Wake Up (album Bangtan Boys)
WAKE UP | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 24 Disember 2014 (lihat Sejarah pelancaran) | |||
Genre | K-Pop, J-Pop, Hip hop, Tarian, Pop tarian | |||
Panjang | 49:44 | |||
Bahasa | Jepun | |||
Syarikat | Big Hit Entertainment LOEN Entertainment Pony Canyon | |||
Penerbit | PDOGG "HITMAN" BANG (Penerbit bersama) | |||
Ulasan profesional | ||||
Kronologi album Bangtan Boys | ||||
| ||||
Single daripada WAKE UP | ||||
Kulit album edisi terhad versi A (CD+DVD) |
||||
Kulit album edisi terhad versi B (CD+DVD) |
||||
sunting · sunting di Wikidata |
Wake Up (digayakan sebagai WAKE UP) merupakan album studio dalam bahasa Jepun pertama bagi kumpulan muzik Bangtan Boys. Sebelum album ini dilancarkan, tiga single daripadanya telah dihasilkan iaitu "No More Dream" (Tiada Impian Lagi), "Boy in Luv" (Lelaki yang Dilamun Cinta) dan "Danger" (Bahaya).
Wake Up telah dilancarkan pada 24 Disember 2014 dalam dua edisi iaitu edisi CD sahaja serta edisi CD dan DVD (terdiri daripada versi terhad A dan B). Album ini berjaya menduduki tangga ketiga dalam carta album mingguan Oricon selepas ia dilancarkan dengan jualan melebihi 21,000 salinan.[7]
Pelancaran dan promosi
[sunting | sunting sumber]"No More Dream" (Tiada Lagi Impian) dilancarkan pada 4 Jun 2014[8] dan single ini berada pada kedudukan kelapan dalam carta single mingguan Oricon. Single ini dijual melebihi 34,000 salinan di Jepun. Single kedua, "Boy in Luv" (Lelaki yang Dilamun Cinta) dikeluarkan pada 16 Julai tahun yang sama pula berjaya memperoleh tangga keempat dalam carta yang sama[9] dengan jualan melebihi 44,000 salinan di Jepun. Pada 19 November 2014, lagu "Danger" (Bahaya) daripada album ini dikeluarkan sebagai single ketiga. Ia berada pada kedudukan kelima dalam carta single mingguan Oricon[10] dan berjaya dijual hampir 50,000 salinan di Jepun.
Album Wake Up yang dilancarkan pada 24 Disember 2014 ini diterbitkan dalam dua edisi iaitu edisi CD sahaja[11] serta dua versi untuk edisi terhad CD dan DVD. Bagi edisi terhad versi A, ia didatangkan dengan video daripada perjumpaan peminat di Jepun yang berjudul Bangtan Boys Japan Official Fan Meeting Vol.1 at TOKYO DOME CITY HALL.[12] Untuk edisi terhad versi B pula, ia terdiri daripada tiga buah video muzik iaitu bagi lagu "No More Dream", "Boy in Luv" dan "Danger" serta klip bonus bagi suntingan tarian lagu "No More Dream".[13]
Dari 10 Februari sehingga 19 Februari, Bangtan Boys memulakan jelajah konsert pertama mereka di negara Jepun, yang dikenali sebagai '防弾少年団1st JAPAN TOUR 2015 「WAKE UP:OPEN YOUR EYES」', antaranya di Zepp Fukuoka dan Festival Hall, Osaka.[14][15] Konsert yang diadakan tersebut telah menarik lebih daripada 25,000 penonton keseluruhannya.[16][17]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]CD: Semua edisi | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | ||||||
1. | "INTRO" | Suzuki Shingo | Suzuki Shingo | 1:15 | ||||||
2. | "THE STARS" (Sang Bintang) | Daisuke "KM-MARKIT" Kawai, Rap Monster, Suga, J-Hope, PDOGG | Daisuke "KM-MARKIT" Kawai, Rap Monster, Suga, J-Hope, PDOGG | 4:16 | ||||||
3. | "JUMP" (Versi bahasa Jepun) (Lompat) | Suga, PDOGG, SUPREME BOI, Rap Monster, J-Hope | Suga, PDOGG, SUPREME BOI, Rap Monster, J-Hope | 3:58 | ||||||
