Webb's First Deep Field
Webb's First Deep Field (Lapangan Dalam Pertama Webb) ialah imej operasi pertama yang diambil oleh Teleskop Angkasa James Webb. Gambar lapangan dalam, yang meliputi kawasan kecil langit yang boleh dilihat dari Hemisfera Selatan, berpusat pada SMACS 0723, sebuah gugusan galaksi 4.6 bilion tahun cahaya dari Bumi dalam buruj Volans. Beribu-ribu galaksi kelihatan dalam imej, ada yang berumur 13 bilion tahun.[1] Imej itu ialah imej peleraian tertinggi alam semesta awal yang pernah diambil. Dirakam oleh teleskop kamera inframerah hampir (Near Infrared Camera, NIRCam), imej itu telah didedahkan kepada umum oleh NASA pada 11 Julai 2022.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Teleskop Angkasa James Webb (JWST) merupakan teleskop astronomi inframerah. Webb's First Deep Field diambil menggunakan instrumen NIRCam teleskop dan merupakan susunan beberapa gambar yang diambil dengan panjang gelombang berbeza-beza. Gambar ini memerlukan masa bukaan pengatup selama 12.5 jam.[2][3] Foto ini mampu menampilkan objek dalam panjang gelombang inframerah yang lebih jauh berbanding foto terjauh Teleskop Angkasa Hubble. Selain itu, masa bukaan pengatup yang diperlukan jauh lebih singkat berbanding Hubble yang memerlukan masa beberapa minggu. Teleskop angkasa ini telah mengorbit titik Lagrange kedua Bumi (L2) yang berjarak sekitar 1.5 juta kilometer dari Bumi sejak 24 Januari 2022. Di titik L2, tarikan graviti Matahari dan Bumi mampu menjaga pergerakan teleskop agar tetap segerak dengan pergerakan Bumi.[4]
SMACS 0723 ialah sebuah gugusan galaksi yang kelihatan di hemisfera selatan[5] yang sering diamati oleh Hubble dan beberapa teleskop lain di masa lampau.[4]
Dapatan saintifik
[sunting | sunting sumber]Gambar ini menampilkan gugusan galaksi SMACS 0723 pada 4.6 bilion tahun yang lalu.[3] Gambar dari Webb hanya merangkumi sebahagian kecil langit, setara dengan ukuran sebutir pasir yang diletakkan setakat panjang lengan manusia.[2] Sebahagian objek kosmik yang kelihatan pada gambar telah mengalami anjakan merah.[6]
Gabungan jisim galaksi-galaksi dalam gugus ini menyebabkan kesan kanta graviti yang membelokkan cahaya dari galaksi-galaksi di belakangnya. Oleh kerana NIRCam, banyak galaksi ditampilkan dengan jelas dan mempunyai butiran-butiran yang sebelumnya tidak pernah terlihat.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Gambar ini merupakan gambar alam semesta dengan resolusi tertinggi dan berada pada garis masa tertua.[7] Webb's First Deep Field juga merupakan gambar warna palsu pertama yang diambil oleh JWST.[8][2] Pelancaran gambar ke masyarakat umum dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dalam sebuah acara di Rumah Putih pada 11 Julai 2022.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Koordinat: 07h 23m 19.5s, −73° 27′ 15.6″
- ^ "Webb's First Deep Field (NIRSpec MSA Emission Spectra)". WebbTelescope.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 July 2022.
- ^ a b c d Garner, Rob (2022-07-11). "NASA's Webb Delivers Deepest Infrared Image of Universe Yet". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-11. Dicapai pada 2022-07-11.
- ^ a b "Webb's first deep field" (dalam bahasa Inggeris). European Space Agency. July 12, 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-12. Dicapai pada 2022-07-11.
- ^ a b c Overbye, Dennis; Chang, Kenneth; Tankersley, Jim (2022-07-11). "Biden and NASA Share First Webb Space Telescope Image". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-12. Dicapai pada 2022-07-12.
- ^ "SRELICS". IRAS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-12. Dicapai pada 2022-07-12.
- ^ Isabella Isaacs-Thomas (July 11, 2022). "Here's the deepest, clearest infrared image of the universe ever produced". PBS.
- ^ Strickland, Ashley (July 11, 2022). "President Biden reveals the James Webb Space Telescope's stunning first image". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-12. Dicapai pada 2022-07-12.
- ^ Chow, Denise (July 11, 2022). "The Webb telescope's first full-color photo is here — and it's stunning". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-12. Dicapai pada 2022-07-11.