Pergi ke kandungan

Wan Yahya Wan Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Yahya Wan Mohamed
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kemaman
Dalam jawatan
1959–1964
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Wan Mokhtar Ahmad
Ahli Majlis Perundangan
Persekutuan Tanah Melayu
Dalam jawatan
1955–1959
Kawasan pilihan rayaTerengganu Selatan
Maklumat peribadi
Parti politik UMNO

Wan Yahya Wan Mohamed merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kemaman, negeri Terengganu (1958-1964). Harun Pilus menang di Kuala Terengganu Tengah sementara Dato Onn Jaafar menang di Kuala Terengganu Selatan.


Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.