Wikipedia:Calon rencana pilihan/Age of Empires/arkib1
Age of Empires (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)
- Pencalon: EmpAhmadK (bincang · sumbangan · log) 06:49, 12 Oktober 2021 (UTC)
Age of Empires (Jawi: ءيج ءوف ايمڤايرس; Melayu: lit. Zaman Empayar) ialah satu siri permainan video strategi masa nyata berdasarkan sejarah, yang awalnya dikembangkan oleh Ensemble Studios dan diterbitkan oleh Xbox Game Studios (dahulunya Microsoft Studios). Permainan pertamanya ialah Age of Empires yang diterbitkan pada tahun 1997. Lapan jumlah permainan dalam siri ini telah dikeluarkan.
Permainan pertama di dalam siri ini, Age of Empires memfokuskan pada peristiwa di Eropah, Afrika dan Asia, merangkumi Zaman Batu hingga Zaman Besi; pek tambahannya pula memasuki tentang pembentukan dan pengembangan Empayar Rom. Sekuelnya, Age of Empires II: Zaman Raja-raja, ditetapkan pada Zaman Pertengahan, sementara pek tambahannya tertumpu sebahagian daripada penaklukan Sepanyol di Mexico, selain daripada beberapa tamadun lain. Permainan ketiganya, Age of Empires III menerokai zaman moden awal, ketika Eropah menjajah Amerika dan beberapa negara Asia mengalami kemerosotan. Keluaran utama keempat dalam siri ini, Age of Empires IV, sedang dalam proses pembangunan. Francais Age of Empires turut mempunyai keluaran sampingan bernama Age of Mythology, yang ditetapkan pada masa yang sama dengan permainan Age of Empires yang pertama, tetapi memfokuskan pada unsur mitologi tamadun Yunani, Mesir, dan Norse.
Cadangan rencana pilihan bagi bulan Oktober, sempena pengeluaran Age of Empires IV pada 28 Oktober ini. EmpAhmadK - (bincang) 06:49, 12 Oktober 2021 (UTC)