Pergi ke kandungan

Walter William Skeat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Walter William Skeat (14 Oktober 1866 - 24 Julai 1953) adalah seorang ahli antropologi Inggeris. Beliau terkenal melakukan penyelidikan dan pencatatan terawal mengenai adat dan budaya diamalkan masyarakat yang menduduki Semenanjung Tanah Melayu terutamanya dari segi ilmu pawang dan mantera yang diketahui pada zaman mereka.

Skeat ditugaskan sebagai seorang pegawai Negeri Selat di Selangor tidak lama selepas menamatkan pengajiannya di Christ's College, Cambridge tahun 1891.[1] Di sinilah beliau mula memerhati dan mengkaji amalan budaya kedua-dua orang Melayu bandar yang tinggal berhampiran pantai dan orang-orang Asli yang tinggal di pedalaman negeri tersebut. Beliau menyiapkan buku pertamanya menhimpun kajian-kajian pada tahun-tahun 1890-an berikutan suatu ekspedisi ke pedalaman untuk mempelajari antropologi dan etnografi orang Melayu di daerah-daerah tidak dipengaruhi budaya Eropah yang ketara. Rakannya Charles Otto Blagden menyunting buku dikarangnya ini, Malay Magic, yang terbit tahun 1900.[2]

Skeat bersara di London pada tahun 1932; beliau meninggal dunia di sana pada 24 Julai 1953. [3]

Senarai karya

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ed. Boreham, J.Y. Highgate School Register 1838-1938 (ed. 4th). m/s. 98.
  2. ^ Skeat, Walter William. Malay Magic; introd. by Blagden, Charles Otto. London: Macmillan, 1900. Available for download at: https://archive.org/details/malaymagicbeing00blaggoog
  3. ^ Skeat, Walter William. Encyclopædia Britannica 2007 Ultimate Reference Suite. Chicago: Encyclopædia Britannica, 2012

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]