Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/22 September
Penampilan
22 September: Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960); Hari Bebas Kereta di Eropah dan Kanada.
- 1776 – Kapten Nathan Hale, seorang perisik Angkatan Tentera Benua semasa Revolusi Amerika, digantung oleh tentera British.
- 1862 – Presiden Abraham Lincoln (gambar) meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, membebaskan semua hamba di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.
- 1869 – Opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh penggubah Jerman Richard Wagner, Das Rheingold, dipersembahkan di Munich.
- 1965 – Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan ketetapan menyeru gencatan senjata tanpa syarat dalam Perang India-Pakistan.
- 1980 – Iraq melancarkan serangan udara ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.
Hari-hari sebelum: 21 September – 20 September – 19 September