Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib1/2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.

Kemaskini Laman Utama

Mengapakah laman utama tersekat pada 14 Januari sedangkan hari ini sudah 23 Januari? 60.50.245.169 03:19, 23 Januari 2008 (UTC)[balas]

Hmm... anda dah cuba kosongkan cache anda? ...Aurora... 13:57, 23 Januari 2008 (UTC)[balas]
Memandangkan tiada jawaban, saya kira masalah ini sudah selesai. ...Aurora... 14:59, 24 Januari 2008 (UTC)[balas]

Calon Pemeriksa Wikipedia Bahasa Melayu 2008

Selamat. Kesemua pihak komuniti yang layak mengundi(seorang pengguna berdaftar - berdaftar dengan Wikipedia Bahasa Melayu minimum seminggu sebelum 1 Januari 2008 dan mempunyai minimum 15 suntingan sebelum 1 Januari 2008) dijemput mengundi pada laman pengundian masing-masing iaitu;
Yosri → checkuser,
Malekhanif → checkuser,
Polar → checkuser,
Che090572 → checkuser.
Kerjasama anda amat dihargai. Sekian terima kasih. — Didie (bincang) 10:54, 1 Januari 2008 (UTC)[balas]

Saya hairan kenapa kesemua kotak pesanan dalam Templat:Ambox tak menjadi seperti di Wikipedia Bahasa Inggeris. Sudah banyak kali saya mencuba tetapi tiada perubahan. Jadi, saya ingin minta bantuan daripada pengguna/penyelia lain untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian. — Didie (bincang) 14:32, 5 Januari 2008 (UTC)[balas]

Selesai... tak tau apa masalah sebenarnya, cuma salin dari Wikipedia bahasa lain je.. izzudin 13:16, 7 Januari 2008 (UTC)[balas]

Anda perlu salin beberapa kod berkenaan class .ambox dari MediaWiki:Monobook.css atau MediaWiki:Common.css. Tapi bagi saya ambox di enwiki itu terlalu flashy dan tak cantik.—Aviator, 09:23, 8 Januari 2008 (UTC)[balas]

Kemaskini

Saya harap kerjasama sesama penyelia dapat dilakukan berhubung tugas pengemaskinian laman Wikipedia. Lebih-lebih lagi, laman yang mempunyai pautan di kotak perhubungan(sudut kiri setiap laman). Pernyataan ini dibuat disebabkan banyak laman-laman mengenai polisi/panduan Wikipedia yang tidak dikemaskini, diterjemah, dan ada juga yang tergendala. Jadi, saya berharap perkara ini dapat dilakukan untuk memberikan maklumat penting kepada pengguna-pengguna baru ataupun yang lama. Akan tetapi, teruskan usaha menyumbang anda(penyelia). Cuma, lakukan perkara tambahan yang sedikit-sebanyak boleh memajukan Wikipedia lagi. Sekian. — Didie (bincang) 13:54, 7 Januari 2008 (UTC)[balas]

Didie, saya dapati anda tukar terus format dan isi sedia ada di laman2 tersebut. Ini memeningkan lagi saya dan orang2 lain yg pernah mengemaskini laman2 tersebut. Amat tidak membantu! Minta anda tumpukan perhatian anda pada projek yg tergendala, bukan yg dah siap. ...Aurora... 14:41, 7 Januari 2008 (UTC)[balas]

Filem

Saya dapati banyak rencana filem diberi tajuk sebagai; Filem <nama filem di sini>. Contohnya, Filem Mukhsin. Saya rasa lebih baik menggunakan nama asal atau nama rasmi filem tersebut. Jika hendak membezakan antara filem dengan benda lain pula, lebih baik kita letak tajuknya sebagai <nama filem> (filem) atau ciptakan laman nyahkekaburan. izzudin 12:20, 8 Januari 2008 (UTC)[balas]

Pilihlah yang anda rasa paling baik.—Aviator, 09:17, 9 Januari 2008 (UTC)[balas]
Saya tidak bersetuju kerana format Inggeris itu saya rasa tidak sesuai, ini kerana pengelasan BM dibuat di hadapan, contoh filem, ikan, burung, pokok, sdb. Nama filem perlu diletakkan filem dihadapan agar dapat membezakan dengan yang lain dan menurut piawaian bahasa Melayu. Contoh Cinta - perasaan, filem, lagu dll. Yosri 09:33, 9 Januari 2008 (UTC)[balas]

Cadangan Izzuddin tu bagus tetapi saya fikir pendapat Yosri perlu dikekalkan kerana berdasarkan piawaian bahasa Melayu. Saya cadangkan dipaparkan tips untuk membuat pencarian di tempat yang sesuai agar para pengunjung boleh nampak dan melakukan pencarian dengan cara yang betul. Ertinya, jika ingin mencari perihal filem, maka perkataan 'filem' perlu dimasukkan sebelum judul filem tersebut. Cheguman 07:59, 10 Januari 2008 (UTC)[balas]

Saya rasa lebih sesuai dibuat begini Filem:Mukhsin dan apabila kita membuka artikel tersebut dia akan keluar Filem|Mukhsin(letakkan templat {{Filem:Mukhsin}}. Contoh. PuteraLuqman Tunku Andre 10:37, 10 Januari 2008 (UTC)[balas]
Putera, ruang nama adalah untuk apa-apa laman yang tidak dianggap sebagai rencana ensiklopedia.
Pada pendapat saya, meletakkan pengelasan dalam kurungan itu lebih baik kerana pengelasan tidak termasuk dalam nama. Satu lagi, meletakkan "filem" di hadapan pun boleh menimbulkan kekaburan. Pembaya bungkin bertanya, "adakah ini rencana mengenai sejenis filem atau mengenai sebuah filem?" Lihat contoh mudah: "Filem seram" dan "Seram (filem)". Tajuk yang pertama memberi maksud "filem bergenre seram" dan mungkin boleh menyenaraikan contoh-contoh filem seram popular, manakala "Seram (filem)" memberi maksud terdapat sebuah filem bernama Seram, dan boleh jadi tak seram langsung. Bagaimana pula jika terdapat sebuah filem bertajuk "Filem Seram" (ada perkataan "filem" dalam namanya). Maka apakah tajuk rencana yang paling baik untuknya: "Filem Filem Seram" atau "Filem Seram (filem)"? Nampak perbezaannya? Sebab itu saya lebih mengutamakan penggunaan kurungan. Pembaca akan tahu bahawa kurungan tidak termasuk dalam nama dan mengetahui nama sebenar tanpa apa-apa kekeliruan lagi.
Satu lagi, tiada piawaian dalam bahasa Melayu mengenai penetapan tajuk rencana ensiklopedia. Kan ini ensiklopedia bebas, penyunting berhak menentukan piawaian sendiri. Dalam kamus pun diletakkan nombor Roman untuk membezakan perkataan yang sama tapi berlainan erti (filem I, filem II). Pengarang boleh tentukan sendiri.
Akhir sekali, seperti yang saya katakan tadi, pilih yang anda rasa paling baik. Izzudin, anda kan pengasas WP Filem? Anda tentukan sendiri.—Aviator, 12:50, 10 Januari 2008 (UTC)[balas]
Bagi saya lebih sesuai dibuat seperti yang saya katakan....tugas kau Izzudin mengelas filem. Macam contoh yang saya beri, Izzudin boleh mengelas filem tersebut. Contohnya jadi begini (Filem:Aviator:Menakutkan). Secara tidak langsung, seseorang itu boleh mengenal pasti cerita itu bergenre apa. PuteraLuqman Tunku Andre 16:11, 10 Januari 2008 (UTC)[balas]
Hahaha. Matangnya kau.—Aviator, 16:45, 10 Januari 2008 (UTC)[balas]
gila ah kau danial ashraf... menyusahkan orang je nak taruk filem-filem dekat subpage. Tak ponah dibuek orang. Saya mengemukakan pendapat saya di sini kerana Wikipedia nih kan berkomuniti, kenalah dapat pendapat orang lain juga. izzudin 09:09, 11 Januari 2008 (UTC)[balas]

