Pergi ke kandungan

Wikipedia:Calon rencana pilihan/April 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandangan hadapan makam

Makam Xu Guangqi (Cina Ringkas: 徐光启墓, Cina Tradisional: 徐光啟墓, Pinyin: Xú Guāngqǐ mù) ialah makam milik Xu Guangqi, seorang pegawai pada masa wangsa Ming akhir di China, penyelidik, serta pemimpin dan penganut agama Katolik. Makam ini terletak di Taman Guangqi, daerah Xujiahui, Shanghai, China. Makam tersebut mempunyai keluasan sekitar sekitar 3,000 meter persegi (0.74 ekar), ketinggian 2.2 meter (7.2 ka) dan berbentuk bujur.

Dikelilingi dengan tembok granit, diatasnya ditumbuhi dengan rumput hijau dan di bahagian hadapan makam terdapat pokok-pokok cendana, araz dan suduayah. Di hadapan makam juga terdapat nisan yang bertulis lima aksara Han (徐光启之墓) yang bererti "Makam Xu Guangqi", di mana ia ditulis oleh Su Buqing. Di kiri dan kanan makam terdapat bangku batu, di depannya terdapat dua ekor patung kuda batu dari wangsa Qing serta biri-biri, gajah dan anjing yang masing-masing berpasangan serta satu salib besar. Di bahagian timur makam terdapat teres untuk beristirahat, di mana dalamnya terdapat prasasti berbentuk 12 buah buku yang berisi dengan gambar-gambar Xu Guangqi, koleksi catatan sejarah dari zaman akhir wangsa Ming dan awal wangsa Qing, "Catatan Xu Guangqi", manuskrip yang ditulis sendiri oleh Xu iaitu "Menyelidik Elemen Karya Euclid", serta tulisan peribadi dan surat-surat serta puisi dari wangsa Tang oleh Li Qi. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: