Wikipedia:Apakah itu rencana gotong-royong?
Penampilan
Sumbangan Pilihan Kandungan pilihan: Alatan rencana gotong-royong: Sebelum mencalon: |
Pencalonan rencana gotong-royong haruslah dibuat di Wikipedia:Calon rencana gotong-royong. Pemilihan akan didasarkan beberapa kriteria seperti:
- Kesesuaian rencana untuk dimajukan. - Antara perkara yang dikira dalam kriterion ini adalah kemudahan rencana yang dicalon untuk diperbaiki, sebagai contoh kesenangan mendapat sumber penyelidikan bagi rencana, kemudahan terjemahan, dan lain-lain.
- Keperluan rencana. - Rencana akan dipilih mengikut apa yang relevan kepada perkara semasa.
- Tarikan rencana. - Rencana yang dicalonkan mestilah berkait perkara yang am atau universal supaya dapat menarik minat sebahagian besar pengguna lain untuk memperbaikinya. Sebagai contoh, rencana yang berkait penyanyi atau pelakon popular mungkin akan menarik lebih ramai pengguna untuk menyumbang berbanding suatu rencana mengenai formula matematik.
- Rencana sedia ada. - Mulai 1 Oktober 2006, pemilihan rencana bulan ini dihadkan kepada rencana sedia wujud di Wikipedia bahasa Melayu sahaja. Pencalonan rencana yang belum wujud semasa pencalonan dilarang.