Pergi ke kandungan

Senarai watak Claymore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Watak-watak dalam Claymore)

Rencana ini menyenaraikan watak-watak yang berkaitan dengan siri manga dan anime Jepun Claymore.

Seperti siri Norihiro Yagi yang sebelumnya iaitu Angel Densetsu, banyak nama-nama yang digunakan dalam Claymore berkait rapat dengan kesenian, khususnya ahli-ahli organisasi dan nama-nama tempat, misalnya seperti "Pable Mountains" (パブロ山 Paburo-san).

Rencana ini akan menggunakan nama-nama rasmi Inggeris untuk watak-wataknya seperti yang diterbitkan Viz Media. Watak-watak lain menggunakan transkripsi nama-nama tidak rasmi mereka, dan akan diubahsuai apabila nama-nama Inggeris mereka yang rasmi dikeluarkan.

Nama-nama penting yang telah diubah dalam versi Inggeris termasuklah Louvre dan Irena.

Setakat ini, nama-nama yang muncul dalam huruf-huruf Latin dalam versi Jepun yang asal adalah Clare dan Teresa.[1]

Kedudukan Claymore berikut berubah apabila mereka masuk atau keluar daripada organisasi mereka. Barisan sebelah kanan menyenaraikan "generasi-generasi" Claymore yang diketahui mengikut peredaran waktu (secara kronologi). Barisan sebelah kiri menyenaraikan Claymore dalam generasi Clare, iaitu protagonis utama siri ini; generasi Clare menyambung generasi Teresa dan disambung oleh generasi Clarice.

Templat:Spoiler

Zaman Clare

[sunting | sunting sumber]
  • Alicia (No. 1)
  • Beth (No. 2)
  • Galatea (No. 3)
  • Ophelia (No. 4)
  • Rafaela (No. 5)
  • Hilda (No.6, mati)
  • Miria (No. 6)
  • Eva (No. 7)
  • Flora (No. 8)
  • Jean (No. 9)
  • Undine (No. 11)
  • Veronica (No. 13)
  • Cynthia (No. 14)
  • Deneve (No. 15)
  • Eliza (No. 17)
  • Lily (No. 18)
  • Queenie (No. 20)
  • Helen (No. 22)
  • Zelda (No. 24)
  • Emelia (No. 27)
  • Wendy (No. 30)
  • Tabitha (No. 31)
  • Kathia (No.32)
  • Pamela (No. 35)
  • Claudia (No. 36)
  • Natalie (No. 37)
  • Karla (No. 39)
  • Yuma (No. 40)
  • Matilda (No. 41)
  • Juliana (No. 43)
  • Diana (No. 44)
  • Clare (No. 47)
  • Elena (Tidak diketahui)
  • Rakel (Tidak diketahui)
  • Kate (Tidak diketahui)
  • Lucia (Tidak diketahui)

Zaman Isley (Kelas 1)

[sunting | sunting sumber]

Zaman Riful

[sunting | sunting sumber]

Zaman Luciela

[sunting | sunting sumber]

Zaman Hysteria

[sunting | sunting sumber]

Zaman Rosemary

[sunting | sunting sumber]

Zaman Teresa

[sunting | sunting sumber]

Zaman Clarice

[sunting | sunting sumber]

Claymore yang terselamat dalam Kempen Utara

[sunting | sunting sumber]

Watak-watak Utama

[sunting | sunting sumber]
Clare
  • Kemunculan Pertama: Jilid 1 (Manga), Episod 1 (Anime)
  • Kedudukan #47
  • Jenis: Offensive

Disuarakan oleh: Houko Kuwashima

Clare (クレア, Kurea) merupakan protagonis siri ini. Keluarganya dibunuh sewaktu dia masih kecil lagi oleh seorang Yoma yang menyamar sebagai abangnya. Dia kemudiannya ditangkap seorang lagi Yoma selepas dihalau keluar oleh kampungnya, dan dijadikan alat penyamaran dan mainannya, selepas dirinya diseksa. Clare diselamatkan oleh Teresa dan mampu mengesan kesakitan dan pengasingan yang dilalui Teresa bersama-sama Yoma dan manusia. Clare kemudian mengikutinya selama beberapa hari tanpa menghiraukan makanan, rehat mahupun air. Pada mulanya Teresa cuba memulaukan Clare, tetapi dengan pantasnya mula membenarkannya mengembara bersamanya. Akhirnya, kedua-dua mereka menyukai sesama sendiri dan meneruskan perjalanan bersama-sama. Kewujudan seorang manusia yang penyayang di sampingnya telah mengembalikan sifat kemanusiaan dan kegembiraan yang telah lama lesap dari diri Teresa. Kehidupan mereka bersama terganggu sama sekali apabila Teresa dipaksa membunuh sekumpulan penjahat untuk menyelamatkan nyawa Clare. Organisasi tersebut menghantar empat Claymore mereka yang terbaik untuk melaksanakan arahan pembunuhan Teresa, yang kemudiannya dibunuh seorang makhluk Awakened iaitu Priscilla.

Clare yang tidak diserang Priscilla telah bersumpah untuk membalas dendam terhadapnya di atas kematian Teresa. Dia telah merayu kepada organisasi rahsia itu supaya mereka menggabungkan dirinya bersama-sama darah teresa. Maka, Clare merupakan kacukan Claymore pertama dengan 1/4 baka Yoma dalam dirinya, berlainan dengan kaumnya yang mempunyai 1/2 darah makhluk itu. Clare juga merupakan manusia yang pertama yang sudi menjadi Claymore dengan rela hati. Disebabkan nisbah Yoma yang kurang dalam dirinya, dia diberikan kedudukan #47 - pangkat yang paling rendah. Walaupun begitu, Clare berkongsi keupayaan Teresa yang mempunyai kekuatan mengesan Yoki yang kuat; cukup kuat untuk meramalkan serangan-serangan lawannya. Sama ada ini adalah disebabkan pewarisan secara biologi, kaedah Clare meniru perlakuan mentornya ataupun hanya sebagai taktik berlawan Awakened tidak dijelaskan.

Clare telah Bangkit semasa pertarungannya di Rabona, namun dengan pantasnya dia kembali kepada keadaan manusianya dengan bantuan Raki, maka dia tergolong dalam kategori "separuh Bangkit". Dia juga kehilangan tangan kanannya sewaktu perjumpaannya bersama-sama Ophelia, namun kemudiannya menerima tangan Ilena sebagai ganti, bersama-sama teknik Quick Sword (Pedang Pantas) tuan asalnya.

Clare separuh Bangkit.

Dalam Kempen Utara, Clare menyertai parti Flora. Selepas perkembangan kekuatannya dia mampu berlawan hampir sama taraf dengan kaptennya. Semasa pertarungannya dengan Ligardes Clare tanpa memikir masak-masak telah membangkitkan sebahagian daripada tubuh badannya, sambil mengekalkan sifat kemanusiannya secara mental. Tetapi dia tidak mempu mengembalikan dirinya selepas pertarungan tersebut. Jean mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Clare.

Tujuh tahun selepas pertarungannya di Kempen Utara sambil mengasingkan dirinya bersama-sama enam rakan-rakan seperjuangannya yang terselamat, dia sudahpun menguasai teknik Flora iaitu Windcutter (Pemotong Angin).

Buat masa sekarang, kedudukan lamanya, iaitu #47, telah diambil alih oleh Clarice. Clare bersama-sama enam Claymore yang terselamat daripada pertarungan Kempen Utara itu telah dianggap mati oleh para organisasi.

Raki
  • Kemunculan Pertama: Jilid 1 (Manga), Episod 1 (Anime)

Disuarakan oleh: Motoki Takagi

Raki berbicara dengan Clare buat pertama kali.

Raki (ラキ, Raki) ialah seorang budak lelaki yatim piatu. Ibu bapanya dibunuh seorang Yoma yang telah menyamar sebagai abangnya, Zaki. Yoma ini dibunuh Clare, tetapi disyaki sebagai seorang Yoma dan dihalau keluar pekannya. Clare pada asalnya berjanji untuk membawa Raki ke pekean seterusnya, namun mereka akhirnya mengembara bersama-sama disebabkan persamaan di antara zaman silam yang dikongsi mereka dan kehidupan Raki bersama-sama Clare adalah sehaluan dengan kehidupan Clare bersama-sama Teresa dalam berbagai-bagai cara. Raki juga mengambil berat tentang Clare, dan melindunginya tanpa sebarang keraguan. Sama ada hubungan mereka adalah hubungan persaudaraan ataupun romantik masih kurang jelas, meskipun Clare mengucup Raki sebelum mereka berpisah (juga dalam bab 80, di mana selepas tujuh tahun daripada cerita asal telah berlalu, Clare menunjukkan tanda-tanda kekecewaan apabila dia mendengar cerita daripada Cid bahawa Raki mungkin telah mempunyai seorang anak perempuan). Meskipun asalnya Raki merupakan 'Tukang Masak' Clare, dia membawa sebilah pedang suci yang diberikan kepadanya oleh Gark dan dia hanya menggunakan senjata tersebut dalam percubaan melindungi Clare.

