Warna perang
Perang | |
---|---|
Koordinat warna | |
Hex triplet | #993300 |
sRGBB (r, g, b) | (153, 51, 0) |
CMYKH (c, m, y, k) | (0, 67, 100, 40) |
HSV (h, s, v) | (20°, 100%, 60%) |
Sumber | [Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources |
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit) H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus) |
Warna perang [pé-rang] (Jawi: ڤيراڠ ) atau warna coklat ialah warna merah tua atau jingga yang mempunyai keamatan berluminositi yang amat rendah. Bagaimanapun, warna perang wujud sebagai satu persepsi warna hanya dengan adanya perbandingan warna yang lebih terang: objek merah atau jingga masih dapat dilihat sebagai warna masing-masing jika aras iluminasi am adalah rendah, walaupun warna-warna ini memantulkan jumlah cahaya merah atau jingga yang sama seperti sebuah objek berwarna perang dalam keadaan-keadaan pencahayaan yang biasa. Cat perang boleh dihasilkan daripada cat merah ataupun cat jingga melalui menambahkan warna-warna pelengkapnya. Sebagai warna keamatan rendah, warna perang ialah warna tertier dalam erti kata teknik yang asal: mencampurkan tiga warna primer subtraktif menghasilkan warna perang, jika kandungan sian adalah rendah.
Penggunaan, perlambangan, dan ungkapan basahan
[sunting | sunting sumber]- Perang ialah warna untuk banyak tanih, haiwan, kulit kayu, najis, dan benda-benda lain dalam alam semula jadi.
- Perang Pullman ialah warna Perkhidmatan Bungkusan Bersatu (UPS: United Parcel Service), sebuah syarikat perkhidmatan kiriman cepat, dengan pakaian seragam dan lori-lori berwarna perang yang merupakan ciri utamanya. Perang UPS (sering salah dituntut sebagai Panton 0607298 yang sebenarnya bukan nombor panton yang sah) ialah cap dagang UPS. Dalam iklan-iklannya, UPS merujuk kepada diri sebagai "Perang" ("Apakah yang Perang dapat berbuat untuk kamu?").
- Pada dekad 1930-an, perang ialah warna Parti Nazi Jerman. Ahli-ahli Sturmabteilung (SA) memakai pakaian seragam perang. Sturmabteilung bermaksud "baju warna perang".
- Warna perang sering digunakan sebagai warna untuk jersi dan logo olahraga. Yang paling terkenal mungkin merupakan Cleveland Browns dari Liga Bola Sepak Nasional. Pasukan ini mendapat namanya daripada Paul Brown, pengasas dan jurulatih lamanya. St. Louis Browns ialah bekas pasukan Besbol Liga Utama yang kini dikenali sebagai Baltimore Orioles. Untuk hampir 25 tahun, San Diego Padres menggunakan warna perang sebagai warna utama untuk pasukannya.
- Memerangkan makanan ialah mengoksidakan kulit makanan melalui pemanasan, umpamanya di bawah pemanggang atau di dalam kuali leper, sehingga makanan berwarna perang.
- Dalam permainan snuker, bola berwarna perang mempunyai empat mata.
- Perang digunakan secara mengecil-ngecilkan untuk merujuk kepada orang-orang etnik Amerika-Sepanyol, Filipina atau Asia Tenggara, dan kekadang untuk orang Afrika serta orang kacukan.