saya tidak salah. Saya tidak baca rencana Nusrat, tetapi berdasarkan petikan Jay, tulisannya memang cantik, akan tetapi gayanya tidak sesuai untuk sebuah ensiklopedia. Dalam hal sedemikian, saya berasa yang sudah pandai boleh membimbingnya kerana saya percaya bahawa dia boleh banyak memanfaatkan portal ini jika gaya penulisannya disesuaikan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:51, 1 Mei 2007 (UTC)
- Saya dah buat suntingan dengan menukar ayat/perkataan dan memadam isu-isu kontroversi dan gosip panas (padam hampir 60% dari artikel asal). - Jay 01:40, 2 Mei 2007 (UTC)
CATHERINEGOODHOPE MENJAWAB
Enche Whjayg, saya rasa begitu bertuah kerana rencana saya membuatkan anda melakukan sesuatu yang anda tida biasa dan meninggalkan anda tergamam. Itu sudah world! Tapi tidak mengapa. Saya sendiri yang membuatkan syor supaya 'Nusrat' di kemaskini, bukan? Terima kasih kepada UTC yang memberi kepercayaan kepada saya. Bidang pengkhususan saya ialah menterjemah. BM pun sekadar A2. TERIMA KASIH saya ucapkan juga kepada Didie kerana memberi inspirasi untuk jalan keluar yang berkompromi. Tuan-tuan khasnya, saya menghadapi Dilema dalam melengkapkan 'Nusrat' kerana memang rencana itu dari petikkan majalah Jelita, dan juga tabloid semasa. Ayat-ayat yang dirujuk Enche Whjayg, 'menceburi bidang peragawati kerana ingin membuktikan dirinya tidak hodoh..Cinta memainkan peranan penting dalam hidupnya' adalah penting walaupun gaya bahasanya tidak cukup encyclopedic. Penting kerana 'Nusrat' ialah kisah 'inferiority complex/rasa rendah diri' berpunca dari Nusrat merasakan diri tidak cantik, hodoh dsb KERANA tidak pernah dilayan lelaki Melayu. Rencana-rencana TABLOID rujukkan pun memang banyak dan berjela jadi nak dirumuskan ringkas secara ensiklopedia pun susah. Tambahan pula empunya badan mempunyai 'short attention span'. Faktor 'loya' (dari drama ala-Hindustan) pun kerap timbul memaksa empunya badan berhenti dan mengalih pandangan pada rencana lain. Walaubagaimana pun saya tidak rasa fakta yang ada dalam tabloid-tabloid asal tentang 'Nusrat' yang berbahasa tidak ensikopedik dibuang saja. Mengambil syor Didie, mungkinkah kita boleh membuat gaya bahasa yang dramatik tetapi sekali gus ensiklopeik tanpa terlalu Hindistani? Harus diingat bahawa bahasa tidak statik, kan? (Bukan saya ni berani. Saya nak terjemah 'architech' kepada arkitek, seperti rakan arkitek saya memangil dirinya pun saya terketar ketar fikirkan DBP) Walau apapun, 'Nusrat' sebenarnya belum habis dan saya masih kebingungan tidak tahu menambah 'work in progress' di bawah rencana itu. Saya puas hati dengan perubahan terkini. Terima kasih semua. World!
Assalamualaikum, saya di sini ingin memberi satu cadangan supaya portal masyarakat boleh diubah kepada gaya yang lebih menarik perhatian pengguna terutamanya pengguna baru. Bukan apa, saya lihat portal itu nampak serabut saja sebab banyak pautan merah kelihatan. Jadi, boleh tak sesiapa memberi inspirasi untuk mengurangkan pautan merah ataupun membina rencana yang merah itu juga membuat satu kelainan yang bolej menarik perhatian. Fikirkanlah cadangan ini dengan baik-baik. Cadangan saya ini sedikit sebanyak boleh menarik perhatian ramai pengguna untuk berada di sini. Sekian...... hehehe-Didie 02:41, 2 Mei 2007 (UTC)
- Bahagian "Perkara yang boleh anda lakukan" dan "Rencana gotong-royong" saya rasa ok. "Mengenai Wikipedia" perlu dibirukan. "Sumber Rujukan" perlu dibirukan dan dibuang yang kurang berkaitan. ...Aurora... 14:24, 4 Mei 2007 (UTC)
- Sekadar portal tidak cantik kerana terlalu banyak pautan merah, penyelesaiannya mudah sahaja. Terbalikkan warna supaya merah menjadi biru, dan biru menjadi merah, melalui Tools/Options/Color, hehehe.
Saya rasa cara yang lebih berkesan ialah "Projek" gotong royong bukan "rencana" gotong royong. Misalannya, jika kita pilih satu jenis projek yang ramai minat contohnya "Orang" dan kita menyediakan templat-templat/kategori-kategori/cara pembuka kata untuk pengenalan dsb - dengan itu ramai orang boleh mula rencana-rencana baru dengan cepat. Senaraikan juga semua rencana yang merah (masih tidak dibuat sama sekali) dan rencana-rencana stub berkaitan dengan "projek" itu dan pastikan ianya tidak redundant atau bertindan dengan "isu atau projek" lain. Kemudian, canangkan projek itu dalam laman utama. (Lampirkan semua jenis templat/kategori dan maklumat dalam page projek itu; sediakan tag untuk peserta)
Saya ada buat Project Wikipedia Opera ms tapi saya memang tidak berharap sangat sambutan besar sebab saya tahu "Opera" bukan sesuatu yang diminati disini (Bila saya buka lama projek itu, baru saya perasan yang cara begitu lebih mudah, kerana disitu saya listkan apa yang perlu dibuat berserta semua templat/kategori yang telah saya buat).
Pautan dalam Project Wikipedia Opera ms ada pautan ke EN, kalau ada masa, cuba tengok macamana diorang buat - kalau you all nak cuba cara diorang sepertimana yang saya nyatakan di atas. Bagi saya, cara diorang tu bagus kerana mereka menyediakan cara-cara penulisan/templat/kategori/gambar dan dengan itu, ramai pengguna baru boleh memulakan kerja dengan senang. Cara- cara penulisan/templat/kategori/gambar untuk project tersebut disimpan di dalam page "Wiki project tersebut, jadi senang untuk kita buat rujukan supaya tidak terjadi 2 atau 3 templat/kategori/rencana sama yang berulang. Ini cuma pendapat saya. - Jay 05:15, 6 Mei 2007 (UTC)
Bagaimana hendak buat "redirect"
Nama penyanyi tenor tersebut ialah "Plácido Domingo" (dengan "á") dan saya ada buat artikel mengenainya. Tetapi kebanyakan orang tidak mempunyai huruf "á" dan menyebabkan pencarian hanya pergi ke page "carian". Saya nak buat redirect untuk sesiapa yang menaip "Placido Domingo" tanpa "á" untuk pergi terus kepada "Plácido Domingo". Saya cuba buat artikel baru menggunakan "a" tetapi kemudian saya tidak boleh "move"kan sebab rencana yang berhuruf "á" sudah ada. Ada sesiapa yang boleh beritahu saya bagaimana nak buat? Tolong jangan buatkan untuk saya kerana di masa akan datang, saya akan hadapi masalh yang sama kerana perkataan Itali dan Jerman kebanyakannya menggunakan abjad sedemikian. Terima kasih - Jay 08:05, 3 Mei 2007 (UTC)
- Taip ini #REDIRECT [[Laman yang hendak dipaut]] — Master2841 08:09, 3 Mei 2007 (UTC)
- Terima kasih :) - Jay 08:28, 3 Mei 2007 (UTC).