Raki terpisah dengan Clare semasa pertarungannya dengan Ophelia dalam Jilid 7. Sejurus selepas itu, dia diculik oleh peniaga-peniaga hamba dan dihantar ke bahagian Utara. Dalam Jilid 10, dia berjaya melepaskan diri tetapi jatuh di bawah jagaan Isley dan Priscilla, walaupun Raki masih tidak menyedari identiti sebenar mereka sebagai makhluk Awakened. Priscilla 'diselamatkan' oleh Raki daripada beberapa bongkah batu besar yang hampir-hampir menghimpapnya. Isley mengatakan bahawa Raki patut "luangkan sedikit masa lagi untuknya (Priscilla)". Raki kemudiannya mula menuntut ilmu bertarung dengan pedang di bawah ajaran Isley.

Raki dewasa.

Raki muncul semula dalam bab ke-80, iaitu tujuh tahun selepas berlalunya cerita asal Claymore, mengembara dengan seorang gadis kecil yang menumpang di bahunya dan mampu mengesan lokasi dan identiti Yoma dalam samaran. Raki dilihat memakai perisai seperti seorang Claymore (mungkin sekali lebih kuat berbanding perisai Claymore kerana mampu menepis serangan Yoma) dan bersenjatakan sebilah pedang gergasi. Selain daripada tumbesaran fizikal Raki, kebolehan serta keberanian dirinya juga telah meningkat dengan dramatik, dilihat dalam pertempurannya dengan seorang Yoma yang berlaku dengan pantas dan mudah ditewaskannya, pada waktu yang sama mempamerkan refleks dan kepantasan yang serupa dengan seorang Claymore. Identiti sebenar gadis tersebut telah didedahkan sebagai Priscilla sendiri. Raki mengatakan bahawa Priscilla telah berhenti memakan manusia sejak beberapa tahun yang lalu, mengakibatkan tubuhnya mengecil. Dia juga menambah bahawa pada suatu masa Priscilla tidak akan mampu menahan dirinya daripada memakan manusia lain, namun jika masanya tiba, Raki sebagai penjaganya akan cuba menghentikan Priscilla, meskipun dia menganggap bahawa dia akan gagal dan sebaliknya dimakan oleh Priscilla sendiri. Hubungan Raki dan Isley pada waktu ini belum lagi diketahui.

Siri anime Claymore telah mengubah beberapa babak dalam plotnya; Raki mendapat tahu bahawa Priscilla ialah seorang Makhluk Awakened dan bekas seorang Claymore. Dia kemudiannya meninggalkan Priscilla dan Isley untuk bertemu dengan Clare, namun menyaksikan pula pertarungan Clare bersama Rigardo, di mana Raki telah mengejar Clare yang sedang menjejaki Priscilla. Pada akhir siri anime Claymore Raki dilihat mengembara bersama-sama Clare sekali lagi, selepas pertarungan Clare dan Priscilla berakhir, masing-masing terselamat.

Ahli-ahli Claymore

[sunting | sunting sumber]

Generasi Clare

[sunting | sunting sumber]
Helen
  • Kemunculan Pertama: Jilid 5 (Manga), Episod 9 (Anime)
  • Kedudukan: #22
  • Jenis: Offensive

Disuarakan oleh: Miki Nagasawa

Helen (ヘレン, Heren) berpangkat 22. Kuasa istimewanya ialah pemanjangan kedua-dua belah tangannya untuk mengikat lawannya. Helen ialah "separuh Bangkit", tetapi telah bertukar ke bemtuk manusianya. Dia merupakan teman Deneve. Helen bersifat panas baran, agresif, dan kadang-kala gemar membuli. Denever menyatakan bahawa Helen "selalu membuat kacau". Namun begitu, dia bersifat jujur dan mengambil berat akan rakan-rakannya.

Kali pertama mereka berjumpa, Helen tidak menyukai Clare disebabkan kedudukannya yang rendah dan kekuatannya yang lemah.[2] Tetapi Helen kemudiannya mula mengagumi gaya berlawan Clare dan mula menghormatinya.

Tujuh tahun selepas Kempen Utara berlali, dia telah mengembangkan kebolehan untuk menggunakan teknik Drill Blade (Pedang Gerudi) yang digunakan Jean.

Deneve
  • Kemunculan Pertama: Jilid 5 (Manga), Episod 9 (Anime)
  • Kedudukan: #15
  • Jenis: Defensive

Disuarakan oleh: Hana Takada

Deneve (デネヴ, Denevu) berpangkat 15 di kalangan Claymore. Dia merupakan salah satu daripada mereka yang "separuh Bangkit", dan kembali ke bentuk manusianya. Dia merupakan pahlawan defensive (pelindung) dan mampu menumbuh semula tangannya yang dihancurkan soerang lelaki Awakened. Dia mempunyai personaliti yang tenang dan empatetik (bagi seorang Claymore), namun dia cenderung menjadi seorang yang cerewat.

Walaupun personaliti mereka berbeza, Deneve merupakan sahabat dekat Helen dan mereka jarang berpisah.

Semasa Kempen Utara, Deneve yang telah menerangkan sebab-sebab kepada punca kuasa, perangai dan pedang lebihan Undine.

Buat masa ini dia membawa pedang bekas kaptennya, iaitu Undine yang telah gugur di pertempuran Utara buat kenangan.

Miria
  • Kemunculan Pertama: Jilid 5 (Manga), Episod 9 (Anime)
  • Kedudukan: #6
  • Jenis: Offensive

Disuarakan oleh: Kikuko Inoue

Miria (ミリア, Miria) merupakan Claymore #6. Dia mampu meningkatkan kepantasannya sehingga meninggalkan kesan bayang-bayangannya semasa pertempuran untuk mengelirukan lawan, tetapi buat seketika sahaja. Disebabkan teknik ini, dia dikenali sebagai "Lembaga Miria". Dia juga sangat mahir dalam hal-hal berpasukan dan taktik-taktik. Miria juga merupakan Claymore yang "Separuh Bangkit" dan secara senyap-senyap memberontak organisasinya, pada waktu yang sama cuba mencungkil rahsia mereka. Ini berpunca apabila Miria melaksanakan misi memburu makhluk Awakened, yang juga pada asalnya rakan karibnya, Hilda, yang telah Bangkit. Kejutan yang dirasainya telah memaksa Miria separuh Bangkit[3].

Maria pada awalnya diperkenalkan sebagai ketua sebuah skuad yang terdiri daripada Clare, Helen, dan Deneve yang telah dihantar membunuh seorang makhluk Awakened. Tetapi skuad tersebut tidak diberi notis awal bahawa lawan mereka adalah Awakened lelaki, dan mempunyai sifat-sifat yang lebih kuat berbanding Claymore yang baru sahaja Bangkit. Hanya bertemankan seorang Claymore berdigit satu dalam skuad mereka, kempat-empat Claymore tersebut hampir menemui ajal mereka, walaupun Clare dan Miria akhirnya berjaya menggunakan keupayaan istimewa dan kerja berpasukan mereka untuk mengalahkan musuh.

Selepas menyedari keselamatan mereka adalah tuah semata-mata, Miria mempercayai bahawa skuadnya telah ditikan dari belakang oleh organisasi mereka, justeru mereka dihantar untuk misi yang mengundang maut. Menurut teorinya, Miria dan skuadnya terdiri daripada Claymore dalam kategori "separuh Bangkit" dan dianggap mengganggu organisasi mereka. Selepas pertarungan tersebut, Miria memberitahu Clare, Helen dan Deneve bahawa dia telah mengungkapi salah satu rahsia gelap organisasi tersebut, tetapi tidak mendedahkan kepada mereka di atas sebab tidak ingin menggugatkan kedudukan mereka. Dia kemudiannya memberitahu mereka supaya tidak menonjolkan diri sehingga dia menghubungi mereka semula, jika mereka masih lagi hidup.

Miria juga merupakan ketua Claymore di Kempen Utara. Dia mempamerkan kemahiran taktikalnya dengan melonggokkan para Claymore yang berkumpul dalam kumpulan-kumpulan kecil supaya mereka mendapat pengalaman dalam bertarung dengan makhluk-makhluk Awakened, dengan purata kematian yang rendah. Dalam pertarungan pertama mereka bersama-sama tiga makhluk Awakened lelaki, ketelitian strateginya dikesan oleh salah seorang daripada mereka. Miria secara terus mengetuai Claymore yang berikut: Queenie (#20), Tabitha (#31) dan Yuma (#40). para Claymore yang bertarung pada waktu berikut terselamat melalui perancangan Miria yang teliti.

Semasa dalam pengasingan, dia telah mengembangkan kebolehan untuk mengekalkan kelajuannya yang singkat supaya dia mampu menggunakannya untuk jangka masa yang lebih lama, namun kepantasannya menurun dengan sedikit.

Namanya iaitu ミリア (Miria) boleh dieja sebagai "Miria" (nama pendek bagi Miriam) atau "Milia" (nama pendek bagi Emilia), manakala "Milia" adalah lebih tepat dari segi sebutan. Banyak juga nama-nama lain yang digunakan untuk mengeja namanya.[4]

Galatea
  • Kemunculan Pertama: Jilid 6 (Manga), Episod 10 (Anime)
  • Kedudukan: #3
  • Jenis: Defensive

Disuarakan oleh: Ai Orikasa

Galatea (ガラテア, Garatea) merupakan pahlawan Claymore defensive berpangkat 3. Dia adalah seorang yang unggul dari segi mengesan Yoki; dia mampu mengesan kehadiran Claymore lain, membaca emosi mereka serta melihat kelakuan mereka sungguhpun jaraknya yang cukup jauh daripada mereka.

