Pergi ke kandungan

Waktu di Rusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Waktu Yekaterinburg)

Rusia diliputi sembilan zon waktu, iaitu UTC+3 hingga UTC+12.

Tepat pada Februari 2011, zon waktu adalah seperti berikut:

Nama Zon Waktu Singkatan Zon
(Piawai)
Perbezaan waktu
(Piawai)
Kawasan liputan
Waktu Kaliningrad USZ1 UTC+3 Wilayah Kaliningrad
Waktu Moscow MSK UTC+4 Kebanyakan Rusia Eropah
Waktu Yekaterinburg YEKT UTC+6 Bashkortostan, Chelyabinsk, Khantia-Mansia, Kurgan, Orenburg, Perm, Sverdlovsk, Tyumen, dan Negeri Autonomi Yamalia
Waktu Omsk OMST UTC+7 Altai, Republik Altai, Novosibirsk, Kemerovo, Omsk dan Tomsk
Waktu Krasnoyarsk KRAT UTC+8 Republik Khakassia, Krasnoyarsk dan Tuva
Waktu Irkutsk IRKT UTC+9 Buryatia dan Irkutsk
Waktu Yakutsk YAKT UTC+10 Amur, Republik Sakha Barat dan Zabaykalsky
Waktu Vladivostok VLAT UTC+11 Yahudi, Khabarovsk, Primorsky, Republik Sakha tengah dan Pulau Sakhalin
Waktu Magadan MAGT UTC+12 Magadan, Republik Sakha Timur, Kepulauan Kuril, Chukotka dan Kamchatka

Taklukan-taklukan persekutuan yang berada dalam lebih daripada satu zon waktu ialah: Republik Sakha yang terpecah kepada kawasan zon waktu Yakutsk, Vladivostok dan Magadan, dan Wilayah Sakhalin yang berada dalam zon waktu Vladivostok (Pulau Sakhalin) dan Magadan (Kepulauan Kuril).

Semua zon waktu di Rusia dijangkakan mara sejam pada Mac 2011.[1]

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]
Zon waktu di Rusia (2002 – 2010)

  Waktu Kaliningrad UTC+2
  Waktu Moscow UTC+3
  Waktu Samara UTC+4
  Waktu Yekaterinburg UTC+5

  Waktu Omsk/Novosibirsk UTC+6
  Waktu Krasnoyarsk UTC+7
  Waktu Irkutsk UTC+8

  Waktu Yakutsk UTC+9
  Waktu Vladivostok UTC+10
  Waktu Magadan UTC+11
  Waktu Kamchatka UTC+12

Sewaktu pemerintahan Empayar Rusia, hampir seluruh negara mematuhi waktu suria. Pada akhir abad ke-19, Waktu Min Moscow diperkenalkan, mula-mula pada UTC+02:30. Setelah terbentuknya Kesatuan Soviet Union, Waktu Moscow menjadi UTC+02 manakala zon-zon waktu lain dilaksanakan di seluruh Rusia dan Kesatuan Soviet. Pada 21 Jun 1930, seluruh zon waktu Kesatuan Soviet mara sejam, maka seluruh negara mematuhi waktu jimat siang sepanjang tahun. Rusia bersama kebanyakan republik lain dalam Kesatuan Soviet mandir sejam pada 31 Mac 1991, tetapi negara Rusia baru membatalkan tindakan itu pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1993, Oblast Novosibirsk menukar zon waktunya dari MSK+4 ke MSK+3.

Pada tahun 1995, Krai Altai menukar zon waktunya dari MSK+4 ke MSK+3.

Pada tahun 2002, Oblast Tomsk menukar zon waktunya dari MSK+4 ke MSK+3.

Pada November 2009, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengusulkan pengurangan jumlah zon waktu negaranya,[2] di samping memansuhkan sistem waktu jimat siang.

Pada 28 Max 2010, perubahan berikut dilakukan yang mana dua daripada 11 zon waktu dimansuhkan.

Sungguhpun kerajaan Rusia ingin mengurangkan bilangan zon waktu lagi, namun ia berdepan dengan bantahan di rantau timur jauh, termasuk petisyen yang ditandatangani oleh 20,000 orang demi Kamchatka kembali ke UTC+12.[3]

Pada 8 Februari 2011, Presiden Medvedev mengeluarkan dekri pembatalan WJS di Rusia, yang mana semua waktu di Rusia mara sejak pada 27 Mac 2011 dan tanpa mandir lagi, maka Waktu Moscow kekal sebagai UTC+4.[1] Ekoran pembaharuan ini, kebanyakan bandaraya di Rusia mengikuti waktu piawai yang dua jam lebih awal daripada waktu suria tempatan, contoh: St Petersburg di 30°T berwaktu UTC+4, Yekaterinburg di 60°T berwaktu UTC+6, dan Vladivostok di 131°T berwaktu UTC+11.

  1. ^ a b "Медведев отменил зимнее время". Lenta.ru. 8 Februari 2011. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  2. ^ "Russian president Dmitry Medvedev wants to cut 11 time zones". 15 November 2009.
  3. ^ "Thousands Protest Time Zone Changes in Russia". 2010-12-13. Dicapai pada 2011-01-15.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]