Wikisource
Saya dan rakan-rakan Wiki En sedang dalam proses memindahkan rencana teks-teks/lirik/aria ke dalam Wikisource. Ini akan mengakibatkan sesetangah pautan dari Wiki MS ke Wiki English akan hilang dari masa ke semasa. Ini adalah kerana setelah memindahkan, kami akan memohon untuk rencana-rencana yang dipindah dari Wiki EN dipadamkan. Saya hanya boleh memautkan rencana-rencana kita ke Wikisource EN tetapi tidak boleh membuka rencana bahasa Melayu dalam Wikisource sebab Wikisource ms masih belum didaftarkan. Saya nak minta para penyelia agar mendaftar ms (bahasa Melayu) untuk Wikisource. Terima kasih. (Psst.. negara-negara jiran kita dah pun mendaftar kat situ) - Jay 16:23, 8 Mei 2007 (UTC)
- Saya baru perasan yang Wikisource ms dah ada tapi masih belum digabungkan dengan Wikisource main. Dan juga, alamat dalam URL untuk MS masih tidak ditulis dengan permulaa (MS) seperti wikisource bahasa lain - di tulis (http://wikisource.org/wiki/Laman_Utama:Bahasa_Melayu) bukankah sepatutnya (http://ms.wikisource.org/wiki/Laman_Utama). Ada sesiapa yang boleh bagi sedikit keterangan - Jay 05:55, 9 Mei 2007 (UTC)
Yang itu saya rasa bukan laman Wikisource Bahasa Melayu. Ia lebih merupakan terjemahan laman utama wikisourse kepada Bahasa Melayu. Saya tidak begitu pasti. — Master2841 08:10, 9 Mei 2007 (UTC)
- Ini ialah pautan untuk memohon "Language domain". Boleh tak para penyelia membuat permohonan dan kita semua buat sokongan di situ. - Jay 08:27, 9 Mei 2007
Saya telah pergi ke laman yang diberikan tetapi buat masa sekarang permohonan baru untuk subdomain tidak dibenarkan (lihat dibahagian atas laman berkenaan). — Master2841 08:31, 9 Mei 2007 (UTC)
- Bahasa Melayu cuma mempunyai Wikipedia, Wiktionary dan Wikibooks sendiri. Yang lain2, termasuk Wikisource belum ada. Pautan yg diberikan di atas, dan di Laman Utama adalah ke Wikisource berbilang bahasa. Anda boleh letakkan teks sumber bahasa Melayu di situ. ...Aurora... 14:10, 9 Mei 2007 (UTC)
Tentang rencana penting
Saya lihat di pautan senarai rencana semua bahasa perlu ada masih banyak lagi rencana yang belum dibuat. Jadi berbanding kita tumpu pada rencana yang tidak penting. Apa kata pengguna lain beri bantuan pada saya cipta rencana penting pada pautan ini yang belum ada lebih dari rencana yang tidak penting hingga habis, dan lepas tu kita cipta rencana lain, ada sesiapa mempunyai soalan atau cadangan?:) — Aeon 17:12, 8 Mei 2007 (UTC)
- Setuju, salah satu tajuk di senarai rencana semua bahasa perlu ada yang berkaitan dengan projek saya (berkaitan opera/orkestra) ialah "Muzik klasikal" a.k.a BM = Muzik klasik :), saya akan siapkan sepenuhnya dalam hujung minggu ini. Saya sedng buat terjemahan sekarang. - Jay 03:14, 9 Mei 2007 (UTC)
- Sokong, satu lagi yang penting adalah Laman Utama. Ayuh birukan. ...Aurora... 14:10, 9 Mei 2007 (UTC)
- Setuju, salah satu tajuk di senarai rencana semua bahasa perlu ada yang berkaitan dengan projek saya (berkaitan opera/orkestra) ialah "Muzik klasikal" a.k.a BM = Muzik klasik :), saya akan siapkan sepenuhnya dalam hujung minggu ini. Saya sedng buat terjemahan sekarang. - Jay 03:14, 9 Mei 2007 (UTC)
- Tapi apa yang buat saya tak setuju ialah "kata pembukaan rencana itu" iaitu "Sekurang-kurangnya tiga ayat...". Takkan sekurang-kurangnya 3 ayat sahaja? Kalau "sekurang-kurangnya 3 perenggan", baguslah juga bunyinya. - Jay 14:43, 9 Mei 2007 (UTC)
Sokong! Tiga perenggan, dengan setiap perenggan mengandungi sekurang-kurangnya satu ayat. — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:23, 9 Mei 2007 (UTC)
- Sebenarnya tiada larangan bagi menulis tiga perenggan. Tetapi tiga ayat adalah kriteria minima sahaja. Ini kerana menulis ini sukar. Sesiapa yang ingin menambah perenggan, dialu-alukan. Yosri 00:27, 10 Mei 2007 (UTC)
Ooops, Loya mari
Ni kita ni kekadang nak translate pun datang loya bila membaca Islamophobic statements. Terkini saya mencuba menyahut pelawaan menterjemah dan menghala ke 'Islam in Italy'. Sebagai warganegara dunia, rasanya ada bau-bau prejudis kalau di hujung artikel asal ada kenyataan membandingkan anak panah menunjukkan arah kiblah orang-orang berugama Islam (dan berapa banyak anda pernah melihatnya di 'negara-negara majoriti Muslim' nih? Banding saja bible dalam laci di hotel 5 star kan? Hilton Club Card holder, ehem) dengan salib kristian. Kalau banding salib dengan simbol anak bulan ke, yelah juga. Mana achi, errr, adil, membanding salib dengan objek yang bukan disembah per se? Fanatik lah artikel asal. Bila sampai kesitu saya tinggalkan ayat prejudis itu, boleh? Ada protes? Sila tekan butang 'Bantah' Catherinegoodhope 20:45, 10 Mei 2007 (UTC)
- Saya bantah tapi di manakah butangnya? Dah cari berjam-jam, buang masa saya je! — Syarikat Pemunggahan Rencana 23:58, 13 Mei 2007 (UTC)
Apa jenis?
202.59.192.68 - Bagaimana membaca kod ini? Dari lokasi mana? Catherinegoodhope 10:19, 15 Mei 2007 (UTC)
- Nombor tersebut ialah "internet protocol" (IP), dari :- Location: Indonesia (high) City: Surabaya, Jawa Timur (Djawa Timur), dimiliki oleh "PT. Broadband Network Asia". Itu ialah "dynamic IP" dan pengguna IP itu boleh jadi sesiapa sahaja yang melanggan dengan PT. Broadband Network Asia. - Jay 10:51, 15 Mei 2007 (UTC)
- Terima kasih. Tapi, dinama boleh di lihat senarai/listing lokasi mengikut negeri?Catherinegoodhope 11:26, 15 Mei 2007 (UTC)
- Lakukan carian di internet untuk "ip address". ...Aurora... 14:18, 15 Mei 2007 (UTC) p/s: Kenapa tandatangan anda berulang2?