Dia bertarung dengan Dauf di samping Clare dan Jean, dan membantu Clare mengawal kuasa Yomanya. Dalam bahagian baru kisah Claymore, dia diiktiraf sebagai pembelot, dan pada waktu ini sedang diburu Miata dan Clarice. Kedudukan #3 telah diberikan kepada Claymore lain, iaitu Audrey.

Ophelia
  • Kemunculan Pertama: Jilid 6 (Manga), Episod 11 (Anime)
  • Kedudukan: #4
  • Jenis: Offensive

Disuarakan oleh: Emi Shinohara

Apabila Ophelia (オフィーリア, Ofīria) masih kecil lagi, abang sanjungannya mati melindungi dirinya daripada Priscilla. Ini telah membangkitkan perasaan benci terhadap semua makhluk Awakened dan dia bersumpah untuk membalah dendam "raksasa bertanduk satu" itu.

Ophelia akhirnya menjadi Claymore berpangkat 4. Meskipun kuat, Ophelia menyukai pembunuhan dan pertumpahan darah. Dia membunuh orang lain secara sembarangan demi keseronokan dirinya sendiri, dan juga telah membunuh manusia lain sambil mengambil nyawa mereka yang menjadi saksi untuk mengelakkan dirinya daripada dihukum (termasuklah Claymore yang lain; namun ini hanya diakuinya). Dia juga gemar menyeksa dan bermain "permainan-permainan" ganas bersama-sama lawannya semasa bertarung. Claymore lain juga menganggap dirinya sebagai seorang gila.

Teknik berlawannya yang unik adalah dengan "mengalun" pedangnya dengan menghayunnya pada kelajuan yang tinggi. Teknik ini sukar dielak atau dihalang, meskipun lawannya mampu membaca pergerakannya, seperti Clare.

Ophelia Bangkit.

Ophelia dihantar untuk bertarung dengan seorang Awakened di samping Clare, sebaliknya dia cuba membunuh Clare dan Raki selepas mengesyaki keadaan Clare yang telah "separuh Bangkit". Dia hampir berjaya membunuh Clare, namun gagal apabila Ilena mencederakannya dengan teruk.

Selepas cedera parah dan dikalahkan lawannya, Ophelia naik darah dan melepaskan semua tenaga Yomanya dan akhirnya Bangkit menjadi sejenis makhluk serpentin yang serupa dengan Lamia dari mitologi Greek. Ophelia tidak menyedari bahawa dia telah Bangkit mahupun perasaannya yang mengidamkan daging manusia memuncak, sehingga dia melihat bayangannya di permukaan air di sebuah tasik. Dia kemudiannya dibunuh Clare dengan pertolongan teknik Quick Sword (Pedang Pantas) Ilena dan kecenderungannya ingin mati.

Perwatakan dan kematian Ophelia mempunyai beberapa persamaan dengan watak Ophelia dari drama Shakespeare iaitu Hamlet.

Rafaela
  • Kemunculan Pertama: Jilid 7 (Manga)
  • Kedudukan: #2 (Kelas 76), #5 (Kelas 78)
  • Type: Offensive

Rafaela (ラファエラ, Rafaera) pernah berpangkat 5 dalam kelas 78 Claymore. Tugasnya adalah untuk menghapuskan Claymore yang melanggar peraturan organisasinya. Rafaela mula-mula muncul sebagai pembunuh Ilena. Kuasanya dianggap setaraf dengan kakaknya Luciela, Claymore berkedudukan #1 sebelumnya.

Rafaela merupakan sebahagian daripada eksperimen organisasinya yang pertama menggunakan perhubungan roh untuk mengawal jiwa seorang makhluk Awakened. Eksperimen ini gagal, menyebabkan kakak kandungnya, Luciela, untuk menjadi makhluk Awakened dan dirinya untuk kehilangan sebelah mata, yang secara sengaja tidak disembuhnya. Selepas kejadian itu, dia menjadi Claymore tidak aktif dan pernah bertemu uat beberapa ketika dengan Teresa yang masih dalam latihan pada waktu itu.

Selepas organisasi itu kehilangan lima Claymore mereka yang berkedudukan tertinggi dalam Kelas 77 (Teresa, Priscilla, Ilena, Sophia dan Noel), organisasi tersebut telah mengaktifkan semula Rafaela untuk menyambung pertarungannya sambil menghulurkan maklumat berkaitan kakaknya sebagai ganjaran.

Dalam Jilid 12 dia akhirnya berjaya menemui kakaknya, Luciela, lalu mematahkan belakangnya selepas memeluknya. Dalam bahagian baru kisah Claymore, Audrey (#3) memberitahu Clare tentang khabar angin yang mengatakan bahawa Rafaela mati selepas tersangkut di tengah-tengah pertarungan di antara Mereka daripada Jurang di bahagian selatan.[5] Namun begitu, khabar angin ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

  • Kemunculan Pertama: Jilid 8 (Manga)
  • Kedudukan: #9
  • Jenis: Offensive
Jean Bangkit.
Jean

Jean (ジーン, Jīn) merupakan Claymore #9 dan seorang pahlawan jenis penyerang. Serangannya, berdasarkan simpanan tenaga dengan memutarkan tangannya dan melepaskannya dalam satu serangan, dikatakan paling dahsyat dikalangan rakan-rakan sebayanya. Dia bersifat serius dan penuh mulia.

Jean dan ahli-ahli kumpulannya (Katia dan Rakel) pernah ditangkap Dauf dan Riful. Selepas menghadapi seksaan yang berpanjangan, dia Bangkit, tetapi berjaya kembali ke bentuk manusiannya dengan bantuan Clare dan kesungguhan hatinya yang menakjubkan. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk mambalas semula budi Clare dengan mempertaruhkan nyawanya.

Dalam Kempen Utara, Miria menaiktaraf kedudukannya sebagai kapten kumpulan. Kumpulannya terdiri daripada Eliza (#17), Emelia (#27), Natalie (#37), dan Diana (#44). Selepas Clare membunuh Ligardes dan merayu agar dibunuh selepas melepasi had Yokinya, Jean mengorbankan nyawanya untuk membantu Clare kembali ke bentuk manusiannya, dengan itu budi Clare terbalas.

Alicia Bangkit.
  • Kemunculan Pertama: Jilid 11 (Manga)
  • Kedudukan: #1
  • Jenis: Offensive
Alicia

Alicia (アリシア, Arishia) ialah Claymore berpangkat 1. Dia bersama-sama kembarnya, Beth (#2), merupakan Claymore jenis yang baru yang direka cipta oleh organisasi mereka. Alicia mampu Bangkit dengan sepenuhnya, sambil mengekalkan kestabilan minda yang dikawal kembarnya melalui suatu perhubungan roh. Ini memberikan Alicia kekuatan seorang makhluk Abyssal tanpa dikawal nafsu untuk membunuh. Dia mempunyai personaliti yang terhad akibat latihan-latihan yang diterimanya sejak kecil hingga dewasa (mereka berdua diajar teknik berlawan dan pengawalan tenaga bersama-sama). Alicia digelar Dark Alicia dan berpakaian sut serba hitam.

Beth
  • Kemunculan Pertama: Jilid 11 (Manga)
  • Kedudukan: #2

Beth (ベス, Besu) ialah Claymore berpangkat 2. Dia dan kembarnya, Alicia, merupakan Claymore jenis yang baru, dicipta khas oleh organisasi rahsia mereka. Beth mampu mengawal minda kembarnya sejurus selepas dia Bangkit. Dia juga mempunyai personaliti yang terhad seperti Alicia. Namun, mereka masih mempunyai ibu dan bapa sewaktu mereka diambil organisasi tersebut, berlainan dengan Claymore yang lain di mana kebanyakan daripada mereka merupakan anak-anak yatim.

Flora
  • Kemunculan Pertama: Jilid 9 (Manga)
  • Kedudukan: #8
  • Jenis: Offensive

Disuarakan oleh: Miyu Matsuki

Flora (フローラ, Furōra) merupakan Claymore berpangkat 8 dengan nama gelaran "Flora Windcutter" (Pemotong Angin Flora) di atas teknik mengeluarkan pedangnya yang sepantas kilat, dipercayai mengalahkan kepantasan Claymore yang lain dalam tekniknya. Sebagai seorang kapten divisyen di Kempen Utara, dia telah mengetuai Claymore yang berikut: Lily (#8), Wendy (#30), Karla (#39) dan Clare (#47).

Selepas petembungan yang pertama di Kempen Utara, Flora telah mencabar Clare bertarung dengannya untuk menguji teknik pedang Windcutter miliknya dan teknik Quick Sword (Pedang Pantas) Clare. Hasilnya, Windcutter Flora diakui memiliki serangan yang lebih kuat dan tepat, manakala teknik Quick Sword Clare adalah lebih pantas.

Flora dibunuh oleh Ligardes.

Undine
  • Kemunculan Pertama: Jilid 9 (Manga)
  • Kedudukan: #11
  • Jenis: Offensive

Undine (ウンディーネ, Undīne) merupakan Claymore berpangkat 11 dan bersifat agresif dan terburu-buru. Tidak seperti Claymore yang lain, Undine menggunakan dua bilah pedang. Undine secara fizikalnya merupakan seorang wanita berbadan besar dan berotot-otot, namun ini adalah disebabkan perubahan bentuk badannya, dan pada asalnya berupa kecil dan halus. Deneve mencungkil zaman silam Undine, di mana pada zaman mudanya sebagai seorang Claymore, seorang rakan baiknya mati melindungi dirinya, dan dengan perasaan serba malu dia mengembangkan sikap dan bentuk badan yang dimilikinya sekarang. Salah satu pedang yang digunakannya pernah dimiliki rakan baiknya yang mati melindunginya.

