Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/12 Oktober
Penampilan
12 Oktober: Peringatan Columbus di beberapa negara Amerika; Hari Kebangsaan di Sepanyol (1492) dan Guinea Khatulistiwa (1968); Hari Kanak-Kanak di Brazil.
- 1398 – Lithuania dan Kesateria Teuton memeterai Perjanjian Salynas.
- 1810 – Oktoberfest pertama diadakan di Munich bagi meraikan perkahwinan Putera Ludwig I dari Bavaria (gambar).
- 1999 – Satu rampasan kuasa oleh Jeneral Pervez Musharraf menyingkirkan kerajaan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.
- 2000 – Dua pengebom berani mati menyerang kapal pembinasa Tentera Laut A.S. USS Cole semasa berlabuh di Aden, Yaman, membunuh 17 anak kapalnya.
- 2002 – Satu siri bom kereta meletup di Bali, Indonesia, mengorbankan 202 orang dan mencederakan 209 yang lain.
Hari-hari sebelum: 11 Oktober – 10 Oktober – 9 Oktober