Wikipedia:Calon rencana pilihan/Zubir Said/arkib1
Zubir Said (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)
- Pencalon:Rachun Dunia (bincang) 16:37, 25 Julai 2020 (UTC)
Yang Berbahagia Tuan Haji Zubir Said B.B.M. (22 Julai 1907–16 November 1987) ialah seorang penggubah muzik untuk filem dan juga pencipta lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura". Seorang pemuzik yang diajar sendiri, Zubir juga bekerja sebagai penggubah skor dan penulis lagu untuk Cathay-Keris Film Productions selama 12 tahun, mengarang beberapa lagu untuk filem-filem Melayu terbitan syarikat itu. Beliau dipercayai telah menggubah lebih kurang 1,500 buah lagu, dengan sekurang-kurangnya 10% daripada mereka pernah dirakamkan. Karya Zubir telah dipandang sebagai lagu Melayu yang sebenarnya kerana lagu-lagunya berkaitan dengan sejarah dan nilai-nilai Melayu dan, bersama-sama orang Minang sezamannnya, membangkitkan semangat kebangsaan pada tahun 1950-an. Selain "Majulah Singapura", Zubir menggubah lagu patriotik Semoga Bahagia yang dijadikan lagu tema Hari Kanak-Kanak Singapura. Beliau menerima sejumlah penghargaan sehingga akhir hayatnya dan secara anumerta atas sumbangan beliau dalam bidang muzik dan kebudayaan Melayu di Singapura.
- Komen: Pencalonan kali pertama. Ia juga merupakan sebuah rencana baik. Wajar diangkat. Terima kasih. Rachun Dunia (bincang) 16:42, 25 Julai 2020 (UTC)
- Setuju - SNN95 Talk to me, beybeh! 11:06, 28 Julai 2020 (UTC)
- Setuju meow -Ricky250 14:56, 28 Julai 2020 (UTC)
- Sepakat untuk mengangkat Pak Zubir menjadi rencana pilihan untuk bulan yang akan datang walaupun, ternyata, perlu ada kemaskini kecil-kecilan. Azmi1995 23:41, 29 Julai 2020 (UTC)
- Komen: @Rachun Dunia: Saya baru perasan gambar yang digunakan tidak berlesen bebas. Buat masa ni, saya tidak membubuh dahulu gambar tu di paparan rencana pilihan. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:54, 31 Julai 2020 (UTC)