Naper la yg ko ni bingai sangat, aku kata buat camni(macam contoh la).Ko buat cam kat wikibooks, bkannya kita letak. Ko hanya perlu letak(templat) Templat:Filem:Api Malaysia. Klu ko nak sambungkan skali saper penulis dier pun aku tak kisah. Dia akan jadi Filem|Api Malaysia|Fantasi|Izzudin yang mewakili Filem|Tajuk|Genre|Author. Lagi senang aper, ko ni tau ikut org jer, cuba la jdi org ptama(tp yg pasti x masuk buku Sejarah pun). G ler la kau cakap aku g ler.Haha PuteraLuqman Tunku Andre 16:42, 11 Januari 2008 (UTC)[balas]

Saya tak tahu kenapa WikibooksMs buat macam tu. Nampaknya ditiru daripada WikibooksEn (Cookbook:*). Tak tahu apa rasionalnya.—Aviator, 17:21, 11 Januari 2008 (UTC)[balas]
Apsal ko libatkan novel Api Malaysia haku?? Aku cuma rasa cadangan kau tuh tak relevan, tuler aku sampai kata perkataan 'gila'. Jangan ambil hati. Aku taknak jadi orang pertama yang buat sesuatu perkara yang tak relevan. izzudin 13:15, 12 Januari 2008 (UTC)[balas]
Eh.. tiba-tiba saya terfikir satu contoh bagi menyokong pendapat Aviator; Filem Cinta.. filem bergenre cinta atau filem bertajuk cinta? Tiba-tiba pula terfikir... hehe.. sebenarnya banyak lagi izzudin 13:17, 12 Januari 2008 (UTC)[balas]

Aik aq x gitau pun...ko yg buktikan...ko kan kata tuh secret....tadaa, ader org tlg bkka kan.Yay. Mmmg la sama ngan wikibookEn coz dia sama ngan Resipi kat wikibooks Malay. Tu la yg aq cdgkan, nama citer,tajuk ngan genre. Banyak la ko tak relevan. PuteraLuqman Tunku Andre 14:22, 12 Januari 2008 (UTC)[balas]

Ehm... Harap anda semua dapat mengekalkan budi bicara dan bahasa anda di sini. Bahasa jiwa bangsa... atau kat sini, bahasa jiwa wiki. Sopan sedikit ye. Apapun, usul Izzuddin tu memang bernas.
~~PoLaR~~

00:13, 14 Januari 2008 (UTC)


