Pergi ke kandungan

Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Maklumat am
Termasuklah
Inskripsi2004 (sesi ke-28)
Keluasan2,595,124 he (6,412,690 ekar)
Maklumat lokasi
LokasiSumatera, Indonesia
Koordinat02°30′S 101°30′E / 2.500°S 101.500°E / -2.500; 101.500Koordinat: 02°30′S 101°30′E / 2.500°S 101.500°E / -2.500; 101.500
Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera yang terletak di Indonesia
Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera
Lokasi Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera yang terletak di Sumatra
Bukit Barisan Selatan
Bukit Barisan Selatan
Gunung Leuser
Gunung Leuser
Kerinci Seblat
Kerinci Seblat
Kawasan Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera

Warisan Hutan Hujan Tropika Sumatera (Bahasa Indonesia: Warisan Hutan Hujan Tropis Sumatra) ialah sebuah kawasan hutan hujan tropika simpan di pulau Sumatera, Indonesia yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh badan antarabangsa, UNESCO. Kawasan ini merupakan habitat beberapa spesies terancam seperti harimau Sumatera, orang utan Sumatera, gajah Sumatera, dan badak Sumatera (badak sumbu Kerbau). Tempat ini juga tempat berbagai jenis tumbuhan endemik seperti periuk kera, Rafflesia arnoldi (bunga terbesar dunia), dan bunga bangkai (Amorphophallus titanum), juga bunga tertinggi dunia.

Keluasan kawasan hutan simpan ini ialah kira-kira 2.5 juta hektar, dan terdiri daripada tiga buah taman negara di Sumatera, iaitu Taman Nasional Gunung Leuser, Taman Nasional Kerinci Seblat, dan Taman Nasional Bukit Barisan Selatan. Selain memiliki kepelbagaian biologi yang tinggi, hutan hujan tropika Sumatera juga merupakan sumber mata pencarian bagi masyarakat yang tinggal di sana. Beberapa suku tinggal di kawasan ini seperti suku Mentawai dan suku Anak Dalam.

[sunting | sunting sumber]