- Terima kasih. Tapi, dinama boleh di lihat senarai/listing lokasi mengikut negeri?Catherinegoodhope 11:26, 15 Mei 2007 (UTC)
Kerana dia takut anda tak nampak!! — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:56, 16 Mei 2007 (UTC)
Innovasi
Boleh orang baru membuat syor? Boleh ke Wiki Melayu 'innovate and not immitate'? . Kaedah 'cari' sekarang yang bersifat menjunam saya rasa lebih canggih dan mudah kalau ditukar kepada kaedah 'cari' berpokok (alert pemintat tumbuh2an). Dari laman utama, menjunam hanya pada 1 peringkat sahaja dan terus nampak pokok yang menyiarkan cabang2 lebih dalam (macam 'family tree'). Kenapa? Mudah, cepat nampak, tak bosan menggeledah (orang rasa fed-up kalau salah junam, tersilap jenama junam, klasifikasi junam berlainana). Syor aja, jangan marah. Catherinegoodhope 11:27, 15 Mei 2007 (UTC)
- Alamak! Kurang faham sedikit syor yang sebenar. Bagaimanapun biar saya jawab menurut kefahaman saya..... Sebenarnya Wikipedia bahasa Melayu sentiasa mengalu-alukan inovasi yang bermanafaat. Bagaimanapun kita tidak cuba mengulang apa yang telah diinovate orang (no use inventing wheel all over again.) Apa yang kita lakukan adalah menggunakan konsep the best practice. Bagaimanapun kekadang tak mampu, disebabkan kekurangan penyumbang. Sebenarnya dari laman utama, rencana yang dipaut sepatutnya merupakan subkategori, tetapi disebabkan kekurangan bahan semasa permulaan, ia terus dipaut kepada rencana. Ini akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. Sebarang kekurangan harap dimaafkan. Yosri 11:38, 15 Mei 2007 (UTC)
- Ooops, penerangan kurang bernas. Okay, gini. Saya guna wiki english hanya kerna mencari something particular. Tapi sebenarnya banyak topik menarik saya tak nampak sebab anda hanya sampai ke topik yang tak terfikir, semata-mata kerana tersembung, atau sebab ada 'lihat juga'. Kalau berpokok yaini macam family tree (eg http://www.tribalpages.com/familytree.html) anda terus nampak lebih banyak topik tanpa perlu menjunam. Think Windows tanpa penat kena klik open more folders. Tak bolehkah semuanya lebih grafik dengan pokok2? Errr, clearer?Catherinegoodhope 12:15, 15 Mei 2007 (UTC)
- Macam itu adalah laman kategori. Lihat yang berikut:-
Senarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
Senarai mamalia |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
Senarai senjata api | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain. |
Senarai Kesusasteraan Melayu |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
Yosri 00:31, 17 Mei 2007 (UTC)
Cadangan pilihan raya penamaan calon penyelia
Sebelum ini, pilihan raya pemilihan calon birokrat telahpun dilaksanakan dengan satu birokrat dilantik iaitu Aurora. Sekarang, saya ingin mengesyorkan cadangan pilihan raya untuk penamaan calon penyelia pula. Bukan apa, tapi disebabkan kekurangan penyelia di ms.wiki telah melanda dengan hebat. Walaupun kini ms.wiki sudah mempunyai 10,000 pengguna namun jumlah penyelia kini ditolak dengan dua permohonan perletakan jawatan penyelia sekali menjadikan penyelia bakal mempunyai kurang dari 10 penyelia sahaja. Untuk menggantikan penyelia yang telah meletak jawatan, rasa-rasanya lebih baik jika digandingkan muka-muka baru yang bakal bersinar di persada ms.wiki ini pula sebagai penyelia. Konsep cadangan saya ini berunsur kepada kerelaan hati masing-masing untuk menamakan namanya sendiri tetapi mestilah mengikut syarat-syarat yang telahpun ditetapkan. Calon dinasihatkan membaca Wikipedia:Tanggungjawab_penyelia#Menjadi_penyelia terlebih dahulu untuk memastikan anda memenuhi kriterianya. Pilihan raya yang disyorkan saya ini bukannya untuk perlantikan seorang sahaja tetapi melibatkan ramai orang yang dilantik dalam satu-satu masa. Selepas itu, penapisan akan dilaksanakan mengikut budi bicara penyelia yang sedia ada kini untuk mengambil bakal penyelia itu. Cadangan saya mungkin dapat memberikan kemajuan sedikit sebanyak dalam hal pentadbiran mahupun sumbangan di ms.wikipedia ini. Salam hormat daripada saya, semoga cadangan saya ini dapat diterima ramai. — Didie 12:35, 15 Mei 2007 (UTC)
- Lebih elok tunggu selepas pengundian sekarang berakhir dahulu. Tak perlu tergesa-gesa. — Master2841 17:22, 15 Mei 2007 (UTC)
- Sesiapa sahaja yang ingin menjadi penyelia atau mencadangkan orang lain yang layak, dipersilakan ke Wikipedia:Permohonan menjadi pentadbir. ...Aurora... 14:49, 23 Mei 2007 (UTC)
Astaghfirullahula'zim. Saudara Aurora, anda rasa anda faham tak dengan apa yang dicadangkan saya ini. Lain yang saya tulis, lain pula yang anda jawab apa yang saya tulis. Sememangnya diakui ramai yang semua pengguna yang ingin menjadi penyelia harus memohon ke laman permohonan menjadi pentadbir. OK. Tapi sekarang saya sedang mencadangkan yang semua calon yang ingin menjadi penyelia memohon di satu tempat yang di sebuah laman. Ia diertikan sebagai pilihan raya untuk penyelia 2007 kerana banyak penyelia yang menyepikan diri dari ms.wiki atau lain-lain. Jadi, itulah cadangan yang saya maksudkan sebelum ini. - Didie 07:49, 24 Mei 2007 (UTC)
- Sebenarnya saya tak nampak keperluan buat pilihan raya besar-besaran. Pengguna yang aktif pun ada berapa orang saja. Saya sangsi anda dapat kemukakan ramai calon. Lagipun, menjaga Wikipedia bukannya tugas penyelia sahaja, tapi semua pengguna. ...Aurora... 13:28, 24 Mei 2007 (UTC)
- Memandangkan penjelasan sudah dibuat, saya rasa cadangan saya tidak dapat diterima buat masa ini tetapi ia sesuatu yang bukan mustahil jika ia akan dilaksanakan ketika ms.wiki ini sudah berdiri teguh dan maju suatu hari nanti. Teruskan saja cara permohonan penyelia sedia ada itu. Saya akur dengan keputusan cadangan saya ini. Sekian.... - Didie 04:55, 25 Mei 2007 (UTC)
Assalamualaikum, apa khabar semua? Saya seorang yang berminat menjadi seorang penyelia, namun saya juga sedar bahawa saya agak baru di sini (kira-kira 2 bulan setengah), bukannya sangat aktif di sini, tapi lebih aktif di Wikipedia Bahasa Inggeris. Bolehkah anda semua melihat keadaan saya sekarang ini dan jelaskan kepada saya, apakah saya kena buat sebelum saya layak menjadi seorang penyelia? Tak perlu cakap pergi ke laman permohonan, itulah yang saya tau! --Edmundkh 08:21, 27 Mei 2007 (UTC)
Sila baca Wikipedia:Tanggungjawab_penyelia untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas menjadi seorang penyelia. Anda boleh menjadi penyelia jika anda dilihat berpotensi menjalankan tanggungjawab ini dan selepas melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk menjadi penyelia. Berusahalah untuk memajukan ms.wiki ini dengan menyumbang rencana yang berkualiti juga berkhidmat sebagai penyelia dengan penuh dedikasi nanti ye. Selamat berjaya! - Didie 01:42, 29 Mei 2007 (UTC)
- Pada pandangan saya, anda masih belum menepati syarat-syarat asas untuk menjadi penyelia. Saya cadangkan jika anda ingin menjadi penyelia, ciptalah rencana-rencana baru (siap diterjemah) dengan banyak. Ini kerana kebanyakan pengguna lebih suka pengguna aktif yang rajin menyiapkan rencana-rencana baru termasuk saya. Sebagai contoh anda boleh lihat Aeonimitz. — Master2841 08:15, 29 Mei 2007 (UTC)
Selamat untuk artikel ke 20.000 dari Indonesia
. Hariadhi 09:48, 18 Mei 2007 (UTC)
(saya tidak biasa menulis dengan Bahasa Melayu dengan baik, tapi biasa mengerti tulisan2 di sini). Maaf terlambat, tapi bagaimanapun selamat untuk artikel ke 20.000 di Bahasa Melayu. Hadiahnya mungkin terlambat, jadi saya naikkan angkanya ke 25.000. Silakan dipakai kalau berkenan.