Kita berbincang di sini jangan marah-marah. Nama khas Filem Cinta, nama umum Filem cinta - filem bergenre cinta. Lagi satu, mana pernah orang tulis rencana mengenai 'Filem Cinta (nama khas) sebegini Cinta (filem). Tak pernah di buat orang. Untuk kategori ia boleh diletakkan [[Kategori:Filem Malaysia:Cinta]] [[Kategori:Filem romantik:Cinta]] [[Kategori:Filem paling laku Malaysia:Cinta]] [[Kategori:Filem panjang:Cinta]] dll. Yosri 00:55, 14 Januari 2008 (UTC)[balas]
Putera Luqman, di Wikibooks lain, b:Resipi ada ruang nama sendiri, di sini tiada, jadi konsep tu tak boleh pakai, lagipun sebenarnya tak berkenaan dengan perbincangan ini, iaitu tajuk rencana. Saya tiada masalah dengan awalan "Filem X". ...Aurora... 15:17, 14 Januari 2008 (UTC)[balas]
Buatlah aper korang nak buat, kan ada nyahkekaburan....kalau tak paham jugak......mmg _______ orang tuh(tgh jga kesopanan). Saya pun dah malas nak buat artikel(mcam buat sangat pun) dan saya sekarang hanya datang di Malay Wikipedia untuk mengedit jerk.Hakhik....tkar angin.huhu. PuteraLuqman Tunku Andre 15:11, 15 Januari 2008 (UTC)[balas]
Ada satu lagi kelebihan menggunakan nama bermula dengan filem, iaitu apabila seseorang mencari filem XXX dalam enjin gelintar, rencana Wikipedia akan naik muka carian pertama. Tetapi kalau di beri nama XXX (filem) keputusan carian akan meletakkan hasil carian tercorot. Sebagai contoh carian "Filem Cinta" meletakkan hasil Wikipedia di laman 4. http://www.google.com.my/search?hl=en&q=%22Filem+Cinta%22&meta= Itupun laman lencungan. Kalau harap rencana sebenar, lol.... Yosri 10:12, 16 Januari 2008 (UTC)[balas]
Kini nama "Cinta (filem)" jika dicari akan berada pada tangga pertama (http://www.google.com.my/search?q=%22Cinta+%28filem%29%22&btnG=Search&hl=en&safe=off&client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US%3Aofficial&hs=ZCg). Enjin pencarian akan sentiasa mengemaskini, jadi tak perlulah bergantung kepadanya dalam hal ini. izzudin 14:15, 23 Januari 2008 (UTC)[balas]
Alamak, awak tak faham ke maksud saya. Maksud saya, orang akan cari dengan menaip "Filem Cinta" bukannya "Cinta (Filem)". Kalau cari "Cinta (Filem)" memang lah nombor satu sebab tak pernah dan tidak ada di buat orang lain. Ini kerana banyak lagi laman perfileman yang menggunakan nama yang betul "Filem Cinta". Yosri 00:41, 24 Januari 2008 (UTC)[balas]
Memanglah orang akan taip "filem cinta" sebab kalau "cinta" semata-mata tak akan jumpa sebab pengertian perkataan tu luas. Tapi Google mengindeks laman bukan berdasarkan tajuk, tapi berdasarkan relevance, kata kunci dan teknologi PageRank. Kalau laman "Cinta (filem)" itu popular dan banyak pautan masuk, tak kisahlah pengguna cari "filem cinta" atau "cinta filem", hatta "cinta" sahaja sekalipun, kalau cukup popular akan tersenarai juga. Kita tak boleh menamakan rencana kerana mahukan keputusan teratas dalam Google. Google ada cara tersendiri untuk mencari keputusan. Kena ingat tu. Kalau nak memudahkan pembaca mencari laman, bukankan kita boleh buat macam-macam: kategori, portal, pelencongan, laman nyahkekaburan, dan juga mesej ini:
Templat ini bukan dibuat untuk suka-suka saja.—Aviator, 14:57, 27 Januari 2008 (UTC)[balas]
Ada juga relevannya... izzudin 12:16, 27 Januari 2008 (UTC)[balas]
Humm... Kalau nak bincang bagaimana enjin gelintir membuat ranking panjang berjela. Biar saya ringkaskan. Nama judul (lebih berkait), mempunyai markah lebih besar berbanding nama kandungan dalam laman. Berapa kali nama keluar dalam laman juga mempunyai markah, tetapi jika terlalu banyak akan dianggap spam dan ditolak markah. Kalau anda menulis untuk orang ramai anda perlu mengikuti rentak Google, kalau tulis nak syok sendiri lantak sajelah. Kalau pembaca cari di Google dah tak jumpa, macam mana nak baca. Meletakkan pelbagai kategori berguna apabila pembaca dah sampai ke sini, tapi kalau sini (Wikipedia bahasa Melayu) pun tak jumpa, kategori banyak manapun tak berguna. (Internal link is not rated.) Jadi kalau hendak kekal di muka 10 ke atas dalam carian Google, teruskan sahaja. Memang releven, top 10 dari belakang. Saya cuma beritahu berdasarkan pengetahuan saya. Kalau berminat lebih lanjut, email pada saya, akan saya beritahu lebih lanjut bagaimana skema permarkahan Google. Yosri 03:08, 28 Januari 2008 (UTC)[balas]
Kenapa mahu tersenarai dalam keputusan carian Google juga? Mana satu keperluan, mana satu kehendak? Kenalah pandai pentingkan yang lebih penting.
Berita baik. Saya cari filem cinta, cinta filem, cinta (filem), tak ada satu pun laman Wikipedia masuk dalam senarai top 10. Kan Google pakai kata kunci. Saudara Yosri janganlah main helah, dalam dua pautan yang anda beri di atas, dua-dua pakai quote, sebab tu lah Google akan jadi tengok padanan mengikut turutan perkataan tu. Pengguna lagilah tak pakai quote ketika cari.—Aviator, 04:32, 28 Januari 2008 (UTC)[balas]
Bukan helah, tetapi kerana saya memang biasa cari macam itu. Lagi pun Google sentiasa kemaskini dan mungkin sudah buang laman filem XXX Wikipedia kerana dianggap tiada kandungan. Tetapi kalau hendak lihat yang tanpa quote, lihat carian ini. http://www.google.com.my/search?q=Filem+Menantu+Durhaka&btnG=Search&hl=en&safe=off Semua laman wayang lain yang lebih besar dan lengkap, yang menggunakan judul yang sama, duduk belakang. Wikipedia bahasa Melayu juga yang terhadapan. Ini bukti saya. Cari lagi laman filem yang belum dipindahkan, saya jamin duduk muka depan punya. Tetapi terpulanglah kepada anda, kerana anda yang banyak menyumbang dalam bidang filem ini. Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam hal ini, cuma berharap dapat mencapai jumlah pembaca yang lebih luas. Anda boleh cuba beberapa tajuk filem lain untuk lihat sendiri ranking dalam Google dan putuskan sendiri. Ps. Kalau anda perlu tanya apa pentingnya tersenarai dalam muka pertama carian Google, saya rasa kita tak perlu berbincang kerana antara anda dan saya jurang perbezaan mengenai hal itu sudah terlalu jauh. Yosri 06:10, 28 Januari 2008 (UTC)[balas]
Filem tu kan kurang popular. Laman web yang mengulas tentang filem tu kurang. Sebab tu Wikipedia masuk senarai teratas. Google cari yang paling relevan. Saya cari menantu durhaka pun teratas, menantu durhaka filem, durhaka filem menantu, menantu durhaka (filem) semua teratas. Haha.—Aviator, 14:29, 28 Januari 2008 (UTC)[balas]