Undine merupakan salah seorang daripada kapten divisyen di Kempen Utara, mengetuai Deneve #15), Zelda (#24), Claudia (#36) dan Juliana (#43).

Dia dibunuh oleh Ligardes sewaktu pertarungan kedua.

Cynthia
  • Kemunculan Pertama: Jilid 9 (Manga)
  • Kedudukan: #14
  • Jenis: Defensive

Cynthia (シンシア, Shinshia) merupakan Claymore berpangkat 14 dan seorang pahlawan defensif. Cynthia merupakan salah seorang daripada tujuh Claymore yang terselamat daripada peperangan di utara, di mana dia merupakan sebahagian daripada kumpulan Veronica pada waktu itu. Cynthia kelihatan gembira dan mempunyai personaliti yang sentiasa ceria walaupun kumpulannya telah menempuh pelbagai jenis cabaran.

Tabitha
  • Kemunculan Pertama: Jilid 9 (Manga)
  • Kedudukan: #31
  • Jenis: Defensive

Tabatha (タバサ, Tabasa) merupakan Claymore berpangkat 31. Dia pernah menjadi ahli kumpulan Miria dan merupakan salah seorang daripada tujuh Claymore yang terselamat daripada peperangan tujuh tahun lalu. Tabitha merupakan pahlawan defensif dan seperti Galatea, berupaya untuk mengesan Yoki pada jarak yang besar dan membezakan perasaan Claymore yang berada di kawasan itu. Dia bersikap serius dan setia terhadap Miria, meletakkannya dahulu daripada yang lain, maka dia merupakan "Pemantau" kumpulan Claymore itu.

Namanya iaitu タバサ (Tabasa) boleh dieja sebagai Tabatha atau Tabitha. Walaupun Tabatha merupakan ejaan yang paling tepat dari segi sebutan dan Tabitha boleh juga dieja sebagai タビサ (Tabisa), Tabitha secara amnya merupakan ejaan yang paling biasa digunakan. [6]

Yuma
  • Kemunculan Pertama: Jilid 9 (Manga)
  • Kedudukan: #40
  • Jenis: Defensive

Yuma (ユマ, Yuma) ialah Claymore berkedudukan #40, dan merupakan seorang pahlawan defensif, juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Miria di Kempen Utara. Dia kehilangan sebelah tangannya dalam pertembungan pertama, namun sempat menumbuhkannya kembali untuk pertarungan kedua. Dia kelihatan kurang keyakinan diri di kalangan ahli-ahli kumpulannya yang mengagumkannya dengan kekuatan mereka.

Walaupun Yuma wujud sebagai nama pertama, namanya mungkin dimaksudkan sebagai "Uma", yang selalunya dieja sebagai ユマ (Yuma) dalam bahasa Jepun. [7]

Imbasan Kembali

[sunting | sunting sumber]
Teresa
  • Kemunculan Pertama: Jilid 3 (Manga), Episod 5 (Anime)
  • Kedudukan: #1

Disuarakan oleh: Romi Paku

Teresa (テレサ, Teresa) merupakan Claymore yang terhandal dalam generasinya, dan terkenal dengan nama gelaran Teresa of the Faint Smile (微笑のテレサ, bishō no Teresa) (Teresa Bersenyuman Sayup) di atas reaksinya membunuh musuh-musuh tanpa kesukaran sambil mengukirkan senyuman di bibirnya. Dia sungguh kuat sehingga jarang menggunakan tenaga Yomanya melebihi 10% dalam pertarungan. Dia sangat berhati-hati tentang jumlah yoki yang digunakannya. Teresa mengambil alih Rosemarie yang merupakan pahlawan berpangkat 1 sebelumnya; selepas diturunkan pangkatnya, Rosemarie Bangkit dan akhirnya dibunuh Teresa.

Sebagai seorang Claymore, Teresa merupakan seorang pembunuh yang kejam, tidak mengendahkan orang lain, dan hanya menolong orang kampung kerana dia diarahkan berbuat demikian, dan gemar menggerunkan penduduk setempat. Perangainya berubah selepas berjumpa dengan seorang kanak-kanak perempuan bernama Clare yang diambil sebagai tahanan dan permainan seorang Yome. Pertemuan mereka membangkitkan perasaan simpati Teresa yang telah pudar dalam dirinya.

Akhirnya, Teresa meninggalkan Clare di sebuah pekan selepas mengalahkan musuhnya di situ. Dia percaya bahawa Clare akan gembira hidup di kalangan manusia sepertinya. Namun begitu, selepas meninggalkan pekan itu, Teresa ternampak sekumpulan penjahat menceroboh masuk kawasan pekan tersebut, dia lalu terus tergesa-gesa kembali untuk menyelamatkan Clare. Selepas melihat keadaan Clare yang berlumuran darah, Teresa naik darah di atas kejadian tersebut, dan bersumpah untuk membunuh mereka yang melakukannya. Penjahat-penjahat tersebut dibunuh Teresa yang hilang kawalan dirinya, sekaligus melanggar peraturan ketat organisasinya yang telah memberi amaran supaya golongan mereka, iaitu Claymore, tidak akan sama sekali membunuh seorang manusia dalam apa jua keadaan.

Disebabkan kesalahannya membunuh ramai manusia, organisasi Claymore telah mengumumkan hukuman bunuh ke atas Teresa. Mereka menghantar lima pahlawan Claymore yang diketahui kedudukan mereka untuk menjatuhkan hukuman ini ke atasnya. Teresa berjaya mencederakan mereka dalam proses hukuman tersebut tetapi mereka tidak dibunuh. Dengan ini, Teresa terselamat daripada hukuman bunuhnya dan menyatakan bahawa Clare merupakan sebabnya untuk meneruskan kehidupan.

Claymore berpangkat 2 hingga 5; Priscilla, Ilena, Noel, dan Sophia, telah dikumpulkan untuk membunuhnya. Teresa mengalahkan mereka tanpa sedikitpun melepaskan kuasa Yomanya. Dia secara sengaja melepaskan Claymore berpangkat 3 hingga 5, tetapi mengkhuatiri Priscilla selepas mengesan potensinya untuk menjadi lebih handal daripada dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, hubungannya dengan Clare telah melembutkan hatinya yang pada asalnya keras dan kejam, lalu melepaskan Priscilla. Dia kemudiannya meninggalkan pekan bersama-sama Clare, tetapi dikejar Priscilla yang hilang kawalan diri dan terus menyerang membabi buta. Dalam serangannya yang di luar kawalan diri, Priscilla secara tidak sengaja menggunakan tenaga Yoma dengan berlebihan, lalu Bangkit dalam proses itu, memancung kepala Teresa dan membunuh Noel dan Sophia dengan kejam. Ilena dicederakannya dengan parah.

Menurut Ilena, Teresa digelar "Teresa Bersenyuman Sayup" disebabkan senyumannya sahaja yang merupakan aset yang dimilikinya. Meskipun dia handal dari segi kelajuan, kekuatan dan ketangkasan, Claymore berkedudukan tinggi adalah lebih handal bertarung daripadanya dalam aspek-aspek tersebut. Apa yang membezakan Teresa dengan mereka adalah kelebihannya untuk mengesan aura Yoma. Apabila Yoma ataupun Claymore bergerak, mereka secara tidak langsungnya melepaskan tenaga Yoma ke bahagian-bahagian tubuh mereka yang digerakkan. Meskipun mana-mana Claymore mampu mengesan tenaga Yoma ini, hanya Teresa sahaja yang mampu mengesan di mana dan bila satu-satu Claymore atau Yoma itu menghantar tenaga Yoma ke bahagian badan mereka berserta jumlah tenaga yang dihantar mereka. Ini membolehkan Teresa untuk meramalkan pergerakan lawannya dalam pertarungan menjangkaui prestasi Claymore lain. Dia juga mempunyai jumlah tenaga Yoma yang tinggi dalam tubuh badannya. Di saat-saat sebelum kebangkitan Priscilla, Teresa mampu menghalang serangan-serangan Priscilla dengan menukar warna matanya sahaja, yakni hanya menggunakan beberapa peratus tenaga Yomanya.

Ilena
  • Kemunculan Pertama: Jilid 4 (Manga), Episod 7 (Anime)
  • Kedudukan: #3
  • Jenis Offensive

Disuarakan oleh: Minami Takayama

(Nama sebenarnya Irene disebabkan ejaan namanya berdasarkan sebutan dalam bahasa Jerman/Itali, tetapi ditukar kepada Ilena dalam versi bahasa Inggeris.)

Ilena (イレーネ, Irēne) pada asalnya merupakan Claymore berpangkat 2, tetapi diturunkan pangkat ke #3 apabila Priscilla menyertai organisasi itu. Oleh sebab popularitinya sebagai pahlawan yang licik menggunakan pedang, dia telah mendapat gelaran Quick Sword Ilena (高速剣のイレーネ, kōsokuken no Irēne) (Ilena Pedang Pantas). Dia melakukan teknik ini dengan menyalurkan segala tenaga Yoma dirinya kepada tangan yang memegang pedangnya. Dalam keadaan semulajadi, Ilena mempunyai tingkah laku yang tenang dan bijaksana.

