Wikipedia:Hari Jadi ke-18/Ucapan
Sempena hari jadi Wikipedia bahasa Melayu yang ke-18 ini, anda dipersilakan untuk membuat ucapan kepada Wikipedia serta komuniti Wikipedia di ruangan bawah.
Sila gunakan format ini:
=== Tajuk ===
Ucapan anda. ~~~~
Ucapan
[sunting sumber]Selamat hari Jadi!
[sunting sumber]Selamat Hari jadi Wikipedia Bahasa Melayu!
Saya nak cakap awal-awal sahaja :D
Selamat ulang tahun ke-18!
[sunting sumber]Dari Indonesia, saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun ke-18 Wikipedia bahasa Melayu! Semoga senantiasa bermanfaat bagi pembaca yang menggunakan bahasa ini di seluruh dunia. ··· 🌸 Rachmat04 · ☕ 02:01, 26 Oktober 2020 (UTC)
Selamat hari jadi ke-18!!
[sunting sumber]Terima kasih kepada semua ahli Wikipedia kerana telah melakukan sumbangan yang begitu ketara dalam Wikipedia ini. Saya berharap anda semua tidak jemu untuk menyumbang dalam membebaskan pengetahuan kepada segenap masyarakat. Sumbangan anda sangat bermakna walaupun tidak diketahui oleh kebanyakan para pembaca. Sempena Hari Jadi Wikipedia Bahasa Melayu pada hari ini, ayuh kita persiapkan 180 rencana! Terima kasih sekali lagi! - CyberTroopers bincang/sumbangan 02:07, 26 Oktober 2020 (UTC)
Selamat Hari Jadi, sama-sama kita teruskan perjuangan
[sunting sumber]Wikipedia Bahasa Melayu sebagai sebuah ensiklopedia berbahasa Melayu bebas merupakan salah satu laman sesawang terpenting bagi masyarakat yang bertutur dalam bahasa Melayu. Ia merupakan satu pusat maklumat bebas yang boleh dicapai oleh sesiapa jua yang perlukan pemahaman tentang sesuatu perkara. Segala yang kita lihat pada laman yang bersaiz lebih 340,000 rencana ini perlulah kita berterima kasih kepada kita semua sendiri sebagai penyumbang pada pembinaan satu gerbang informasi untuk kegunaan masyarakat dunia. Kita semua telahpun lama membina Wikipedia Bahasa Melayu, bukan sahaja selama 18 tahun ini sahaja, tetapi sejak sebelumnya lagi untuk mendapatkan satu laman khas di Wikipedia bagi versi Bahasa Melayu. Pencapaian kita pada 26hb Oktober 2002 untuk menubuh Wikipedia Bahasa Melayu merupakan satu penganugerahan yang besar bagi kita semua sebagai komuniti berbahasa Melayu, kerana tidak semua bahasa mempunyai laman Wikipedianya yang tersendiri. Oleh itu, terutamanya sempena Hari Jadi Wikipedia Bahasa Melayu ke-18, marilah kita sama-sama terus menyumbang kepada laman ini dengan menyunting dan mencipta rencana baharu agar kita dapat memelihara gerbang maklumat yang telah lama kita bangunkan ini. EmpAhmadK - (talk) 02:57, 26 Oktober 2020 (UTC)
Selamat ulang tahun !
[sunting sumber]18 tahun sudah Wikipedia beroperasi dalam bahasa Melayu. Kewujudannya memberi kesan kepada semua golongan sebagai rujukan awal dalam apa jua bidang - dari pelajar sekolah hingga orang dewasa. Seronok belajar menjadi penyunting sukarelawan dalam WBM, moga makin banyak dapat menyumbang selepas ini. #terimakasihWikipedia Zahirul Nukman (bincang) 03:34, 26 Oktober 2020 (UTC)
Selamat hari jadi
[sunting sumber]Semoga kesedaran masyarakat terhadap kesukarelawanan Wikipedia terus meningkat dan dapat mencapai 400,000 rencana pada masa yang terdekat! -- TofeikuBincang 03:53, 26 Oktober 2020 (UTC)
Selamat hari lahir
[sunting sumber]Semoga Wikipedia Bahasa Melayu boleh terus berkembang menjadi rujukan awal yang berkualiti tinggi untuk sesiapa sahaja dan di mana jua. محمد حكيمي (bincang) 06:00, 26 Oktober 2020 (UTC)
Selamat hari jadi ya!
[sunting sumber]Selamat hari jadi ke-18 Wikipedia bahasa Melayu! Semoga WBM terus berkembang dan kualitas artikelnya bertambah. Salam dari Indonesia! Blue Sonic (bincang) 03:37, 27 Oktober 2020 (UTC)