Ini lebih banyak lagi contohnya. Semua filem-filem ini turut diulas oleh banyak lagi laman mengenai perfileman Melayu.

  1. http://www.google.com.my/search?hl=en&q=Filem+Merana&meta= Lebih hadapan dari laman Filem Malaysia --- www.filemkita.com yang memang khusus filem Melayu.
  2. http://www.google.com.my/search?hl=en&q=filem+menantu+derhaka&meta= Lebih hadapan dari laman Filem Malaysia --- www.filemkita.com yang memang khusus filem Melayu.
  3. http://www.google.com.my/search?hl=en&safe=off&q=Filem+Laksamana+Do+Re+Mi&btnG=Search&meta= Ini nampaknya jatuh sedikit. Di belakang Filem Malaysia --- www.filemkita.com yang memang khusus filem Melayu.
  4. http://www.google.com.my/search?hl=en&q=Filem+Sumpah+Pontianak&btnG=Google+Search&meta= Ini jatuh nombor 2 dalam carian.
  5. http://www.google.com.my/search?hl=en&safe=off&q=Filem+Ciplak&btnG=Search&meta= Ini nombor 1.

Sebenarnya banyak laman yang menulis filem-filem Melayu. Itulah punca saya berhenti menulis mengenai filem, mengelak pertindanan. Antaranya yang saya selalu rujuk adalah:-

Yosri 08:13, 29 Januari 2008 (UTC)[balas]

