Pergi ke kandungan

Wikidot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikidot
Jenis/bentuk sahSyarikat swasta
IndustriDot-com
Ditubuhkan1 Ogos 2006
Ibu pejabatToruń, Poland
Tokoh pentingMichał Frąckowiak
KeluaranHos oleh Wiki
Tapak web(Inggeris) http://www.wikidot.com/
Twitter: wikidot Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wikidot.com merupakan sebuah servis rangkaian sosial dan perkhidmatan hos wiki, dibangunkan di Toruń, Poland. Wikidot Inc., yang memiliki dan menguruskan Wikidot.com, telah diperbadan di Delaware, Amerika Syarikat, iaitu Bahagian Korporasi, fail bernombor 4326793.

Wikidot.com telah dilancarkan pada 1 Ogos, 2006 dan menjelang tahun 2009 telah menjadi wiki farm (istilah yang turut merujuk kepada khidmat hos ini) ketiga terbesar di dunia[1], di mana 400,000 pengguna menguruskan 120,000 laman web di samping kandungan sebesar 3.9M ciptaan mereka sendiri (setakat 1 Oktober 2009). Wikidot.com telah berkembang dengan kadaran 400-500 pengguna baru setiap hari. Wikidot.com telah membesar dua kali ganda berbanding saiznya tahun lepas[2].

Sejarah ringkas

[sunting | sunting sumber]

Wikidot.com dimiliki dan diuruskan oleh Wikidot Inc., diperbadan di Delaware, AS pada tahun 2007 oleh Wikidot.com oleh pengasas Michał Frąckowiak dan sekumpulan pelabur. Wikidot.com dibangunkan di Poland dan diterbitkan sebagai sumber terbuka (open source) pada bulan Januari 2008. Wikidot Inc. mendapat hasil daripada pengiklanan dan perkhidmatan lain seperti lesen-lesen sokongan. Pejabat-pejabat operasi syarikatnya terletak di Toruń, Poland[1]

Wikidot telah sentiasa mendapat tempat dalam 10,000 laman-laman web oleh Alexa sejak awal tahun 2008, dan kini menduduki tempat pertama dalam lingkungan 4,000.[3]

  1. ^ a b Wikidot: Tentang kami
  2. ^ "Arkib Statistik Wikidot". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-02. Dicapai pada 2010-07-28.
  3. ^ Data statistik Alexa untuk Wikidot

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.