Pergi ke kandungan

Wan Zaleha Radzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wan Zaleha Radzi (lahir 25 Mac 1964 di Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan seorang personaliti televisyen Malaysia yang pernah berkhidmat di TV3. Beliau pernah mengendalikan rancangan-rancangan TV3 termasuk Majalah 3, Buletin Utama dan Nightline. Wan Zaleha juga menjawat jawatan di syarikat pengurusan acara dan sukan Asiapromote Ventures.

Beliau berkahwin dengan Peter Imran Winston Abdullah yang berasal dari Australia pada 8 Mac 1999.[1] Pada 1 Januari 2008, beliau pernah diserang oleh sekumpulan tiga lelaki sebelum diculik sebaik memasuki kenderaan mewahnya selama beberapa jam sebelum dibebaskan.[2][3]

Beliau menjadi pengacara Islam Today pada 2012 di TVi.[4]

  1. ^ "Perkahwinan Wan Zaleha Radzi (1999)". Arkib Negara X. 25 April 2013. Dicapai pada 15 Disember 2013.
  2. ^ "3 lelaki culik Wan Zaleha". Harian Metro. 3 Januari 2008. Dicapai pada 15 Disember 2009.
  3. ^ Rashita A. Hamid dan Rizal Johan (3 Januari 2008). "Wan Zaleha not ready to talk about terror ride". The Star Online. Dicapai pada 15 Disember 2009.
  4. ^ Budiey (28 September 2012). Wan Zaleha Radzi bertudung pengacara Islam Today Sensasi Selebriti. Dicapai pada 10 Februari 2013.