Ya lah. Kalau saudara Yosri tengok laman-laman web tersebut, tak tambah pun perkataan "filem" di depan tajuk. Lagipun saya tak nampak kenapa kita kena kejar laman-laman web ini supaya naik dalam senarai Google.—Aviator, 09:41, 29 Januari 2008 (UTC)[balas]
1. Itu sebab rencana Wikipedia muncul dahulu dihadapan, walaupun dari segi kandungan mereka lebih banyak maklumat.
2. Kalau anda masih bertanya berkenaan hal itu, lupakan saja hal itu. Saya mengambil masa bertahun untuk memahaminya, tatapi biar saya cuba menjelaskannya kepada anda dalam sesingkat masa. Bayangkan seperti ini, dalam Kompleks membeli-belah, kenapa kedai di bawah lebih mahal sewanya berbanding di atas. Kenapa Google membuat duit, ini kerana ada syarikat yang mahu berada di muka hadapan hasil carian sanggup membayar beribu ringgit US untuk pointer. Cuba rujuk http://www.tomrafteryit.net/why-is-search-engine-optimisation-important/
Kalau masih tak faham, maaflah. Saya tak nak jawab lagi mengenai perkara ini. Yosri 10:16, 29 Januari 2008 (UTC)[balas]
Itu contoh dalam kompleks membeli belah. Masing-masing mahu mempromosi barang mereka. Saya faham konsep ekonomi dan pasaran. Saya faham yang ini semua berkait dengan search engine optimization (SEO), dan perkara itu amat penting. Tapi saudara Yosri kena ingat yang SEO tu bertujuan optimization, bukan promotion. Tengok dalam nama penuh. Bermakna tujuan utama SEO ialah membantu pengindeks seperti Google, bukan nak tarik orang ke, iklan ke apa-apa. Yang saya tak faham ialah kenapa kita pun mahu berusaha naik tangga senarai Google. Seolah-olah mahu mengcommercialize Wikipedia. Kan ini projek bukan untung? Biarlah orang lain berusaha sedaya upaya untuk panjat senarai Google, masing-masing mahu cari untung, tapi ini haruslah menajadi least concern buat kita. Lagi pun SEO sepatutnya diuruskan oleh pihak pembangun perisian MediaWiki, dan mereka telah pun melakukannya dengan baik sekali. Cuba lihat kod sumber: penggunaan tag <meta> dll. Dan sepatutnya kerja promosi atau kempen dibuat oleh penganjur di Wikimedia bukan kita penulis. —Aviator, 10:54, 29 Januari 2008 (UTC)[balas]
Boleh saya nasihat sket, ahakz sy yg kecik nsihat yg tua. Haha. Biarkan lah Izzudin memilihnya kerana dialah staf WikiProjek:Filem. Saya rasa Izzudin hanya mahu saudara sekalian memberi pendapat bukan fight. Lain la klu Izzudin tlis kat soklan ptanyaan dier kater jom debat dengan tajuk nih. Hanya letak pendapat, x perlu bangkang opinion orang lain. Klu nak bangkang jugak, buat satu laman bangkangan. Tapi saya rasa saudara sekalian semuanya dah matang kan.Sini bukan mahkamah .Aper kater amik e-mail address si pembangkang dan penyokong dan buat conference. Macam la saudara sekalian kecur. Dah naik malas aq tgok Kedai Kopi makin memanjang macam aq tgok calon rencana pilihan yang memanjang dengan opinion yang berlainan. Lain orang, lain ragam. Darah sama merah, fikiran lain-lain(Lupa peribahasa Melayu yang tuh, amik pribahasa Hebrew). To Izzudin, pilih yang paling relevan. Maaf dipinta ,Ukhuwah terjalin. PuteraLuqman Tunku Andre 10:42, 29 Januari 2008 (UTC)[balas]
Heee.. Heee.. Heee.. Kita bergaduh ke? Saya tak pernah mengusik rencana orang lain, cuma memberi pendapat kenapa perlu menggunakan pendekatan yang diguna ramai. Ini adalah satu perbincangan. Saya dah beri pendapat, kalau nak dengar, dengar, masing-masing dah besar panjang. Yosri 10:48, 29 Januari 2008 (UTC)[balas]
Owh x gaduh lah(wut jer cam x tau). Jaga budi bahasa. Sy rs yg mmbncg kat c ni sume Melayu. Sng ckp, bawak jer conference ni ke laman perbincangan WikiProjek Filem bg mmbuang perkara yg mmnjg kat Kedai kopi nih. huhu. Papai. PuteraLuqman Tunku Andre 10:58, 29 Januari 2008 (UTC)[balas]