Di saat pemburuan dan penjatuhan hukuman Teresa, makhluk Awaken, iaitu Priscilla, telah menyerang lalu memotong terus tangan kirinya. Dengan menyorokkan dirinya di gunung-ganang dan menggunakan kecekapan dirinya untuk menyembunyikan tenaga Yoma dirinya, organisasi Claymore menyangka bahawa dirinya telah terbunuh dan Ilena berjaya menipu mereka. Selang beberapa tahun kemudian, dia menyelamatkan Clare yang sedang berlawan dengan Ophelia. Clare yang mengenali Ilena telah mempelajari teknik Quick Sword (Pedang Pantas) daripada Ilena yang sudi mengajarnya. Bila tiba masanya untuk Clare menyempurnakan teknik ini seorang diri, dia menerima satu-satunya tangan yang bersambung di badan Ilena, iaitu tangan kanannya, untuk disambungkan ke tubuhnya yang juga kehilangan sebelah tangan selepas dipotong Ophelia. Selepas memotong tangannya, Ilena kini tidak mempunyai kedua-dua belah tangan.

Tambahan pula, selepas Clare meninggalkan Ilena yang merupakan bekas Claymore #3, dia telah bersemuka dengan Rafaela, yang telah dihantar untuk membunuh pembolos itu. Walaupun Ilena telah mampu menyembunyikan tenaga Yoma dirinya untuk beberapa tahun, latihan yang diberinya kepada Clare telah secara tidak langsung mengeluarkan arus tenaganya untuk dikesan organisasi yang telah diabainya. Ilena dianggap mati dibunuh Rafaela, namun, kejadian ini tidak dapat dipastikan [8]. Ilena juga telah menyatakan kepada Clare bahawa dia tidak akan mati dengan mudah. Kenyataan ini mungkin merupakan suatu petunjuk bahawa kemungkinan besar dia masih bernyawa.

Noel
  • Kemunculan Pertama: Jilid 4 (Manga), Episod 7 (Anime)
  • Kedudukan: #4 atau #5

Disuarakan oleh: Junko Takeuchi

Noel (ノエル, Noeru) terkenal dengan kelincahannya dan digelar Stormwind Noel (疾風のノエル, shippū no Noeru) (Noel Ribut Angin) dalam organisasinya. Dia sering bertelingkah bersama-sama Sophia untuk kedudukan #3. Noel bersikap terus-terang dan bersifat tomboi.

Noel merupakan salah seorang daripada parti Claymore #2 hingga #5 yang dihantar untuk pembunuhan Teresa, malangnya terbunuh oleh Priscilla yang Bangkit pada waktu itu.

Namanya iaitu ノエル (Noeru) boleh dieja sebagai Noel atau Noelle (kedua-dua nama ini disebut dalam intonasi yang sama). Noel pada asalnya adalah nama kaum lelaki, manakala Noelle adalah nama bagi kaum perempuan.

Sophia
  • Kemunculan Pertama: Jilid 4 (Manga), Episod 7 (Anime)
  • Kedudukan: #4 or #5

Disuarakan oleh: Megumi Toyoguchi

Sophia (ソフィア, Sofia) sering bertanding dengan Noel untuk kedudukan #3 dalam organisasinya. Meskipun mereka berdua adalah setaraf dari segi kekuatan, mereka bertarung dalam cara yang cukup berbeza. Disebabkan kekuatan dahsyat Sophia, dia digelar Muscular Sophia (膂力のソフィア, rīorīoku no Sofia) (Sophia Gagah) dalam organisasinya. Dia mempunyai adab berbahasa dengan lemah-lembut dan sopan, kecuali apabila bertengkar dengan saingannya, iaitu Noel.

Sophia adalah di antara Claymore yang berkedudukan #2 hingga #5 yang dihantar untuk pembunuhan Teresa, malangnya dia juga dibunuh Priscilla yang Bangkit pada waktu itu.

Babak Baru

[sunting | sunting sumber]
  • Kemunculan Pertama: Jilid 12
  • Kedudukan: #47
Clarice

Clarice (クラリス, Kurarisu) merupakan Claymore yang mengambil alih kedudukan Clare yang lama dalam organisasinya, iaitu #47. Dia merupakan kacukan tidak sempurna (warna rambutnya yang masih mempunyai warna asal adalah sebagai bukti). Tidak seperti kebanyakan Claymore, Clarice tidak mampu bertahan di bawah keadaan cuaca yang melampau. Tujuh tahun selepas Kempen Utara, dia dihantar ke bahagian utara untuk menyertai kumpulan memburu makhluk Awakened.

Kumpulannya ditangkap dalam suatu serangan hendap oleh beberapa makhluk Awakened. Ahli-ahli kumpulannya tercedera dan dia pengsan akibat serangan itu. Apabila dia terjaga, dia mendapati rakan-rakannya sedang menyembuhkan diri mereka dan lawan mereka tidak kelihatan, meninggalkan kesan darah yang besar sahaja. Dia kemudiannya menjumpai pedang-pedang 17 Claymore yang terbunuh dalam Kempen Utara tujuh tahun lalu, dan senjata mereka itu tertanam di permukaan kawasan bersalji itu. Clarice yang tidak mengetahui apa-apa, sebenarnya telah diselamatkan 7 Claymore dari perang tujuh tahun yang lalu: Clare, Miria, Helen, Deneve, Cynthia, Tabitha, dan Yuma. Rakan-rakannya menyangka bahawa mereka diselamatkan roh-roh Claymore yang terkorban di situ.

Dia kemudiannya melaporkan penemuannya kepada organisasi itu dan kemudian ditugaskan untuk membantu Claymore #4, iaitu Miata. Meskipun berpangkat 4, Miata didapatinya berkelakuan seperti seorang kanak-kanak, dan keadaannya juga kurang stabil. Lalu dia tertanya-tanya asal-usul kaumnya itu. Melalui kaedah "tidak ortodoks", Clarice berjaya menenang dan menstabilkan minda Miata. Berpuas hati dengan pencapaian Clarice yang berjaya "mengawal" minda Miata, organisasinya terus menghantar mereka untuk memburu pengkhianat mereka, iaitu Galatea.

  • Kemunculan Pertama: Jilid 12
  • Kedudukan: #9
Nina

Nina (ニーナ, Nīna) ialah Claymore berpangkat 9. Dia bersifat kejam and ganas, cukup mahir dalam taktik-taktik, tetapi lemah merancang strategi. Dia merupakan kapten sekumpulan Claymore yang ditugaskan membunuh seorang Awakened. Namun begitu, mereka diserang hendap dan ditewaskan tiga makhluk tersebut. Mereka kemudiannya diselamatkan tujuh Claymore yang terselamat daripada Kempen Utara yang berlaku 7 tahun lalu.

Nina memanggil serangannya Shadow Chaser (Pengejar Bayangan), disebabkan sifatnya menyerang dengan mengesan aura Yoma lawan.


  • Kemunculan Pertama: Jilid 12
  • Kedudukan: #3
Audrey

Audrey (オードリー, Ōdorī) ialah Claymore berpangkat 3. Dia bersifat bangga diri tetapi beradab sopan. Dia menggunakan pedangnya untuk memesongkan serangan lawannya tanpa menggunakan tenaga yang tinggi. Riful menggelar teknik ii sebagai soft sword (pedang lembut). Kumpulan Audrey berniat menewaskan Riful, tetapi akhirnya terpaksa diselamatkan Clare, Miria Deneve dan Helen. Sebagai membalas budi mereka, Audrey memberitahu mereka bahawa Galatea masih lagi hidup tetapi telah membelot organisasinya. Audrey juga merupakan rakan baik Rachel.

  • Kemunculan Pertama: Jilid 12
  • Kedudukan: #5
Rachel

Rachel (レイチェル, Reicheru) ialah Claymore berpangkat 5. Tingkah-lakunya bertentangan dengan Audrey, dan bersifat panas baran. Dia mampu melakukan sejenis serangan yang kuat dengan menahan mata pedangnya (contohnya di permukaan tanah) lalu menyalurkan tekanan yang tinggi sebelum melepaskannya daripada tekanannya seperti spring. Teknik ini boleh juga dilakukan tanpa meletakkannya di permukaan tanah dengan pertolongan senjata seorang rakan sebagai alat tekanan untuk pedangnya. Riful menggelar serangan ini sebagai 'steel sword (pedang besi).

  • Kemunculan Pertama: Jilid 12
  • Kedudukan: #4
Miata

Miata (ミアータ, Miāta) ialah Claymore berpangkat 4. Dia dikenali sebagai Blood Eyes (Mata Darah). Kuasanya terletak di sisi deria-derianya yang tajam dan kekuatannya yang luar biasa (dia mampu membunuh Yoma biasa dengan tangannya sahaja[9]). Apabila Clarice pertama kalinya berjumpa dengan Miata, dia mendapati sifat sebenar Miata sebagai seorang kanak-kanak yang kurang stabil dan kekuatannya yang mengerikan. Miata mempunyai suatu obsesi yang dahsyat terhadap ibu bapanya dan melepaskan obsesinya terhadap Clarice yang dilayannya sebagai ibunya (Clarice kadang-kala terpaksa menyusukan Miata). Miata akan berpangkat lebih tinggi jika dia lebih stabil, dan menurut sumber, dia mempunyai potensi untuk menjadi #1. Mereka berdua pada waktu ini sedang memburu Galatea.

