Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/18 September
Penampilan
18 September: Hari Kebangsaan di Chile
- 1809 – Teater kedua Royal Opera House di London dibuka selepas teater asal musnah terbakar setahun sebelumnya.
- 1895 – Daniel David Palmer (gambar) memberikan rawatan kiropraktik pertama kepada Harvey Lillard yang pekak.
- 1931 – Peristiwa Mukden: Satu bahagian Landasan Kereta Api Manchuria Selatan yang dibina Jepun dimusnahkan, kononnya oleh penentang China, memberikan dalih kepada Jepun untuk menawan Manchuria.
- 1961 – Kapal terbang yang membawa Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld terhempas dalam keadaan misteri berhampiran Ndola, Rhodesia Utara.
- 1998 – Pertubuhan bukan untung ICANN ditubuhkan bagi mengurus pemberian nama domain dan alamat IP Internet.
Hari-hari sebelum: 17 September – 16 September – 15 September