kalau nak dikata filem malaysia memang bagus tapi mereka patut tingkatkan filem tu sendiri janganlah ikut barat. --08:46, 23 Januari 2008 (UTC)shera~ 4:45p.m 23/1/2008

nak buat templet

Macamana nak buat templat? Cheguman 15:21, 14 Januari 2008 (UTC)[balas]

Cipta laman yang bermula dengan Templat:xxx. Bila siap, anda boleh sertakannya dalam laman biasa menggunakan markap {{xxx}}. Aturan yang lebih rumit boleh dipelajari di m:Help:Template.—Aviator, 10:41, 15 Januari 2008 (UTC)[balas]
Satu cara yg agak mudah ialah melihat contoh2 templat sedia ada, salin kodnya dan ubah suai isi mengikut kehendak. Contoh2 templat boleh didapati di sini. ...Aurora... 15:26, 15 Januari 2008 (UTC)[balas]

Bentuk Ensiklokamus yang baru

Saya meminta maaf kepada Che Det dan Aurora kerana lambat menjawab. Saya kelmarin baru menggantikan monitor saya yang rosak. Nampaknya setiap monitor memberikan bentangan dan warna lalai yang berbeza!

Dengan bentuk Ensiklokamus yang baru, saya amat berpuas hati kerana tidak terlalu meniru gaya Wikipedia. Sebenarnya, ini ialah matlamat saya sejak dari permulaannya, akan tetapi idea-idea saya terlalu terpengaruh oleh pengalaman saya di Wikipedia sehinggakan format-format pertama semasa dihoskan di Amerika pada pertengahan tahun 2007 kelihatan seakan-akan format Wikipedia, walaupun terdapat sekurang-kurangnya enam percubaan yang utama untuk mencipta format tersendiri.

Kini, saya tidak mempunyai banyak masa untuk menyumbangkan rencana di portal ini atau menumpukan perhatian kepada portal Ensiklokamus. Penyakit tulang belakang saya telah lama tidak membenarkan saya mencari kerja yang normal kerana terpaksa berbaring sekali sekala. Oleh yang demikian, saya terpaksa mencari rezeki melalui internet. Kerana latihan saya di portal ini, saya juga mendapatkan beberapa projek terjemahan berbayar. Walaupun demikian, saya masih akan sekali sekala meluangkan diri untuk membuat sedikit sumbangan di sini atas alasan sentimental. — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:01, 16 Januari 2008 (UTC)[balas]

cekenit

siapa tau aper itu cekenit... sejenis serangga penghisap darah atau lebih dikenali sbg kutu babi atau biras... selalu ade pada binatang seperti ayam... dan siapa tahu hilangkn bekas gigitannya

cekenit nih sama macam si kenit ker. Saya rasa pernah kena, nenek saya letakkan getah aper ntah, sakit beb. PuteraLuqman Tunku Andre 15:45, 20 Januari 2008 (UTC)[balas]

Sejarah Malaysia

Saya tak tau dari mana datangnya Gangga Negara, Langkasuka, Pan Pan, Persekutuan Patani Besar, Raja Putih.Tingkatan berapa ada tajuk ini atau dekat mana dapat tajuk ini... ~shera~

sume tingkatan ader tp scara sesikit.Tak meluas. PuteraLuqman Tunku Andre 15:47, 20 Januari 2008 (UTC)[balas]

k tq sebab bagi tau ~shera~ 4:25p.m

saya nak tanya soalan: mengapakah tamandun awal bermula di lembah sungai? bagi 1 idea blh x putera atau sesiapa pun. --09:09, 23 Januari 2008 (UTC)siti shahirah~ 5:10 p.m 23/1/2008

Kalau nak buat kerja rumah, shera kenalah perah otak sendiri. Ini adalah serba sedikit isi jawapan:

  • Sungai adalah sumber air. Manusia perlukan air untuk kehidupan.
  • Sungai adalah sumber makanan.
  • Tanah di lembah sungai adalah subur. Oleh itu, ia sesuai untuk pertanian.
  • Sungai boleh menjadi jalan pengangkutan dan pelayaran.