- Selamat datang dan terima kasih. Berkenaan logonya, warnanya kurang jelas, mungkin boleh perbaiki sedikit. ...Aurora... 14:29, 18 Mei 2007 (UTC)
Sebenarnya 25,000 rencana ialah bilangan rencana yang piawai. Pencapaian 20,000 sama sahaja dengan pencapaian 2,500 rencana, mengikut halaman Special:Statistics. Maka Hariadhi tak terlambat tetapi sebenarnya terlalu awal, hehehe. Logo itu memang canggih, tetapi kalau bilangannya boleh diwarnakan supaya lebih terang, memang canggih. — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:26, 18 Mei 2007 (UTC)
Oh My God!
Ye ke Pelukis termasuk golongan Seniman? Saya sangka Pelukis itu bawah 'Ahli Seni' seperti mana pelukis batik, penggubah bunga dsb manakala Seniman merangkumi sekadar 'performance arts' seperti pelakon, pengarah. Sesiapa boleh confirm? Saya terlibat dalam Alien Kidnapping dan baru dibebaskan, jangan marah ye, tanye aje.
Dan: Pengarca? Pemuisi? (di Michelangelo) I'm dying to know apa itu arca? Extremely canggih. Please please someone buat rencana 'arca'. Pemuisi???!!! Keduanya diguna pakai orang biasa atau bahasa elite? Suspen sampai nak terk.......jangan marah ye...Tanya aje. Inggeris pun kalau sopistikated sangat untuk orang pasaran, ada juga, 'yaitu...' di tambah.
Dan: Saya protes Pelukis Manga diletakkan sebelum perkataan Manga diberi istilah kepada rakyat bukan elit dan bukan tinggal atau belajar di Jepun atau teramat minat mangaka/manga (or should I say, Belajar atau tinggal di Nippon?) . Dan benar ke istilah Jepun ini otomatik menjadi istilah Melayu? Rencana Mangaka sendiri mengaku: Manga-ka (漫画家) ialah bahasa Jepun untuk pelukis komik.. Jadi, buat apa penat terjemah KERELATIFAN AM (General Relativity) dan perkataan perkataan lain kalau bahasa asli sudah cukup vogue dan otomatik boleh dipakai? Tak boleh panggil Pelukis Komik aja? Kenapa 'Belanda'? Holland kan best? Deutchland lagi seronok. Suomi, Italia, Sverige, Polska etc kenapa ubah? Tanye aje sebab saya terusik.....terusik kerana tempat saya walaupun diluar Jepun, belum terserap perkataan Manga diguna luas seperti Sushi (yang memang tepat tak diterjemah). Dan kenapa guna font Jepun? Berapa peratusan pengguna internet Wiki Melayu ada font Jepun? Komputer saya hanya menunjukkan (?????) bersebelahan nama2 dalam senarai MANGAKA. Kalau ye pun, buat lah gif imej. Ini berbau elitist atau paksa guna. Catherinegoodhope 14:37, 18 Mei 2007 (UTC)
Hi, Saya tak nampak salahnya dengan Manga-ka (漫画家) ialah bahasa Jepun untuk pelukis komik.. Penulis tersebut memberi penjelasan penuh maksud Manga-ka dan sekiranya istilah itu diterjemahkan, kita takkan tahu nama seni orang lain dan saya juga takkan tahu bahawa di Jepun, Manga-ka bermaksud "pelukis komik Jepun". Cuba lihat artikel-artikel saya:-
- Oratorio adalah gubahan muzikal yang besar untuk orkestra, vokal penyanyi-penyanyi solo dan kumpulan nyanyian koir.
- Aria, dalam bahasa Itali untuk “udara” atau "air" dalam Bahasa Inggeris, juga disebut "arie" atau "arias" (lebih dari satu suara) dalam muzik, bermaksud cara penyampaian emosi sesebuah lagu berdasarkan drama dalam struktur melodi yang kerap digunakan atau sesekala, dipersembahkan oleh penyanyi
- Emeritus (sebutan IPA: [əˈmɛrɪtəs] atau [ɪˈmɛrɪtəs]) ialah adjektif yang digunakan untuk pangkat seorang professor, biskop atau lain-lain profesional yang sudah bersara.
- Gesamtkunstwerk di dalam bahasa Jerman yang bermaksud “keseluruhan kerja seni” atau “kerjaseni yang lengkap” adalah ungkapan yang kerap digunakan untuk seni opera dan juga seni muzik teater.
Sekiranya kita memelayukan semua "SENI" orang yang kita pinjam, kita akan membodohkan diri kita sendiri sebab pada akhirnya kita sendiri tidak akan tidak faham maksud sebenar semua benda itu dan juga bila kita berbual dengan orang Itali, Jerman dan Jepun (negara seni itu berasal), kita sendiri akan jadi keliru. Catherine, saya banyak menghadapi masalah dengan sesetengah graduan universiti di malaysia sendiri apabila saya interview mereka untuk ambil bekerja kerana sesetengah dari mereka tidak boleh menyebut komponen-komponen atau istilah komputer yang kerap digunakan di dalam bahasa Inggeris. Sejak kebelakangan ini, kebanyakan universiti Malaysia sedar bahawa ada sesetengah benda yang jadi tidak "bagus" atau mengelirukan jika diterjemahkan secara menyeluruh. Dan, tahukah anda bahawa banyak universiti2 Malaysia juga mengeluarkan "testimonial" atau "rujukan syllabus" untuk graduan mereka dalam dua bahasa? Sebab, sesetengah bakal majikan tidak faham pelajaran yang "bakal pekerja" mereka belajar.
