Warna dalam budaya Melayu
Warna dalam budaya Melayu pada amnya terdiri daripada tujuh warna utama, iaitu: [1]
Konsep warna ungu, jingga, dan coklat diperkenalkan kepada masyarakat Melayu kemudian dari luar.[1] Menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya, Bahasa Malaysia Saintifik:
- "Jika kita mengambil tujuh warna utama yang disebut di atas dan membuat pemerhatian dalam komuniti Melayu yang tidak begitu terpengaruh oleh pembaharuan dari segi bahasanya, maka kita akan dapati bahawa pembahagian warna utama bukanlah tujuh, tetapi kepada jumlah yang lebih kecil daripada itu. Misalnya, kajian saya terhadap persepsi warna di kalangan golongan petani di Kedah menunjukkan bahawa mereka mempunyai empat warna utama, iaitu hitam, putih, merah, dan hijau. Perkataan biru adalah perkataan yang baru bagi mereka."
Meskipun demikian, ini tidak bermakna bahawa petani Kedah tidak kenal akan warna "biru" kerana konsep warna itu terlebur dengan warna hijau dalam pemikiran mereka dan justera, terdapat istilah-istilah seperti: [2]
|
|
dan sebagainya dalam perbendaharaan kata mereka. Demikian juga halnya dengan warna kuning. Lantaran itu, warna padi dan emas dikenal sebagai warna merah, dengan ungkapan-ungkapan seperti: [2]
- emas merah;
- padi sudah merah;
- cahaya matahari dah merah;
dan sebagainya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik (2005), m.s. 101, Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9
- ^ a b Asmah Haji Omar. Bahasa Malaysia Saintifik (2005), m.s. 102, Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8164-9
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.