Kebolehan unik Miata adalah kekuatan deria-derianya termasuklah deria visual, deria bau, deria pendengaran, deria rasa dan deria sentuhannya. Semua ini membolehkannya untuk bertarung mengikut nalurinya tanpa bergantung kepada pengesanan Yoki.

Ahli-ahli Organisasi

[sunting | sunting sumber]

Meskipun golongan Claymore adalah sebahagian daripada Organisasi mereka, mereka dilayan ketua-ketua organisasi ini hanya sebagai "alatan" bagi kegunaan mereka. Organisasi ini adalah berdasarkan daerah timur Sutafu.

Rubel

Disuarakan oleh: Hiroaki Hirata

Kemunculan pertama - Jilid #1 ; Juga dikenali sebagai "Lelaki Berpakaian Hitam"

Rubel (ルヴル, Ruvuru) merupakan seorang lelaki berkulit putih, kurus dan berpakaian serba hitam. Dia adalah di antara mereka yang memberi arahan kepada pahlawan Claymore dan mengutip bayaran daripada manusia yang mengupah askar-askar mereka. Dia menerima Clare untuk menyertai organisasi itu dan menjaganya. Kehidupannya adalah abadi dan keadaannya tidak berubah (dari segi fizikal) daripada kehidupan Teresa semasa kecil sehingga babak baru siri ini.

Namanya diubah sedikit dalam versi Inggeris, menggantikan ヴ (vu) dengan perkataan "be"; ianya tidak dapat dipastikan sama ada ini disebabkan kesalahan membaca Katakana ataupun disengajakan. Namanya diambil sempena Muzium Louvre (ルーヴル Rūvuru dalam Katakana). Setiap ahli organisasi ini dinamakan daripada muzium seni popular di seluruh dunia. [10]

Orsay

Disuarakan oleh: Houchu Ohtsuka

Orsay (オルセ, Oruse) merupakan seorang lagi ahli organisasi ini. Tiada maklumat tambahan yang didedahkan tentangnya setakat ini, namun dia pernah ditugaskan menjaga Teresa. Namanya diambil sempena Musée d'Orsay (オルセー Orusē dalam Katakana).

Ermita

Disuarakan oleh: Chou

Ermita (エルミタ, Erumita) merupakan salah satu ahli organisasi ini, ditugaskan menjaga Galatea dan Miria. Namanya diambil sempena Muzium Hermitage.

Rado

Rado (ラド, Rado) merupakan ahli organisasi ini yang ditugaskan menjaga Clarice. Namanya diambil sempena Museo del Prado (プラド Purado dalam Katakana).

Rimuto

Disuarakan oleh: Nachi Nozawa

Rimuto (リムト, Rimuto) merupakan ahli yang berpangkat tertinggi yang ditunjukkan setakat ini.[11]Namanya diambil sempena nama akhir seorang pelukis terkenal, iaitu Gustav Klimt (クリムト Kurimuto dalam Katakana) walaupun dalam versi Inggeris, ianya diubah menurut transkripsi terus daripada ejaan nama Katakananya.

Makhluk-makhluk Awakened

[sunting | sunting sumber]

Priscilla

[sunting | sunting sumber]
Kemunculan pertama- Jilid #4
  • Kedudukan #2

Disuarakan oleh: Aya Hisakawa

Prisclla (Claymore).

Priscilla (プリシラ, Purishira) dinaikkan pangkat ke #2 selepas menyertai organisasi Claymore dalam jangka masa yang singkat. Dia cukup kuat sehingga mampu bertarung dengan kuasa Yoma dirinya disimpan dengan sepenuhnya, dengan ini dia mampu menyembunyikan dirinya daripada golongan Yoma dan kaumnya sendiri. Menurut Ilena, ini menjadikannya Claymore yang terbaik untuk bertarung dengan Teresa kerana kebolehan utama Teresa adalah untuk mengesan tenaga Yoma.

Priscilla menjadi Claymore selepas seorang Yoma mengambil alih jasad ayahnya, kemudian membunuh keluarganya di hadapan dirinya. Namun dia berjaya memancung kepala makhluk itu, maka kejadian ini telah membentuk suatu sifat keadilan dalam dirinya.

Priscilla (Bangkit).

Meskipun kuat dan berpotensi untuk menjadi #1, Priscilla sebenarnya masih mempunyai tubuh seorang budak kecil dan kurang kekuatan dari segi mental apabila dia ditugaskan untuk membunuh Teresa. Sifat keadilan yang wujud dalam diri Priscilla telah menolak pandangan yang bertentangan dengan kepercayaan dirinya sendiri: setiap kesalahan manusia adalah sama ada betul atau salah menurutnya, dan tidak mempunyai ruang "neutral". Dalam kebenaran, Priscilla seorang sahaja yang percaya sepenuhnya bahawa Teresa harus dan patut dihukum bunuh.

Kepercayaan dirinya yang buta ini akhirnya telah mengakibatkan dirinya untuk kehilangan segala sifat kemanusiaan dan altruisme selepas dikalahkan Teresa. Dipenuhi perasaan keliru dan pelik selepas dirinya yang penuh keadilan gagal mengalahkan seorang pembunuh kejam, dia menyerang Teresa membabi buta, Priscilla tidak menyedari dirinya melepaskan terlalu banyak tenaga Yoma dan akhirnya Bangkit. Sekelip mata perasaan ingin membunuh timbul di dalam dirinya, lalu Priscilla terus memancung kepala Teresa, mencederakan tangan kiri Ilena dan membunuh Noel dan Sophia di hadapan Clare yang penuh kebingungan, kegentaran dan kesedihan sebelum terbang jauh ke kawasan lain.

Persoalan tentang kehidupan Clare pada waktu itu masih belum dikenalpasti. Menurut Riful, Priscilla telah membunuh setiap manusia yang dijumpainya dalam setiap pekan yang dikunjunginya sebagai makhluk Awakened, biarpun mereka lelaki, perempuan ataupun budak kecil. Seperti Clare, Priscilla tidak membunuh budak kecil yang dijumpainya, dan dikatakan mereka "tidak dipandangnya sekelip matapun."[12]

Priscilla (Kanak-kanak).

Sebagai makhluk Awakened, Priscilla kelihatan sebagai makhluk berupa manusia dengan sepasang sayap, dengan ketinggian lebih kurang 2m dengan satu tanduk di dahinya. Dalam babak kemudiannya, dia menyertai Isley iaitu seorang Abyssal One (Mereka daripada Jurang), selepas Isley dikalahkannya. Sewaktu pertarungannya bersama-sama Isley, dia mendemonstrasikan kebolehan-kebolehan luar biasa seperti penyembuhan, dan kebolehan untuk mengubah lengannya menjadi senjata-senjata berhelai-helaian untuk menghancurkan setengah daripada perut kanan Isley, meskipun perutnya sendiri ditikam Isley.

after she defeats him in battle. During the battle with Isley, she demonstrates superhuman abilities of rejevnation; and ability to morph her arms into strip-like appendages to break Isley's right torso, even while her own torso is being skewered at the same time. Riful originally said that Isley had defeated her, but after encountering them, she now believes that Priscilla is actually stronger than any of the Abyssal Ones, including Alicia, and is Isley's master. After Priscilla managed to destroy half of Isley's Awakened Form in an instant, he swore to serve her. Riful dari saat awalnya mengatakan bahawa Isley telah mengalahkan Priscilla, tetapi selepas berjumpa dengan mereka, Riful cepat-cepat percaya bahawa Priscilla adalah makhluk yang lebih kuat daripada mana-mana Abyssal One yang lain, termasuklah Alicia, dan merupakan ketua Isley. Selepas Priscilla berjaya menghancurkan setengah daripada tubuh Isley dalam bentuk Bangkitnya, dia segera akur kepada perintah Priscilla dan berjanji untuk membantunya dalam apa jua kehendaknya.

Pada waktu ini, Priscilla berkelakuan sebagai seorang kanak-kanak manusia yang biasa, dan sering berdamping di sisi Raki untuk sebab-sebab tertentu. Tingkah laku Priscilla baru-baru ini telah membangkitkan suatu spekulasi bahawa dia telah kehilangan memorinya.

Rosemarie (Bangkit).
Rosemarie
  • Kemunculan Pertama: Kisah Teresa
  • Kedudukan Lama: #2

Rosemary (ローズマリー, Rōzumarī) merupakan bekas #1 dalam organisasinya, tetapi diturunkan pangkat apabila Teresa menggantikan tempatnya. Rosemarie berpura-pura menerimanya, namun dia mula membenci dan perasaan cemburunya memuncak terhadap Teresa. Perasaannya ini akhirnya mengakibatkan dirinya Bangkit. Beberapa ketika kemudian, dia menghantar kad hitam kepada Teresa untuk memerangkap Teresa ke suatu kawasan terbiar. Malangnya, Teresa berjaya membunuhnya seorang diri, dan berita tentang kematiannya kurang diketahui orang lain.