Sebenarnya, apa yang saya nak cakap ialah "tidak semua benda boleh atau wajar diterjemahkan" dan kebanyakan perkataan-perkataan yang diterjemahkan ialah perkataan2 bahasa Inggeris dan bukan bahasa negara lain. Contohnya DURIAN, orang putih pun panggil DURIAN juga, sebab, durian berasal dari negara-negara di sini - Jay 16:57, 18 Mei 2007 (UTC)
- Sambungan :)) Sebagai contoh, Aria. Aria merujuk kepada lagu-lagu opera. Tetapi, kalau diterjemahkan, Aria bermaksud "udara". Takkan nak cakap "Saya nak dengar udara opera". Jadi, istilah "aria" kekal sebagai istilah untuk merujuk kepada "lagu-lagu" opera. Sebagai contoh, saya bertanya "Catherine, awak pernah dengar aria opera tak? Kalau tak pernah, cubalah dengar Nessun dorma".
- Ini contoh sajalah. Oh ye, lagi satu (banyak lagi sebenarnya), Nessun Dorma bermaksud "Jangan sesiapa tidur". Saya tak boleh tukar tajuk artikel kepada "Jangan sesiapa tidur" tetapi menjelaskan apa maksud "Nessun Dorma", sebab kalau saya tukar tajuk kepada "Jangan sesiapa tidur", tak siapa yang tahu nama sebenar aria tersebut. Itu sebab kenapa, penjelasan adalah penting dan bukan menterjemahkan sewenang-wenangnya. KERELATIFAN AM memang pun sudah dikenali sebegitu, malah "KERELATIFAN", itu pun perkataan pinjam juga. Maaflah kerana "ter-explain" terlebih panjang pula - Jay 17:15, 18 Mei 2007 (UTC)
Saya berasa kedua-dua "pelukis komik" dan "Manga-ka " merupakan kes keterlaluan. Bagi saya, kedua-dua ini harus digabungkan menjadi "pelukis Mangka". "Ka" sebenarnya bermaksud ahli. Maka apabila merujuk kepada ahli sains Jepun, tak kan kita nak tulis "sains-ka".
Perkataan "komik" juga bukannya perkataan Melayu asli. Maka tiadanya perbezaan antara penggunaan perkataan "komik" dan "manga". Tetapi terdapat banyak perbezaan antara "manga" dan "mangga", hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 17:37, 18 Mei 2007 (UTC)
Manga
Terima kasih Jay kerana memberi laluan untuk orang baru seperti saya berbincang. Saya AMAT setuju tentang graduan sekarang dan saya ada menyebutnya dalam perbincangan bersama Yosri dan Syarikat Pemunggah Rencana.
Tetapi istilah Pelukis Komik sudah sedia wujud dalam kamus melayu dan tak perlu diutamakan istilah Jepun, mangaka, kecuali jika di Wiki Jepun. Masaalah utama mungkin kerana Pelukis Mangaka berdiri bukan dalam sub kategori Pelukis Komik di kategori Seniman seperti sekarang. Kedudukannya sekarang assumes perkataan mangaka sudah tersebar luas dalam kefahaman masyarakat malaysia.
Kalau sudah dinyatakan bahwa Manga-ka (漫画家) ialah bahasa Jepun untuk pelukis komik., habis, kenapa guna bahasa Jepun di wiki Melayu? Kenapa rasa terencat kalau diguna umpamanya 'Pelukis Komik Jepun (Mangaka)'? Mengutamakan istilah Jepun yang ADA perbandinganya dalam istilah Melayu tidak berbau neutral maupun menghormati Bahasa Melayu. Pelukis komik merangkumi mangaka tetapi mangaka tak merangkumi Pelukis komik.
Dan kenapa pula saya tak boleh belajar bahwa pelukis komik jepun bernama mangaka? Bila saya baca rencana bawah tajuk, 'Pelukis Komik jepun' saya sepatutnya jumpa ayat seperti: 'pelukis komik jepun dipanggil mangaka' dsb.
Dan mengapa pengunaan (?????) bersebelahan nama mangaka-mangaka? Itu assume semua orang ada font/character Jepun dikomputer. Dikomputer mana di Malaysia?
Saya setuju bahwa "tidak semua benda boleh atau wajar diterjemahkan" . Sushi umpamanya unik untuk Jepun tanpa perbandingan dalam kebudayaan Malaysia dan belum, maupun patut di terjemah. Cake menjadi Kek kerana tak ada dalam budaya Malaysia asal dan ubah ejaan supaya senang disebut.
Kriteria untuk menterjemah atau tidak bergantung kepada kewujudan istilah dalam bahasa sasaran dan kebiasaan dalam pertuturan masyarakat. Bukan memelayukan seni orang lain, tapi sekadar, speak Malay in Wiki Melayu unless it is something completely alien. Mangaka sekadar bahasa jepun for Pelukis Komik Jepun.
Lagipun :Mangaka asal dari Wiki English adalah dibawah Japanese Artist. Orait la tu! Ini tidak, terus assume Mangaka itu sudah difahami semua. Ada pun alert: 'This article or section does not cite any references or sources'.
PS Saya terjemah Old Masters sebagai Tokoh Lama DAN meletakkan istilah asal dalam bracket. Lantas, "Nessun Dorma (Jangan Sesiapa Tidur)".
Carols saya terjemah menjadi lagu-lagu Carol. Catherinegoodhope 18:19, 18 Mei 2007 (UTC)
Sebenarnya mana-mana tamadun pun tak kira tamadun Arab ke Barat ke, mereka semua akan biarkan saja perkataan asing ataupun ubah sedikit sebutan dan ejaan untuk kesesuaian suatu bahasa, misalnya perkataan Arab yang dipinjam Barat seperti Algebra, Cotton, Candy, Magazine, Eye, Zenith dan Lemon. Juga, perkataan Arab yang dipinjam Barat kini adalah Dinamik, Protokol, Aktuubar, Bairus dan Qaisar. Walaupun kadangkala kita tak terjemahkan suatu perkataan yang memang tak boleh terjemah secara seluruh. Kita patut juga ambil berat dengan memastikan perkataan asing itu difahami oleh bahasa lain tersebut samada boleh diterjemah seluruh atau separa atau langsung tidak. Misalnya suatu perkataan Arab iaitu "Ain" bermakna Eye dalam Inggeris, takkan kita nak sebut Ain dalam B.Inggeris, nanti jadi Ain (tidak dalam Inggeris) pulak, jadi ia perlu dipemerolehankan (deriving it). Satu lagi misalnya, perkataan Inggeris "Virus" perlu disebut sebagai Bairus disebabkan bahasa Arab tiada konsonan V serta untuk fahaman, kesesuaian dan kesenangan sebutannya. Sama juga dengan Vitamin ditukar dalam Arab menjadi Bitamin. Perkara ini dilakukan kerana untuk mendapatkan kefahaman penuh mengenai sesuatu perkataan asing, satu lagi sebab kerana kekurangan konsonan pada sesetengah bahasa, misalnya Greek, Jepun dsb. Memang sesetengah bahasa dijadikan semulajadi kekurangan konsonan serta kelainan sebutan. Jadi tak salah kita tak terjemahkannya secara seluruh, separa atau tidak langsung sesuatu perkataan yang asing bagi kita. Apa yang penting adalah samada kita faham perkataan asing itu dan kita ambil perkataan asing itu sebagai maklumat tambahan pada perkataan untuk disimpan dalam bahasa kita yang kita tak pernah dengar di luar persekitaran bahasa kita.