Aviator, 11:07, 23 Januari 2008 (UTC)[balas]

Mesti shera bru ting 1. sbb tajuk tuh hanya di chapter 1 history text book form 1. Depan skalik.
  • Idea saya sume macam Aviator. Jadi bley la ikut dia. Dulukan mana ada kerajaan maritim yang ada kerajaan agraria. Semuanya menggunkan sistem barter dan sara diri, jadi perdagangan kurang. Mereka juga mengamalkan sistem nomad. Mereka memilih untuk tinggal di gua,lembah sungai, tasik serta lelain. Lebey senang nak protect diri dan cari makan . PuteraLuqman Tunku Andre 11:17, 23 Januari 2008 (UTC)[balas]

Eh, mana ada shera ting 1 la. shera dah ting 4 la.

ahakz, sy bru ting 3. PuteraLuqman Tunku Andre 18:17, 26 Januari 2008 (UTC)[balas]
Hummm... Nak nasihat sikit. Jangan dedahkan terlalu banyak maklumat peribadi di sini. Bijak IT bijak Internet. Yosri 12:06, 28 Januari 2008 (UTC)[balas]
Ok, but sy hny tlis yg sy nih form 3. Aper yang tlalu pribadi sngt tuh. Sy bkannya bgtau no.phone atau NRIC kat dier. PuteraLuqman Tunku Andre 10:25, 29 Januari 2008 (UTC)[balas]

Betawiki: better support for your language in MediaWiki

Dear community. I am writing to you to promote a special wiki called Betawiki. This wiki facilitates the localisation (l10n) of the MediaWiki interface. You may have changed many messages here to use your language in the interface, but if you would log in to for example the Japanese language Wiktionary, you would not be able to use the interface as well translated as here. In fact, of 1,736 messages in the core of MediaWiki, 5.99% of the messages have been translated. Betawiki also supports the translation of messages for 126 extensions, with 2,174 messages. Many of them are used in WMF projects and they are vital for understanding the wiki. Currently 0.00% of the WMF extension messages have been translated. Translators for over 90 languages contribute their work to MediaWiki this way every month.

If you wish to contribute to better support of your language in MediaWiki, as well as for many MediaWiki extensions, please visit Betawiki, create an account and request translator privileges. You can see the current status of localisation of your language on MediaWiki.org and do not forget to get in touch with others that may already be working on your language on Betawiki.

If you have any further questions, please let me know on my talk page on Betawiki. We will try and assist you as much as possible, for example by importing all messages from a local wiki for you to start with, if you so desire.

You can also find us on the Freenode IRC network in the channel #mediawiki-i18n where we will be happy to help you get started.

Thank you very much for your attention and I do hope to see some of you on Betawiki soon! Thanks, GerardM@Betawiki

Memang teruklah, ada kemelesetan ekonomi di seluruh dunia

Lepas saya baru baca suratkhabar New Straits Times, bursa saham KLCI jatuh 3.8%. Kemelesetan ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia. Memang teruk gila. — Imran Al-Sahih 05:35, 23 Januari 2008 (UTC)[balas]

Yup sebab kejatuahan Dolar US. Tu lah kita perlu menambat kepada mata wang yang lebih kukuh tapi mata wang US lah yang sesuai dengan kita. Macam Tun.Dr.M. kata dulu tak nak ikut, buat Dinar Emas, kater tiru Euro. Skang saper yg terkene.LOL. PuteraLuqman Tunku Andre 18:20, 26 Januari 2008 (UTC)[balas]
sebab kemelesetan ekonomi Amerika menyebabkan Google melabur di Malaysia kerana ekonomi kita meyakinkan... izzudin 12:13, 27 Januari 2008 (UTC)[balas]