Agatha (Bangkit).
  • Kemunculan Pertama: Bab 75
  • Kedudukan Lama: #2

Agatha (アガサ, Agasa) merupakan bekas claymore #2. Selepas kebangkitannya, Agatha telah menyembunyikan dirinya di bandar suci Rabona. Akhirnya, Galatea telah mengetahui akan kedudukan Agatha di bandar tersebut, lalu telah menyembunyikan tenaga Yoma dan menunggu kedatangan ahli-ahli lain yang dihantar oleh organisasi untuk mencarinya. Apabila Galatea telah ditemui oleh Miata dan Clarice, dia telah membawanya ke Agatha, berakhir dengan suatu pertarungan di antara Miata, Galatea, dan Agatha. Dalam pertarungan ini Galatea telah kehilangan tangannya menerusi serangan Miata apabila dia sedang bertempur dengan Agatha.

Bentuk bangkit Agatha berupa seperti sejenis makhluk besar berkaki lapan di mana tubuh badan manusia Agatha terletak di atasnya, bersambung menerusi rambutnya. Badan sebenarnya terletak di bawahnya. Untuk mencederakan badan manusiannya, rambutnya haruslah dipotong. Dia telah membunuh para tentera dan menggunakan darah mereka untuk "menghilangkan rasa dahaganya." Dia juga telah bertanya kepada Cid untuk melakukan hubungan seks dengannya. Nama gelarannya ialah "Agatha Berdarah Segar" (鮮血のアガサ, Senketsu no Agasa). Agatha, yang ditentang hebat oleh tujuh pahlawan Claymore misteri, akhirnya dibunuh oleh Clare.[13]

Dauf (bentuk manusia).
Dauf - (Bangkit).
  • Kemunculan pertama: Jilid 8 Episod 15
  • Kedudukan: #3
  • Jenis: Offensive

Disuarakan oleh: Kenji Hamada

Dauf (ダフ, Dafu) merupakan bekas Claymore berkedudukan #3 dalam generasinya. Dia juga merupakan kekasih dan pengikut setia Riful, membantunya menyeksa Claymore yang tertangkap. Sebagai makhluk Awakened, Dauf kelihatan seperti manusia gergasi, dengan kekuatan yang tinggi dan perisai besi yang keras. Dia mampu mencipta rod-rod daripada perisainya (selalunya daripada tangan, belakang dan mulutnya), menembak palang-palang berikut seperti peluru. Walaupun begitu, Dauf kurang cerdik dan kurang kemahiran bertaktik. Dengan ini, Riful terpaksa menyelamatkan nyawanya daripada Clare, Galatea dan Jean. Dauf sangat bergantung terhadap Riful dan takut ditinggalkan Riful.

Rigardo (bentuk manusia).
Rigardo (Bangkit).
  • Kemunculan pertama: Jilid 10
  • Kedudukan: #2
  • Jenis: Offensive

Rigardo (リガルド, Rigarudo) merupakan bekas Claymore berkedudukan #2. Dia bekerja untuk Isley sewaktu Kempen Utara. Nama gelarannya ialah "Raja Singa Bermata Perak" (Silver-Eyed Lion King) yang kurang digemarinya untuk sebab-sebab tertentu. Dalam bentuk Awakened Rigardo, dia mempunyai persamaan dengan seekor singa berbentuk manusia lebih kurang 3 meter dalam ketinggian. Semasa Kempen Utara dijalankan, dia membuat keputusan untuk membunuh lima Claymore yang terkuat yang hadir di perang tersebut, juga merupakan kapten kumpulan, termasuklah Miria, Flora, Jean, Veronica, dan Undine selepas mendapati bahawa kepimpinan mereka menguatkan semangat mereka. Miria seorang sahaja yang terselamat daripada seranganya.

Dia sengaja menghiraukan Claymore yang dianggapnya lemah; akhirnya dibunuh Clare, yang selepas melihat kematian Flora, hampir membangkitkan dirinya sendiri.

Rigardo juga dikalahkan dengan mudah oleh Priscilla, yang ingin dibunuhnya di atas arahan Isley.

Makhluk-makhluk Jurang (The Abyssal Ones)

[sunting | sunting sumber]

Dalam sejarah organisasi Claymore, pernah terdapat tiga jumlah kes melibatkan pahlawan Claymore berkedudukan #1 Bangkit. Dikenali sebagai "Tiga yang Berkuasa"[14], mereka dianggap yang paling kuat dan bahaya di kalangan makhluk Awakened. Namun begitu, mereka besifat menyendiri, justeru dikenali sebagai "Makhluk-makhluk Jurang" (深淵の者, Shinen no mono, secara literal bermaksud "Mereka daripada Jurang"). Sebagai tambahan kepada kuasa tersendiri mereka, Makhluk-makhluk Jurang adalah lebih bijak dan mempunyai kawalan diri yang lebih baik berbanding makhluk Awakened biasa.

Riful (bentuk manusia).
Riful - (Bangkit).
Kemunculan pertama - Jilid #8
  • Kedudukan Lama #1

Disuarakan oleh: Nana Mizuki

Riful (リフル, Rifuru) merupakan bekas Claymore #1 dalam generasi Claymore wanita yang pertama. Dia adalah Claymore yang paling muda yang pernah Bangkit. Dia kelihatan aneh dan riang, namun disebalik ini tingkah-lakunya penuh dengan kegilaan dan tiada sifat perikemanusiaan. Dia hidup di daerah Barat dan berniat untuk mencipta makhluk Awakened daripada Claymore yang kuat-kuat menerusi seksaan. Ini adalah sebahagian daripada perjuangannya menentang Isley, iaitu ketua daerah Utara.

Jean, Clare, dan Galatea mendapat perhatian Riful sebagai "kadet" tambahan di masa hadapan, dengan ini dia berputus untuk menunggu sedikit lagi untuk mereka menjadi lebih berkuasa sebelum membangkit mereka. Dia juga telah memberi amaran kepada mereka bahawa Isley tidak akan berkelakuan selembutnya apabila dia mengalahkan mereka dalam Jilid 9. Riful juga mengatakan bahawa satu-satunya jalan untuk mengalahkan Isley ialah dengan menyertainya sebagai para Awakened. Kekasihnya ialah Dauf. Dalam bentuk Awakenednya, dia serba hitam dan mampu memutuskan dirinya kepada beberapa helaian. Dia menggunakan kebolehannya ini untuk mengelak daripada dicederakan serangan daripada pedang.

Dalam bahagian (babak) baru siri Claymore, Riful telah cuba untuk mengambil Audrey dan Rachel untuk menyertainya dikalangan Claymore yang lain. Dia menyatakan bahawa dia memerlukan Claymore yang mampu mengesan dan mengubah tenaga Yoma. Dia memerlukan mereka untuk "sesuatu yang istimewa" yang dijumpainya, yang dipercayainya mampu mengubah jurang perbezaan kuasa di antara dirinya dan Isley-pakatan Priscilla.[15]

Isley - (Bangkit).
Kemunculan pertama - Jilid #10
Isley - (bentuk manusia).
  • Kedudukan Lama #1

Disuarakan oleh: Kouji Yusa

Isley (イースレイ, Īsurei) merupakan bekas Claymore lelaki yang pernah berkedudukan #1 dalam Kelas 1. Dalam bentuk manusiannya, dia mempunyai rambut berwarna perak yang panjang, maka dia digelar "Raja Perak Putih" (White Silver King). Kekasihnya ialah Priscilla dan dia menghuni daerah Utara. Dalam bentuk Awakenednya, dia kelihatan seperti seekor sentora (makhluk berkepala manusia dan berbadan kuda) berwarna hitam, di mana tangan kanannya berfungsi sebagai sejenis tombak dan tangan kirinya sebagai perisai atau alat pemanah. Dia mampu menembak anak panah istimewa dengan kemahiran yang luar biasa.

Isley memulakan Kempen Utara untuk membunuh Luciela dan mengambil alih daerah selatan dan menjadi kuasa yang menyeluruh, menghancurkan apa-apa kemungkinan atau pakatan yang boleh dilakukan di antara Luciela dan Riful menentang dirinya dan Priscilla. Isley mengorbankan pengikutnya untuk mengalih perhatian organisasi dan Riful, sambil dengan penuh berhati-hati, bergerak ke arah Luciela untuk mengambil nyawanya. Organisasi menghantar 24 orang Claymore untuk memperlahan sekutu Isley, pada masa yang sama mereka menyediakan Alicia untuk kawalan pembangkitan.

Seaktu Kempen Utara berjalan, dia berjumpa dengan Raki dan menyelamatkannya. Kemudian apabila Raki memujinya akan kehebatannya menggunakan pedang, Isley setuju untuk menjadi guru Raki dan mula mengajarnya seni menggunakan pedang. Isley menyatakan bahawa Raki mengingatkan mempunyai persamaan dengan dirinya semasa dia masih lagi remaja. Isley kini menghuni daerah selatan yang baru dikuasainya bersama-sama dengan Priscilla.

Luciela - (Bangkit).
Luciela (bentuk manusia).
Kemunculan pertama - Jilid #11
  • Kedudukan lama: #1
  • Jenis: Offensive

Luciela (ルシエラ, Rushiera) merupakan kakak Rafaela dan ketua daerah Selatan. Dia pada asalnya merupakan Claymore berpangkat tinggi dalam Kelas 76, namun dia Bangkit selepas sebuah eksperimen yang dilakukan organisasinya gagal, pada waktu yang sama mencederakan adiknya. Eksperimen tersebut adalah suatu percubaan untuk mencipta suatu kawalan pembangkitan dengan Luciela sebagai sistem kawalan yang mengawal Rafaela dan menyamakan tenaga mereka. (Alicia dan Beth adalah Claymore kembar yang berjaya dihasilkan melalui teknik ini. Sama ada kejadian ini adalah disebabkan persamaan mereka sebagai "kembar seiras" ataupun kekurangan personaliti mereka tidak diketahui.)