Rasa-rasa saya perlu terima pendapat Syarikat Pemunggahan Rencana dengan penuh hati kerana kes "pelukis komik" dan "Manga-ka" merupakan kes keterlaluan. Kita perlu berhati2 dengan suatu perkataan yang sedang kita pemerolehankannya (deriving it) untuk bahasa kita kerana suatu perkataan asing itu perlu difahami oleh bahasa kita. Jika tidak, kebanyakan orang yang bertuturan bahasa kita takkan faham apa masksud perkataan asing ini dan itu, meskipun hanya sesetengah kumpulan orang bertuturan bahasa kita (melayu) itu sahaja yang faham tetapi kumpulan orang bertuturan bahasa kita (melayu) yang lain tak faham, jadi perlu ada piawaian kata dalam setiap suatu bahasa yang meminjam perkataan asing.
Catherinegoodhope, tak salah jika anda mencipta suatu perkataan asing dengan pemerolehan (derivation), asalkan kita boleh faham perkataan asing tersebut dalam bahasa kita. Jadi tak usah ragu-ragu untuk tukar perkataan asing itu mahupun tak. Tetapi ingat pertukaran ayat asing itu perlu kita ikutkan yang piawai. — Aeon 18:33, 18 Mei 2007 (UTC)
- Saya amat bersetuju dengan Syarikat Pemunggahan Rencana dan Aeon . Seperkara lagi, Catherinegoodhope, "Nessun dorma" ialah satu judul aria dari penggubah terkenal dunia dan libreto nya ada "Copyright", amatlah kelakar jika wiki ms dengan sukahatinya meletakkan "istilah " (Janganlah sesiapa tidur)" walaupun dalam brackets sebagai tajuk artikel. Sepertimana yang saya katakan, "tidak semua benda boleh atau wajar diterjemahkan" terutama seni negara orang yang kita nikmati dan minati. Dan perlu ingat, kita tidak boleh menterjemahkan sesuka hati kerana itu ialah seni "orang lain" dan sesetengahnya ada hak perlindungan undang-undang. Yang penting ialah penjelasan untuk pembaca memahami. - Jay 18:59, 18 Mei 2007 (UTC)
Hold on
Kalau Nessun Dorma tak boleh sentuh, bagaimana 'Romeo And Juliet'? Adakah salah 'Romeo DAN Juliet'? Cabaran penterjemah ialah mencari terjemahan yang tidak kelakar. I have good hope boleh menjadi Saya berharapan baik etc. 'I am goodhope', Saya goodhope. Nessun Dorma bukan nama KHAS tertapi berasal dari lirik didalamnya.Catherinegoodhope 19:12, 18 Mei 2007 (UTC)
Oleh sebab Dewan Bahasa menterjemahkan "Statue of Liberty" sebagai "Patung Liberty" dan bukannya "Patung Kebebasan", maka menurut rumusan ini, nama "Nessun dorma" harus dikekalkan. Bagaimanapun, cadangan Catherine untuk meletakkan terjemahan harfiahnya dalam tanda kurung di sebelah perkataan asing adalah suatu cadangan yang amat baik kerana setiap rencana sebenarnya bertujuan untuk memberikan pemahaman. — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:33, 18 Mei 2007 (UTC)
- Terus terang, Catherine, saya malas nak layan orang yang macam awak. Saya dah hilang sabar sebab awak ni memang suka bertelagah tanpa memahami, malah saya sendiri menhadapi kesukaran memahami apa yang awak apa cakap. Mulai sekarang, buatlah apa yang awak suka. Tukarkah apa yang awak suka tapi kalau ganggu artikel yang awak tak tahu. Sebab saya pantang melihat orang bercakap kosong dan buat ideologi sendiri tanpa memahami. AND = Engish, berapa kali nak cakap? Libreto tu apa? faham tak? Bahasa Itali faham tak? You dont need to reply my message as I do not wish to hear your nonsense to me anymore. When you write an encyclopedia, you have to write like ONE, dont dictate you own rules or you will make us all loook stupid.- Jay 02:09, 19 Mei 2007 (UTC)
- Saudara Jay, tak perlu mengamuk atau membuat serangan peribadi kalau berbincang. Berbincang bukankah bertukar pendapat? Kalau saya berhasrat mengubah artikel tuan, saya sudah masuk dan buat. Saya sebaliknya membawa ketengah untuk bertanya pendapat orang lain. Bukan saya suka bertelagah tetapi kalau banyak perkara yang timbul yang jelas kurang tepat, apa salahnya bertanya kalau benar Wiki ini portal awam? Dan maaf kalau saya memberitahu, Io parlo italiano, vivo in Italia. Se no me crede, guarda mia IP. And I do not dictate my rules, I bring it to the open. Its easy to accuse others of speaking nonsense if one cant accept disagreements. Ya, saya mengaku saya berbuih-buih kalau cuba menerangkan poin yang mudah. Ramai orang lain sebaliknya mudah dan ringkas. And yes, my spelling is atrocious. But I will stand my ground even if I am all alone yet I do not change other's work unilaterally. Per piacere, non assume tutto sono ignorante di lingua italiana alfince tu incontri una che capisce perfettamente lirica, libertto, aria, Carmen, Don Giovanni, nessun dorma, nessun arrabiata...Catherinegoodhope 07:19, 19 Mei 2007 (UTC)
Kebebasan bercakap dan Kekebalan
(Buang masa saja mencadangkan. Dibatalkan.) Syarikat Pemunggahan Rencana 03:00, 22 Mei 2007 (UTC)
Masalah dalam Portal
Kepada penyelia, saya berharap dapat melihat kepada masalah di portal kita. Saya baru perasan malam tadi yang hampir semua portal-portal kita ada masalah, saya tak pasti apa. Templat bertukar kepada "merah" walaupun isinya ada. Saya cuba "save" sekali tapi tak ada effect. Bawah yang senarai-senarai yang bermasalah, ada lagi beberapa portal lain yang bermasalah juga. Saya rasa masalahnya berpunca dari templat utama, yang pelik, Portal:Muzik klasikal, langsung tak boleh dibuka. Portal lain yang juga terbabit ialah Portal:Biologi, Portal:Astronomi, Portal:Falsafah, Portal:Fizik, Portal:Harry Potter, Portal:Islam, Portal:Sains. Portal ini semua boleh dibuka, tetapi cuma ada pautan merah untuk templat-templat. Portal:Muzik klasikal pada malam tadi boleh dibuka, tetapi semua templat hilang, bila saya cuba masukkan balik isi kandungannya, portal itu terus tak boleh dibuka - Jay 01:10, 21 Mei 2007 (UTC)
