Wikipedia:Calon rencana pilihan/Februari 2018
Sistem Pengangkutan Gerak Cepat atau lebih dikenali sebagai MRT ialah sebuah sistem transit laju yang membentuk komponen utama dalam sistem kereta api di Singapura dan ia menjangkau di seluruh negara kota ini. Bahagian pertama sistem MRT ini iaitu di antara stesen Toa Payoh dan Yio Chu Kang telah dibuka pada 7 November 1987 dan ini menjadikannya sistem metro kedua tertua di Asia Tenggara selepas sistem Transit Aliran Ringan Manila. Rangkaian pengangkutan ini berkembang pesat sebagai hasil daripada tujuan Singapura untuk membangunkan jaringan kereta api menyeluruh sebagai tulang belakang bagi sistem pengangkutan awam di Singapura.
Perkhidmatan MRT ini dilengkapi dengan beberapa rangkaian kereta api Sistem Rel Ringan (LRT), di mana ia menghubungkan stesen–stesen MRT dengan estet−estet perumahan awam Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). Setakat tahun 2016, kedua-dua sistem MRT dan LRT berjaya merekodkan purata perjalanan penumpang harian seramai 3.27 juta. (Rencana penuh...)