4. | "Danger" (Versi bahasa Jepun) (Bahaya) | PDOGG, Thanh Bui, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga, J-Hope, Daisuke "KM-MARKIT" Kawai | PDOGG, Thanh Bui, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga, J-Hope | 4:08 | ||||||
5. | "BOY IN LUV" (Versi bahasa Jepun) (Lelaki yang Dilamun Cinta) | PDOGG, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga, SUPREME BOI, Daisuke "KM-MARKIT" Kawai | PDOGG, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga, SUPREME BOI | 3:53 | ||||||
6. | "JUST ONE DAY" (Versi dilanjutkan bahasa Jepun) (Hanya Satu Hari) | PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope, Daisuke "KM-MARKIT" Kawai | PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope | 5:34 | ||||||
7. | "いいね!" (Sukakannya!) | SLOW RABBIT, Rap Monster, Suga, J-Hope, Daisuke "KM-MARKIT" Kawai | SLOW RABBIT, Rap Monster, Suga, J-Hope | 3:53 | ||||||
8. | "いいね!Pt.2~あの場所で~" (Sukakannya! Bhg. 2: Di Tempat Itu) | SLOW RABBIT, PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope, Daisuke "KM-MARKIT" Kawai | SLOW RABBIT, PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope | 3:56 | ||||||
9. | "NO MORE DREAM" (Versi bahasa Jepun) (Tiada Lagi Impian) | PDOGG, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga, J-Hope, SUPREME BOI, Jungkook, Daisuke "KM-MARKIT" Kawai | PDOGG, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga, J-Hope, SUPREME BOI, Jungkook | 3:42 | ||||||
10. | "進撃の防弾" (Versi bahasa Jepun) (Kemaraan Kalis Peluru) | PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope, SUPREME BOI, Daisuke "KM-MARKIT" Kawai | PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope, SUPREME BOI | 4:08 | ||||||
11. | "N.O." (Versi bahasa Jepun) (Tidak) | PDOGG, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga, SUPREME BOI, Daisuke "KM-MARKIT" Kawai | PDOGG, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga, SUPREME BOI | 3:32 | ||||||
12. | "WAKE UP" (Bangun) | SWING-O, Rap Monster, Suga, J-Hope | SWING-O, Rap Monster, Suga, J-Hope | 5:52 | ||||||
13. | "OUTRO" | Suzuki Shingo, Rap Monster | Suzuki Shingo | 1:37 | ||||||
Jumlah masa: 49:44 |
DVD: Edisi terhad versi A | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Bangtan Boys Japan Official Fan Meeting Vol.1 at TOKYO DOME CITY HALL" (Pertemuan Peminat Rasmi Jepun Bangtan Boys Jilid 1 di Dewan Bandaraya Tokyo Dome) | |||||||||
DVD: Edisi terhad versi B | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "NO MORE DREAM" (Versi bahasa Jepun) (Video muzik) | |||||||||
2. | "BOY IN LUV" (Versi bahasa Jepun) (Video muzik) | |||||||||
3. | "Danger" (Versi bahasa Jepun) (Video muzik) | |||||||||
4. | "Danger" (Versi bahasa Jepun) (Klip bonus: Suntingan tarian) | |||||||||
Carta
[sunting | sunting sumber]Carta Oricon | Kedudukan tertinggi | Jualan | Jumlah jualan | Tempoh dalam carta |
---|---|---|---|---|
Carta album harian | 3 | 9,428 | 21,192+ | 2 minggu |
Carta album mingguan | 3[7] | 21,192 | ||
Carta album bulanan | 19[18] | 21,192 |
Sejarah pelancaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Syarikat/Pengedar |
---|---|---|---|
Jepun | 24 Disember 2014[19][20] | Muat turun digital,[21] CD dan DVD | Pony Canyon |
Seluruh dunia | CD dan DVD | ||
Korea Selatan | 26 Februari 2015[3][22] | Muat turun digital | Big Hit Entertainment LOEN Entertainment |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "앨범 정보: WAKE UP" (dalam bahasa Korea). Melon. Dicapai pada 27 Jun 2015.