- Memang anda betul Jay, saya cuba beberapa kali pautan ini. Tapi masih lagi tak boleh buka. Pada pandangan saya mengenai portal wiki ms, banyak lagi portal yang masih belum siap walaupun kita ada 10 penyelia dan menjadi 9 bilangan penyelia akan datang, termasuk pengguna yang aktif. Portal-portal ini perlu siap dan perbaiki kerana pengguna di sini mahukan kepuasan hati semasa mereka pergi ke mana-mana portal berikut, itulah cara kita perlu menarik hati pengguna yang datang ke mana-mana portal. Saya pula mahu siapkan portal- portal ini tapi masih banyak rencana penting yang perlu saya buat dan yang saya perlu terjemahkan. Harap masalah ini diselesaikan dengan adalah sebilangan penyelia dan pengguna aktif yang mahu tolong siapkan portal ini. — Aeon 06:43, 21 Mei 2007 (UTC)
- Aeon, portal-portal ini semuanya dah siap dan baik saja selama ini. Malam tadi saya nak tambah sesuatu dalam Portal:Muzik_klasikal, barulah saya perasan masalah ini. Pada mulanya, saya sangka masalah ini boleh diselesaikan dengan meletakkan semula isi kandungan (saya ada simpan dalam komputer saya), tetapi selepas "save", saya langsung tak boleh buka Portal:Muzik_klasikal sama sekali. Sebelum saya cuba "save" kan kandungan, portal itu boleh dibuka, cuba semua templat/isi kandungan tidak ada ; cuma ada pautan merah sahaja. Lepas itu baru saya perasan yang masalah ini bukan berlaku di Portal:Muzik_klasikal, malah lain-lain portal juga. Semua templat hilang dan digantikan dengan pautan merah. - Jay 07:33, 21 Mei 2007 (UTC)
Kalau hendak kata ada masalah server, entahlah. Ataupun jika ada kesulitan untuk memaparkan isi kandungannya. Mungkin juga? Saya sendiripun tak boleh nak buka lamannya lagipun dan menerima perkataan "error". Saya memohon maaf banyak2 kerana tidak dapat membantu saudara menyelesaikan masalah ini. Lagipun, saya sememangnya tidak tahu bab2 nak selesaikan masalah ini atau tak mahir/cekap untuk menyelesaikannya. Penyelia yang lebih berpengalaman ataupun pakar bab2 ni mungkin bisa membantunya. Tolonglah! Diharap kebingungan masalah ini dapat diatasi segera untuk memastikan semuanya menjadi "line clear". OK! Bereh...kan semua dulu ye. - Didie 08:51, 21 Mei 2007 (UTC)
- Saya pun pelik juga. Cuba lihat Portal:Biologi sebagai contoh, semua templat hilang, digantikan dengan pautan merah. tetapi jika anda masuk dalam "templat pautan merah itu" dan tekan "sunting" anda akan nampak isi kandungannnya. Itu bermakna, isinya ada tapi tidak kelihatan. - Jay 09:06, 21 Mei 2007 (UTC)
Akan cuba selesaikan masalah ini malam nanti. — Master2841 09:55, 21 Mei 2007 (UTC)
- Terima kasih Master2841 dan Didie. Selepas 2 "portal" yang saya ter"save" dipadamkan, Portal:Muzik klasikal dah boleh masuk, tapi templat-templat semuanya masih merah, sama seperti portal-portal lain, walaupun isi kandungannya ada. - Jay 14:02, 21 Mei 2007 (UTC)
- "Masalah" ini adalah disebabkan pengaktifan ruangnama Portal (mulai 19 Mei 2007). Perubahan ini menyebabkan perbezaan pada maksud kod {{{{FULLPAGENAME}}/xxx}}, iaitu dari ruangnama templat ke ruangnama portal. Apa yang perlu dibuat ialah memindahkan templat2 ini kepada ruangnama portal seperti yang saya buat pada Templat:Portal:Muzik klasikal/Intro. Selain itu, [[Portal:xxx/header-footer]] & [[Portal:xxx/box-footer]] perlu diisi. Lihat Portal:Islam/box-header dan Portal:Islam/box-footer sebagai contoh. ...Aurora... 14:29, 21 Mei 2007 (UTC)
Namun nampaknya bukan virus atau sabotaj, hehehehehehehe..... — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:39, 21 Mei 2007 (UTC)
- Saya dah pindahkan semua templat Portal:Muzik_klasikal yang lama kepada muka baru. Terima kasih. kalau ada masa, saya akan tolong pindahkan templat portal-portal lain. Terima kasih ...Aurora... - Jay 15:39, 21 Mei 2007 (UTC)
- Portal:Harry Potter dah selesai. Risaukan yang lain pula. :) Polar 15:54, 21 Mei 2007 (UTC)
Syabas Wiki Msia
Saya lihat Manga sudah dibawah kategori Komik. Satu langkah yang begitu bagus, bermartabat dan penuh kompromi. Syabas! Sekarang, untuk mempelajari tentang Manga pun seronok dan tidak terasa asing. Semuanya dalam skop dunia, misi Malaysia.
Tindakan ini bukti tidak rugi bercakap maupun membuat cadangan. Jadi Syarikat Pemunggah, jangan merajuk...
Tokoh Lama/Tuan Lama pun sudah selesa di Pelukis Agung (Old Master) yang dicop 'DBP approved'. Pengajarannya: Kriteria utama menterjemah ialah maksud induk. Jangan digoda perkataan-perkataan yang melambai-lambai mari, mari. Cekalkan hati, yakinkan diri, semak DBP, redai ya habibi....
Merajuk tidak, tetapi saya memang berasa kesal kerana telah buang banyak masa memberikan justifikasi kepada anda. Sesiapa yang biasa merujuk kepada Kamus DBP akan sedar bahawa, berbanding dengan kamus-kamus bahasa Inggeris seperti Webster, Oxford, dan sebagainya yang telah mantap, kamus DBP masih tidak lengkap, dengan banyak istilah yang tidak dimasukkan, serta juga kekadang apabila diberikan, tidak membekalkan semua konteksnya (khususnya dalam bidang-bidang komputer, sains dan teknologi).
Saya tidak tahu adakah anda memahami ayat yang anda terjemahkan:
- Pelukis Agung (Inggeris; Old Master) adalah istilah bagi pelukis Eropah berkaliber yang membuahkan hasil sebelum, lingkungan 1800, atau merujuk kepada lukisan pelukis tersebut.
Ayat seperti "Mona Lisa ialah sekeping Pelukis Agung yang dilukis oleh Leonardo da Vinci" memang tidak dapat saya terima. Jika anda boleh terima, all the best to you. Saya tak nak buang masa lagi tentang hal ini. — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:44, 22 Mei 2007 (UTC)
- Menurut DBP, penggunaan "sekeping Pelukis Agung" memang tidak diterima tetapi ia ditambah dengan perkataan yang sesuai yang merujuk kepada hasil pelukis tersebut.
- painting by such painters, karya pelukis agung :) Polar 18:26, 22 Mei 2007 (UTC)
Nampaknya, tidak adanya percanggahan antara pendirian Polar dengan pendirian saya, iaitu Old Master ialah Pelukis Agung serta juga karya Pelukis Agung. Dengan kata yang lain, Old Master bukan sahaja merujuk kepada Pelukis Agung tetapi merangkumi karyanya. To say that Old Master is Pelukis Agung is to say only half the story. — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:49, 22 Mei 2007 (UTC)
Hendak membawa sebuah rencana di sini... tapi tak tau macam mana nak namakannya...
