Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/12 Mei
Penampilan
12 Mei: Hari Jururawat Antarabangsa
- 1551 – Universiti tertua di benua Amerika, Universiti Kebangsaan San Marcos diasaskan di Lima, Peru.
- 1937 – Raja George VI dari United Kingdom dimahkotakan di Westminster Abbey, tarikh asal pertabalan abangnya Edward VIII.
- 1941 – Jurutera Jerman Konrad Zuse menunjukkan Z3 (gambar replika), komputer automatik boleh atur cara sepenuhnya pertama di dunia, di Berlin.
- 1998 – Empat orang pelajar mati ditembak di Universiti Trisakti, Jakarta, membawa kepada rusuhan meluas dan akhirnya kejatuhan Presiden Suharto.
- 2008 – Satu gempa bumi sekuat 8.0 Ms melanda wilayah Sichuan, China, mengorbankan lebih 69,000 nyawa dan mencederakan lebih 374,000 lagi.
Hari-hari sebelum: 11 Mei – 10 Mei – 9 Mei