- ^ a b "WAKE UP" (dalam bahasa Korea). Olleh Music. Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ "NO MORE DREAM-Japanese Ver.-" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada 27 Jun 2015.
- ^ "BOY IN LUV" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada 27 Jun 2015.
- ^ "Danger-Japanese Ver.-" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada 27 Jun 2015.
- ^ a b "2014年12月22日~2014年12月28日のCDアルバム週間ランキング (2015年01月05日付)" (dalam bahasa Jepun). Oricon. 5 Januari 2015. Dicapai pada 27 Jun 2015.
- ^ "2014年06月02日~2014年06月08日のCDシングル週間ランキング (2014年06月16日付)" (dalam bahasa Jepun). Oricon. 16 Jun 2014. Dicapai pada 27 Jun 2015.
- ^ "2014年07月14日~2014年07月20日のCDシングル週間ランキング (2014年07月28日付)" (dalam bahasa Jepun). Oricon. 28 Julai 2014. Dicapai pada 27 Jun 2015.
- ^ "2014年11月17日~2014年11月23日のCDシングル週間ランキング (2014年12月01日付)" (dalam bahasa Jepun). Oricon. 1 Disember 2014. Dicapai pada 27 Jun 2015.
- ^ "Amazon.co.jp: 防弾少年团 : WAKE UP(通常盤) - 音楽" (dalam bahasa Jepun). Amazon Jepun. 24 Disember 2014. Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ "Amazon.co.jp: 防弾少年团 : WAKE UP(初回限定盤A)(DVD付) - 音楽" (dalam bahasa Jepun). Amazon Jepun. 24 Disember 2014. Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ "Amazon.co.jp: 防弾少年团 : WAKE UP(初回限定盤B)(DVD付) - 音楽" (dalam bahasa Jepun). Amazon Jepun. 24 Disember 2014. Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ "【K-POP】防弾少年団 [BTS] 1stALBUM『WAKE UP』先行全曲試聴会" (dalam bahasa Jepun). 18 Disember 2014. Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ "防弾少年団1st JAPAN TOUR 2015「WAKE UP:OPEN YOUR EYES」ライブ・ビューイング実施決定!!" (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ Yun So-hee (23 Februari 2015). "방탄소년단, 일본 투어 콘서트 성황리에 종료.. '한국 콘서트도 곧'" (dalam bahasa Korea). Tenasia. Dicapai pada 28 Jun 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ Jo Woo-young (23 Februari 2015). "방탄소년단, 日 4개 도시 투어 성황리 마쳐" (dalam bahasa Korea). Star Today. Dicapai pada 28 Jun 2015. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "2014年12月のCDアルバム月間ランキング (2014年12月付)" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2015. Dicapai pada 29 Jun 2015.
- ^ "PONY CANYON ポニーキャニオン - 防弾少年団 - DISCOGRAPHY" (dalam bahasa Jepun). Pony Canyon. 24 Disember 2014. Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ "YESASIA: "BTS WAKE UP album" Search Results - All Products -" (dalam bahasa Inggeris). YESASIA. 24 Disember 2014. Dicapai pada 28 Jun 2015.
- ^ "『WAKE UP 通常盤』防弾少年団" (dalam bahasa Jepun). Recochoku. 24 Disember 2014. Dicapai pada 29 Jun 2015.
- ^ "WAKE UP" (dalam bahasa Korea). Daum Music. Dicapai pada 27 Jun 2015.