Saya hendak membawa sebuah rencana daripada Wikipedia Bahasa Inggeris yang bernama Mutual intelligibility. Saya sukakan rencana ini dan telah membuat agak banyak suntingan di sana. Namun saya tak tau macam mana nak namakan rencana ini dalam Bahasa Melayu! Sila tolong. Terima kasih. --Edmundkh 10:53, 27 Mei 2007 (UTC)
- Menurut DBP, terjemahan untuk Mutual Intelligibility ialah "Kefahaman Menyaling". Sila rujuk Terjemahan Mutual Intelligibility dari laman Karyanet. Pelik juga bunyi terjemahan yang dibuat, tapi, itu saja option yang kita ada. - Jay 11:15, 27 Mei 2007 (UTC)
Tapi rasanya itu hanya terjemahan mesin, tak hairan kalau ada terjemahan yang pelik... --Edmundkh 11:20, 27 Mei 2007 (UTC)
- Saya tak fikir Karyanet dan DBP guna machine translator, itu ialah terjemahan yang dibuat (berdasarkan perbualan saya dengan org2 DBP satu masa dulu yang tidaklah terlalu lama). Saya tak nak mengutuk tetapi memang dah jadi perkara biasa untuk DBP membuat terjemahan pelik atau sesekalanya salah erti atau definasi. Terpulanglah kepada Edmundkh untuk menggunakan budi bicara. Di office saya ada banyak kamus-kamus DBP, Oxford etc; kalau saya ada masa, saya akan tengok dalam kamus DBP. - Jay 11:27, 27 Mei 2007 (UTC)
- Penterjemahan di laman DBP bukan terjemahan mesin semata-mata tetapi adalah enjin gelintar rekod-rekod perkataan yang telah digunakan dalam semua penerbitan bahasa Melayu Dewan Bahasa Pustaka. Tidak percaya, cuba cari buku-buku terbitan DBP tentang istilah. Lagipun, Mutual bermaksud "saling", integibility bermaksud "kebolehfahaman" yang apabila digabungkan penggunaan kedua-dua perkataan menjadi "kebolehfahaman yang bersaling" atau tepat juga dengan penggunaan "Kefahaman Menyaling"... bukan "kefahaman menyalin"... :) Polar 11:28, 27 Mei 2007 (UTC)
Kamus Dewan Bahasa: mutual intelligibility = kefahaman menyaling
Apa kata ini? Bahasa-bahasa yang saling bersefahaman. Kerana rencana itu tentang bahasa-bahasa yang boleh saling difahami, seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. --Edmundkh 03:42, 31 Mei 2007 (UTC)
Saya mendapati bahawa perkataan "mutual intelligibility" merupakan sesuatu istilah linguistik, jadi saya berharap ada seorang linguist yg boleh tolong menterjemahkan perkataan itu ke dalam Bahasa Melayu. --Edmundkh 04:42, 4 Jun 2007 (UTC)
- Bukankah telah diberikan saranan "kefahaman menyaling" oleh tiga orang di atas? Bagi saya, ikut sahaja. ...Aurora... 14:34, 4 Jun 2007 (UTC)
- Mungkin anda degil tetapi itlah hakikatnya. Tiada kepincangan lagi. Polar 14:50, 4 Jun 2007 (UTC)
Setakat ini saya terpaksa menerima itu: kefahaman menyaling dan kebolehfahaman yang bersaling. Tunggulah sampai kita dapat bahawa perkataan ini salah, barulah kita ubah ya... :-) --Edmundkh 10:31, 5 Jun 2007 (UTC)
- Cadangan - Bahasa yang saling difahami. Saling memahami. Yosri 10:51, 5 Jun 2007 (UTC)
Tapi abang Yosri, "mutual intelligibility" merupakan sesuatu yg menggambarkan keadaan yg saling memahami utk dua atau lebih bahasa. --Edmundkh 15:39, 5 Jun 2007 (UTC)
- dah cubakebolehfahaman interakif atau kebolehfahaman kongsi atau kebolehfahaman saling ? - Hafrul
Pengguna komet
Banyaknya pengguna komet Wikipedia bahasa Melayu yang asap lebih daripada api, air liur lebih daripada teh, dan cakap lebih daripada sumbangan, hehehe. — Tahulah siapa di belakang perutusan ini 22:07, 29 Mei 2007 (UTC)
Tentang Wikipedia:kedutaan
Tengok tak, kini kedutaan kita sangat sunyi-sepi! Kini hanya ada tiga orang duta sahaja - Hayabusa future, Ychmatematik, dan Alistair. Hayabusa future lebih aktif di Wikipedia Bahasa Indonesia, dan yang lain pula telah lenyap agak lama... Hayabusa future cakap kini dia juga tak berapa senang di Wikipedia BId, sebab dia sibuk dengan kehidupannya (Rujuk ke perbualan saya). Apa yang kita boleh buat dengan kedutaan sekarang? Itu penting untuk perkara interwiki. Jadi saya rasa kita kena dapatkan seorang duta yang baru, seperti yang Hayabusa future cakap. --Edmundkh 11:42, 28 Mei 2007 (UTC)
Oh bukan sahaja pasal interwiki, kedutaan penting untuk sesiapa yang mengunjungi Wikipedia Bahasa Melayu tetapi tidak tahu Bahasa Melayu!! Kalau tak ada orang bertugas maka ini kami Orang Cina ketawakannya 空城計 (Sebutan Bahasa Mandarin kōng chéng jì) yang bermaksud "taktik (perperangan) dengan mengosongkan bandar". --Edmundkh 11:47, 28 Mei 2007 (UTC)
- Anda nak jadi duta wikipedia ini ke? — Master2841 08:15, 29 Mei 2007 (UTC)
Saya mengakui bahawa saya ada sikit minat untuk menjadi seorang duta, namun saya berasa saya tak cukup pengetahuan untuk menjadi seorang duta. Contohnya, saya tidak tahu apa-apa tentang menggunakan bot. Di sini saya bersuara hanyalah kerana keadaan ini tidak harus berlaku! --Edmundkh 15:55, 29 Mei 2007 (UTC)
- Bot tu memang mahal nak beli. Kalau nak belajar, pinjam perahu daripada nelayan tempatan dulu, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 13:02, 30 Mei 2007 (UTC)
- Sempat anda buat lawak... Erm. Alang-alang nak murah, buatlah rakit... ;-p Polar 13:06, 30 Mei 2007 (UTC)
Pandai anda bergurau. Bot yang saya cakap itu, robot! Bukannya kapal! --Edmundkh 15:46, 30 Mei 2007 (UTC)
Jadi siapa yg boleh terangkan apa yg seseorang pengguna perlu tahu sebelum boleh dilantik sebagai seorang duta, dan bagaimanakah seluruh prosedur melantik seorang duta? Oh ya, sini tak ada org yg nak jadi duta kah? --Edmundkh 04:45, 4 Jun 2007 (UTC)
- Syarat biasa: pengguna aktif, suntingan berkualiti dan lengkap, turut serta dalam perbincangan.
- Syarat khas, mengetahui sekurang-kurangnya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, lagi banyak lagi bagus. ...Aurora... 14:34, 4 Jun 2007 (UTC)
Rasanya benda-benda ini ada dalam bacaan. Jika rajin membaca, tidak payah rasanya dipanjangkan beberapa perkara. Polar 14:52, 4 Jun 2007 (UTC)
- Di manakah bacaan itu? Saya tak dpt cari ni... --Edmundkh 15:36, 5 Jun 2007 (UTC)
- Bacaan tambahan... - Wikipedia:Bot, Wikipedia:Polisi lanjutan Polar 11:06, 6 Jun 2007 (UTC)