Dalam bentuk Awakenednya, dia mempunyai persamaan dengan seekor felin (haiwan seakan-akan kucing), setengah manusia dengan beberapa ekor dan mampu mencipta beberapa "mulut" di mana-mana bahagian tubuhnya. Selepas bertarung dengan Isley untuk kawalan daerahnya, dia berundur selepas menerima kecederaan parah dan berupa sangat lemah sehingga bertukar ke bentuk manusiannya dan akhirnya ditemui Rafaela. Dengan niat menghalang Isley, dia meminta pertolongan adiknya untuk Bangkit sambil memeluknya. Sebaliknya, Rafaela terus mematahkan belakang kakaknya.[16]

Watak-watak kecil

[sunting | sunting sumber]
Elena
  • Kemunculan Pertama: Jilid 1 (Manga), Episod 2 (Anime)
  • Kedudukan: Tidak Diketahui

Disuarakan oleh: Ayako Kawasumi

Elena (エレナ, Erena) menyertai organisasi Claymore pada waktu yang sama dengan Clare dan merupakan rakan karibnya semasa latihan. Walaupun dia memulakan misinya lebih lewat daripada Clare, dia terlebih guna tenaga Yoma dan akhirnya hilang kawalan dirinya sendiri. Apabila dia mengesan tanda-tanda Yoma mengambil alih dirinya, dia membuat keputusan untuk menghantar Kad Hitamnya kepada Clare. Dengan itu, Clare mengakhiri nyawanya.

  • Kemunculan Pertama: Jilid 8 (Manga), Episod 15
  • Kedudukan: Di antara 30-40

Disuarakan oleh: Shiho Kawaragi

Katea merupakan Claymore berpangkat di antara 30 hingga 40 tanpa sebarang maklumat tentang teknik berlawannya. Bersama-sama Rakel dan seorang lagi Claymore yang tidak diketahui namanya, dia terdiri daripada kumpulan Jean semasa buruan mereka untuk makhluk Awakened di Pergunungan Zakol. Walaubagaimanapun dia ditangkap Riful dan Dauf, dan diseksa sehinnga dia bangkit. Bentuk Bangkitnya mempunyai anggota badan dan tengkuk berotot dan sebahagiannya tertutup dengan perisai tersendiri. Meskipun begitu Dauf mendapati serangannya sungguh lemah dan memberitahu Riful, yang telah mengarahkan Dauf membunuhnya.

  • Kemunculan Pertama: Jilid 8 (Manga), Episod 15
  • Kedudukan: Tidak diketahui

Disuarakan oleh: Sachi Matsumoto

Rakel merupakan Claymore yang tidak dapat dikenalpasti kedudukannya dalam organisasi Claymore. Bersama-sama Kathia dan seorang lagi Claymore yang tidak diketahui namanya, dia terdiri daripada kumpulan Jean yang memburu makhluk Awakened, yang akhirnya dikenalpasti sebagai Dauf. Dia cedera parah dalam proses melarikan diri daripada Pergunungan Zakol, dan berjaya sampai ke pekan Hanel yang mereka lalui sehari yang lepas. Di sana dia meminta pertolongan Clare untuk yang menyamar mencari Raki untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang masih hidup. Beberapa ketika kemudian Rakel mati di pangkuan Clare.

Eva.
  • Kemunculan Pertama: Jilid 9 (Manga)
  • Kedudukan: #7

Eva (エバ, Eba) merupakan Claymore berpangkat 7 dan ditugaskan di bahagian utara. Dia bersama-sama ahli-ahli kumpulannya (Kate, Lucia, dan seorang lagi ahli dan tidak diketahui) terbunuh apabila mereka bersemuka dengan sekumpulan besar makhluk Awakened. Maka Kempen Utara dilancarkan selepas kejadian ini.

Veronica
  • Kemunculan Pertama: Jilid 9 (Manga)
  • Kedudukan: #13
  • Jenis: Defensive

Veronica (ベロニカ, Beronika) ialah Claymore berpangkat 3. Dia merupakan pahlawan defensif dan bersifat tenang dan profesional. Dia merupakan salah seorang daripada kapten divisyen yang telah mengetuai Cynthia (#14), Helen (#22), Pamela (#35) dan Matilda (#41).

Veronica merupakan pahlawan pertama yang dibunuh Ligardes.

Claymore lain yang bertempur di Kempen Utara

[sunting | sunting sumber]

Tiada banyak maklumat yang dijelaskan tentang 24 Claymore lain yang telah mengambil bahagian dalam Kempen Utara, melainkan nama dan kedudukan mereka dalam organisasi:

Eliza (#17), Lily (#18), Queenie (#20), Zelda (#24), Emelia (#27), Wendy (#30), Pamela (#35), Claudia (#36, Disuarakan oleh: Rika Morinaga), Natalie (#37), Karla (#39, Disuarakan oleh: Yui Kano), Matilda (#41), Juliana (#43), Diana (#44).

  • Kemunculan Pertama: Bab 81
  • Kedudukank: #6
  • Status: Hidup

Renée (ルネ, Rune) merupakan "Pemantau" terkini bagi Organisasinya. Meskipun disebut lebih awal lagi, Renée hanya muncul buat pertama kalinya dalam bab 81. Dia menyoal Raki setelah bertemu dengannya tentang Priscilla, dan sebagai balasan, dia menjawab soalan-soalan Raki tentang Clare (meskipun Renée tidak mengetahui apa-apapun tentang Clare dan mengatakan bahawa dia mungkin sekali telahpun mati). Setelah meninggalkan pekan tersebut, Renée menemui Riful dan ditangkap olehnya.

  • Kemunculan Pertama: Imbasan kembali Miria semasa pertarungan di antara seorang makhluk awakened lelaki, yang kemudian muncul dalam kisah bahagian imbasan kembali Miria.
  • Kedudukan Lama: #6

Disuarakan oleh: Komina Matsushita

Hilda merupakan bekas Claymore berkedudukan 6 dalam organisasinya. Dia berasal daripada generasi Miria dan mereka merupakan rakan karib. Miria pernah sekali mengambil bahagian dalam suatu pemburuan makhluk Awakened, diketuai oleh Hilda. Apabila dia mendekati tahap kebangkitannya, dia memberikan kad hitamnya kepada Ophelia, memintanya diberikan kepada Miria. Ophelia sebaliknya mengoyakkan kad tersebut, memaksanya menjadi makhluk Awakened. Dia kemudiannya diburu oleh sekumpulan Claymore yang terdiri daripada Miria dan Ophelia. Hilda dibunuh ditangan Miria, yang pada masa itu tidak menyedari akan identiti rakannya itu. Selepas Miria menyedari bahawa dia telah membunuh Hilda, dia kehilangan pengawalan kuasa Yokinya buat sementara waktu yang telah mengakibatkan dirinya Bangkit setengah jalan. Selang beberapa tahun kemudian, Miria dan enam Claymore lain yang terselamat dari Kempen Utara terserempak pedang Hilda, di mana dia telah kehilangannya apabila dia mula Bangkit. Miria meletakkan pedang tersebut di atas tapak kematian Hilda, dalam ingatan kawan yang telah meninggalkannya itu.

  1. ^ Norihiro Yagi, Claymore Special Manga Covers, Monthly Shonen Jump
  2. ^ Norihiro Yagi, Claymore, Jilid 5, Babak 25
  3. ^ Imbasan kembali pada episod 11 menunjukkan nama Hilda dan The flashback scene in Episode 11 reveals Hilda's name and Ophelia's gertakan Ophelia (dikenali melalui simbolnya).
  4. ^ Bandingkan watak-watak dengan nama yang sama, sebagai contoh daripada Guilty Gear atau Macross. "Nama pertamanya pernah dieja sebagai Millia, Milliya, Milia, Miliya, Miria dan Miriya. [1]
  5. ^ Norihiro Yagi, Claymore, Jilid 13, Babak 72
  6. ^ Membezakan watak-watak dengan nama yang sama, contohnya dalam Zero no Tsukaima atau Tales of Symphonia
  7. ^ Sebagai contoh, Uma Thurman selalunya digelar ユマ・サーマン (Yuma Sāman) dalam bahasa Jepun.
  8. ^ Norihiro Yagi, Claymore, Jilid 7, Babak 38
  9. ^ Norihiro Yagi, Claymore, Babak 73
  10. ^ Rencana Wikipedia Jepun untuk Claymore. Diterima pada 2 Jun 2007.
  11. ^ Norihiro Yagi, Claymore, Jilid 2, Babak 5
  12. ^ Norihiro Yagi, Claymore, Jilid 8, Babak 45
  13. ^ Manga Claymore; babak 78.
  14. ^ Galatea memperkenalkan Riful, "Claymore" Jilid 8, Babak 45
  15. ^ Norihiro Yagi, Claymore, Babak 71
  16. ^ Norihiro Yagi, Claymore, Jilid 12, Babak 64