Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/3 Disember
Penampilan
3 Disember: Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa
- 1854 – Sekurang-kurangnya 22 orang maut apabila para pelombong di Kubu Eureka, Ballarat, Victoria, Australia, bertempur ganas dengan pihak polis dan tentera.
- 1959 – Bendera Singapura mula digunakan, enam bulan selepas Singapura mula memerintah sendiri dalam Empayar British.
- 1984 – Pembebasan tidak sengaja metil isosianit dan bahan kimia lain di Bhopal, India menyebabkan lebih 20,000 kematian dalam bencana perindustrian paling teruk di dunia.
- 1997 – Wakil 121 negara menandatangani Perjanjian Ottawa yang mengharamkan penggunaan periuk api anti-orang.
- 1999 – NASA terputus hubungan dengan Mars Polar Lander (gambar) sejurus ia tiba di atmosfera Marikh dan hilang.
Hari-hari sebelum: 2 Disember – 1 Disember – 30 November