Pergi ke kandungan

Watak Lain siri Nintama Rantarou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut adalah watak-watak lain yang banyak kali muncul dalam siri anime dan manga Nintama Rantarou. Kebanyakan mereka ialah ahli keluarga dan rakan-rakan ataupun kenalan Rantarou dan pelajar lain.

Panggilan Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Bapa Rantarou Encik Inadera
Bapa Rantarou merupakan ninja kelas ketiga dan menyara hidup sebagai petani. Dia sangat mementingkan kemahiran ninja sehingga mengatakan kepada anaknya yang dia tidak mahu menunjukkan identitinya sebagai ninja lalu menyebabkan dia menjadi petani. Walau apapun, sebagai ninja kelas ketiga, dia jarang dipanggil untuk berkhidmat. Maka, dia seinginnya mahu dikenali orang sebagai ninja yang hebat dan digeruni. Sebab itu, dia menghantarkan anaknya ke Sekolah Ninja untuk mengubah nasib dan menaikkan nama keluarganya. Dia turut menjual bekal makanan di medan perang. Ninja-ninja lain tidak mengecamnya sebagai ninja kerana dia sangat teruk. Sering bergaduh dengan isterinya.
Ibu Rantarou Puan Inadera
Ibu Rantarou juga merupakan bekas ninja wanita sezaman dengan suaminya. Dia amat tabah menguruskan kehdupan, cekal dan penyayang. Dia sering menyokong dan membantu suami dan anaknya, Rantarou, dalam banyak perkara.
Rikichi Yamada Rikichi
Rikichi adalah seorang ninja remaja yang sangat hebat dan dikagumi. Anak kepada Cikgu Yamada Denzou ini berumur 18 tahun dan seorang ninja bebas yang membolehkannya membuat kerja dengan sesiapapun seperti kontrak. Dia sangat sibuk sehingga ada sahaja kerja yang dilakukan jika tidak pulang bercuti dan selalunya ke medan perang. Dia juga sangat kacak (yang langsung tidak menyerupai bapanya) dan merupakan watak yang sangat popular walaupun jarang muncul.
Papa Shinbei Encik Fukutomi
Papa Shinbei merupakan pedagang yang kaya di bandar Sakai. Dia turut mempunyai kereta lembu sendiri. Walaupun begitu, dia amat baik dan pemurah serta sering mengambil tahu tentang anaknya. Dia berharap agar Shinbei lebih berdisiplin sebelum mewariskan perniagaan kepada anaknya itu dengan menghantarnya ke Sekolah Ninja.
Kameko Kameko Fukutomi
Kameko merupakan adik perempuan Shinbei yang berusia lima tahun tetapi sangat bijak dan sopan. Dia amat mengambil perhatian terhadap keluarganya sehingga semua perkara dalam keluarganya, dia yang uruskan. Ketegasannya menjaga keluarga membuatkan kadang kala abang dan bapanya jengkel. Walau bagaimanapun, dia membuat semua itu hanyalah untuk mengambil berat ahli keluarganya yang lain. Geli dengan lintah bulan.
Makinosuke Hanabusa Makinosuke
Orang yang menganggap dirinya sebagai pakar pedang nombor satu di dunia ini adalah seorang yang tolol. Kemahirannya dalam ilmu seni pedang langsung tidak dapat melawan mana-mana pakar pedang tetapi masih ingin mengalahkan semua pakar pedang. Musuh utamanya ialah Tobe Shinzaemon yang merupakan pakar pedang di Sekolah Ninja. Dia akan cuba melakukan apa sahaja untuk mengalahkannya termasuk cara yang paling kotor sekali. Kedegilannya membuatkan dia orang yang paling tidak disukai oleh semua warga Sekolah Ninja



Lihat juga

[sunting | sunting sumber]